expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 24, 2017

Kisah Anak Derhaka

Salam. Just nak share kisah 2 adik-beradik kandung yang mendapat layanan berbeza daripada ibunya. Perkara ini terjadi di kalangan orang yang saya kenal which saya rasa kenapalah jadi sebegini? Menjadi ayah, ibu, ketua, bos, pemimpin, abang, suami, isteri atau apa sekalipun bukan bermakna anda ada kuasa veto nak jatuhkan sesuatu hukuman. Apetah lagi hukuman tersebut tak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh orang bawahan / ahli family. Kesalahan ringan terus jatuh hukuman berat seperti anak derhaka, tapi kesalahan besar tak jatuh hukuman pape pun? Maybe boleh jadi pedoman untuk kita sama-sama fikirkan nilainya..:)

KISAH ANAK DERHAKA

Kiah dan Senah adik-beradik kandung.

Situasi Kiah
Mak : Cantik tak baju mak baru beli ni..?
Kiah : Boleh tahanlah tapi mak nampak gemuk bila pakai baju ni.
Mak : (Tiba-tiba sentap!) Kau tahu apa hukumnya cakap macam tu pada mak kau? Anak derhaka!!!
Kiah : (Terkejut) Terus minta maaf pada hari yang sama.

Situasi Senah
Senah : Mak, Senah nak ke luar negara, cari kerja. Sini susah dapat kerja tetap.
Mak   : Tak boleh. Banyak lagi kerja kat sini.
Senah : (Bengang- Masam muka dengan mak dan bapanya berhari-hari..)
Lepas seminggu..
Senah : Mak, Senah nak keluar kejap ada kerja.
Mak    : Ok. (Tunggu punya tunggu sampai keesokan harinya Senah tak balik-balik rumah)
Jam 12.57 tengahari.. 1 SMS diterima oleh si Mak
Senah : Maafkan Senah mak, Senah dah ada di Jepun. Nak cari rezeki Halal kat sini. 
Mak   : (Sedih, tetapi terima dan mendoakan)
Lepas 6 bulan..
Senah  : Mengaku dah kahwin dengan ex-boyfriend pada hari pertama sampai di Jepun. 
Mak     : Sedih tapi redha dan terima. Tak sampai hati jatuhkan hukuman Anak Derhaka.
Senah balik rumah
Mak    : Kiah kena terima Senah semula sebagai adik-beradik.
Kiah   : Tidak. 
Mak    : Syurga di bawah tapak kaki ibu. ~ ala-ala nak cakap Kiah anak derhaka tapi dengan cara yang lembut.
Kiah    : Kiah takkan terima perkara sebegini dalam family kita. Ini prinsip Kiah.
Mak     : Kau tahu apa hukumnya cakap macam tu pada aku?!!....

.... Fikir-fikirkanlah sendiri...


#kaurasa? #lawakdunia #speechless #pedoman #apamasalahdorangni



Misya : Manusia tidak sempurna tapi belajarlah jadi yang terbaik.

3 comments :

Jari Manis said... Reply To This Comment

Bg situai kiah tu..ckp mcm tu pun dh kira derhaka eh sbb buat mak nya rasa sentap..kena better hari2 minta maaf kat mak la kan

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Jari Manis Macam mana tahu hari2 Kiah tu wat mak dia sentap? hehe.. Sebab kejadian tu berlaku sekali je mak dia dah kata anak derhaka. Sedangkan yang wat dosa besar menipu parent, tak bertegur mak ayah berhari-hari, maknya tak cakap pape pun? Hehe agak tak faham hukum manusia sekarang ni..

Cik Tie said... Reply To This Comment

hmm..tah la. tak tau nak komen apa. Tapi hakikatnya inilah yang banyak berlaku sekarang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...