expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 3, 2017

Kapal Terbang Vs Bas

Salam. Apakah perbezaan kemalangan bas dengan kapal terbang?

KAPAL TERBANG


  • Kerajaan bertungkus lumus untuk hulurkan bantuan terhadap juruterbangnya, (Itupun kalau juruterbangnya masih hidup)
  • Masyarakat banyak memberi kata-kata semangat kepada juruterbang.
  • Malah juruterbang juga dianggap wira sejati walaupun terkorban tatkala kemalangan.
  • Pewaris juruterbang banyak terima insentif daripada kerajaan atas kemalangan tersebut.
  • Rakyat banyak bertungkus lumus update di media sosial kebaikan juruterbang.
  • Media sosial banyak keluarkan info kebaikan juruterbang, daripada keburukan.
  • Apabila berlaku kemalangan, rakyat menganggap semua itu adalah takdir dan bukannya salah juruterbang.
                                                                               BAS


  • Kerajaan bertungkus lumus untuk memberi hukuman yang tidak masuk akal tanpa berfikir periuk nasi pemandu.
  • Masyarakat banyak mengecam daripada mmberi kata-kata semangat.
  • Malah pemandu bas juga dianggap PEMBUNUH BAHARU oleh masyarakat walaupun pemandu bas terkorban tatkala kemalangan.
  • Pewaris pemandu bas tidak mendapat apa-apa bantuan dan insentif daripada kerajaan melainkan bantuan daripada sahabat pemandu bas.
  • Rakyat bertungkus lumus update di media sosial keburukan pemandu bas.
  • Media sosial banyak keluarkan info keburukan pemandu bas daripada kebaikan.
  • Apabila berlaku kemalangan, rakyat menganggap semua itu bukan takdir, tetapi semuanya salah pemandu.
Jadi di sini, bukan ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi perlu ke kita melabelkan PEMANDU BAS PEMBUNUH? Pemandu bas juga ada keluarga perlu disara. Meninggalkan keluarga tersayang, demi mencari rezeki. Dengan undang-undang sekarang bersikap acuh tak acuh. Kenderaan besar disalahkan dahulu walaupun silap dari orang lain contohnya kereta. Undang-undang hari ini umpama berat sebelah. Dengan gaji tak setimpal daripada hasil titik peluh yang dikerah demi kemahuan penumpang dan keuntungan syarikat.

Janganlah kerana kesenangan yang kita ada sekarang, kita lupa kepada jasa yang pernah tabur kepada kita. Kita tidak tahu ajal kita bila datang menjemput. Sebaik pemanduan, kalau dah tiba ajalnya, tetap kena terima. 

Walau apa sekalipun bermacam-macam pandangan negatif masyarakat terhadap pemandu, at least mereka tak makan suap.

Wallahualam..



Misya : Naik apa-apa kenderaan pun berisiko.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...