expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 4, 2017

Hong Kong Trip #3 || Naik MTR ke Avenue of Stars

Salam semua. Ok sambung dari Part 2, lepas check-in hotel kami plan nak jenjalan area bandaraya Hong Kong ni. Hotel kami stay ni betul-betul terletak di Nathan Road which ada train Subway di bawahnya dipanggil MTR (Stesen Jordan). Ahha terbalik dari Malaysia tak panggil MRT tapi MTR. So jangan confuse ya if datang sini. :)


Disebabkan kami sampai pun memang waktu yang sesuai untuk dinner so apa lagi keluarkan periuk nasi mini dan Nasi Goreng Ayam segera by Brahim's yang kami bawa.  


Memang produk makanan travel Brahim's ni sangat membantu. Almaklum HK ni bukan negara Islam so agak sukar nak dapatkan makanan Halal. Just panaskan dalam rice cooker then makan. Nanti banyak berjalan kaki so tenaga perlu di recharge.

Beginilah suasana di HK waktu malam. Hotel kami betul-betul di tengah bandar. Memang strategi sebab dekat dengan kedai serbaneka dan public transport.

Mula-mula sampai tak rasa sejuk sangat. Lama-lama makin sejuk pula cuaca. Masa ni sekitar 10°C camtu. 

Ok wajib posing dulu. Dah pakai winter jacket bulu-bulu tak posing rugila. hehe

1st destination kami actually nak cari tempat jual tiket HK Disneyland & Peak Tram. Namanya Ding Ding International Travel. Banyak blogger view kata beli siap-siap kat tempat ni sebab boleh dapat murah.

So kami pun naik tren menuju ke tempat yang dikatakan. Dari stesen Jordan kami naik MTR turun di Mong Kok.

Saya rindukan suasana begini. Semua orang pakai winter coat then naik tren ramai-ramai. Yang girl pun sopan bertutup. haha.. ^_^

Ok turun dari MTR jalan kaki sedikit then jumpa building ni. Sampai di tempat yang diperkatakan tapi malangnya cari punya cari tempat tersebut rupanya dah tak beroperasi. So kena beli tiket di Disneyland terus nampaknya. :(

Agak frust juga plus dah la kami sampai HK lewat sedikit akibat tertinggal flight. Tapi tak mengapalah, dapat juga jenjalan.


Ok dari Mong Kok, kami jalan kaki ke hadapan sedikit untuk naik MTR stesen Yau Ma Tei dan turun di Tsim Sha Tsui. Next place adalah menuju ke Avenue of Stars- menikmati pemandangan bandaraya HK dari tepi laut di waktu malam. Kira tempat ni wajib la visit if datang sini. 

Selfie with Tudung Siti Murni.. Hehe.

Sampai dah stesen Tsim Sha Tsui. Jangan lupa snap photo!

Ada banyak cabang MTR ni. SO sebelum mulakan perjalanan makesure uols kaji dulu mana nak pergi.

Jom jalan!


Ok next destination? If uols nak ke Avenue of Stars tu, boleh ikut arah Hong Kong Cultural Centre. Jalan kaki sikit sampai dah tepi laut. (Actually dalam 5-10 minit berjalan sebab stesen Tsim Sha Tsui ni yang paling dekat sekali untuk ke sini. Kira antara stesen MTR pusat tumpuan orang ramai. Cuaca sejuk tak terasa penat pun berjalan.

Hoyeah sampai dah di kawasan Tsim Sha Tsui!

Macam-macam jenis bangunan ada. Walaupun kawasannya takdelah luas tapi dorang pandai memaksimumkan penggunaan kawasan.

Ok jalan kaki sedikit ternampak menara jam ni ahha okla dah nak sampai..

Finally after almost 10 years saya sampai semula di tempat ini! Avenue of Stars... 

Antara pemandangan yang terindah di dunia yang saya pernah saksikan adalah di sini. Actually kalau sampai awal dalam jam 8 malam camtu ada pertunjukan Light Show. So nanti lampu-lampu bangunan belakang tu akan menyala dan padam ikut rentak muzik. 

Kami sampai dah lewat dalam jam 9 camtu so tak dapatlah tengok show. Takpela janji dapat tengok building warna-warni kat seberang tu pun dah puas hati. Tak bersesak-sesak dengan orang ramai. Cuaca makin sejuk dan hujan turun renyai-renyai tapi kami masih tak puas bergambar.

Cantik kan? Menara yang paling tinggi sekali ala-ala bentuk pisang tu saya ingat lagi orang kata tu bangunan pisang. haha..

Alhamdulillah dapat juga jejak kaki di sini bersama suami tercinta. Mula-mula dia macam tak minat nak datang HK. Sekali dah tengok pemandangan gini, terus dia jatuh hati dengan HK. Ni baru scenery waktu malam. Nanti bila siang lagi superb!

Ok hari semakin malam dan sejuk, maka kami pulang ke hotel. Next day kami ke Macau pula. Ahha if datang HK mesti ambil peluang ke Macau. Macam datang ke negeri Kedah tapi tak gi Langkawi gitulah citenya.. huhu. Ok see you in Part 4!


Misya : Keindahan buatan manusia.

1 comment :

Cik Itah said... Reply To This Comment

bestnya travel ke hong kong :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...