Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

Macau Trip #1 || Naik Feri Dari Hong Kong

Salam.. Ahha selain Hong Kong, saya dan husband sempat ke Macau. Kira kalau datang HK wajib try ke Macau juga. Tak susah pun, naik feri dalam sejam lebih dah sampai Macau. Macau ni kira bandar di bawah kerajaan China tapi yang best tak perlukan visa untuk masuk. But still kena ada passport. Alang-alang dah sampai HK, spend 1 hari kat Macau pun dah ok. Tapi kena gerak awal pagi sebab nak naik feri ikut masa yang ditetapkan. Lambat, kena tinggal!:)

Seawal jam 7.30 pagi kami dah keluar dari hotel menuju ke Jeti. Best tak ramai orang time ni. Memang ambil peluang bergambar kat mana-mana port yang best.

Dari hotel kena berjalan sekitar 10 minit gitu untuk sampai ke terminal feri.


Ok follow je arah China Ferry Terminal. Actually ada lagi terminal yang lain but hasil survey dari blogger, kami pilih nak naik feri di sini. Berhampiran dengan hotel kami stay. Plus khidmat feri kat sini sampai lewat petang. So boleh berlama sikit di Macau.


Alhamdulillah dah sampai. Terminal ni dalam bangunan so memang tak nampak dari luar. Just alert je arah yang ditunjukkan. 

Masuk dalam bangunan ni then naik tingkat 2 if tak silap saya.

Tiket feri semamangnya saya dah booking secara online. Antara khidmat feri yang ok adalah Turbo Jet. Harga dalam HK$177 sorang pergi balik. Duit Malaysia dalam RM100 gitula. Agak mahal but puas hati dengan perkhidmatannya. 

Actually tiket saya book tu kena naik kat terminal lain. Memang agak confuse sebenarnya. So if uols nak ke Macau makesure check betul-betul naik feri kat terminal mana. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan boleh tukar tiket. Risau juga if tak dapat ke Macau. Rosak plan. huhu

So wefie dulu sementara menunggu feri kami. Ala-ala seperti di airport juga kena check-in, cop pasport, scan bag dan sebagainya bagi tujuan keselamatan. Almaklum Macau ni kira negara lain tapi rakyat/pelancong dari HK bebas keluar masuk sebab ada yang bekerja di sana.

Suasana dalam feri. Selesa sangat feri ni. Besar, seat dia pun sangat comfortable. Sesuailah untuk perjalanan 1 jam lebih. Macam dalam flight. Berbaloi dengan harga tiket. Saya ni actually mabuk laut, so mostly saya akan tidur je sepanjang perjalanan. hehe..

Alhamdulillah lepas lebih sejam duk dalam feri sampai kami di Macau. Tapi awal-awal mestilah kena singgah kat kiosk tourism ni untuk dapatkan info.

Ahha.. Nak ke Casino kah kita? Hehehe.. Macau ni memang menempatkan kasino-kasino termewah di dunia. If nak tengok senibina hasil tinggalan jajahan Portugis dan senibina hotel-hotel mewah bolehlah datang ke sini. Tak rugi sebab suasana di sini bersih dan aman. Takdlah menakutkan pun tempat ni.

Destinasi kami yang pertama adalah ke The Venetian, sebuah hotel dan pusat membeli-belah yang wajib uols datang if sampai di Macau. Kaedahnya nak je bas yang disediakan. Free of charge! Cari signage bus stop nak ke The Venetian then naiklah bas yang disediakan.

Dah ada dalam bas.. Ok ready nak jenjalan..

Antara pemandangan di sekitar Macau dari dalam bas. 


Macau Tower, mercu tanda di sini tapi disebabkan kami kesuntukan masa maka tak dapat singgah di sini. Takpela, bentuk dia pun ala-ala Menara KL. Tak ralat pun if tak singgah. Wahhh gitu statement. hehehe..


Ok saya sambung perjalanan kami di Macau ni dalam Part 2..


Misya : Syurga dunia, jangan tergoda.





Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts