expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 27, 2017

Macau Trip #2 || The Venetian, the largest casino in the world!

Salam. Orait sambungan dari entry Macau Trip Part 1, sampai je kami terus menaiki bas ke Venetian Hotel, terletak di daerah Cotai Strip. Which menempatkan hotel, shopping mall dan kasino terbesar di Macau malah di dunia. Owh maksudnya kasino di Las Vegas pun kalah lah ye? huhu.. Jom tengok apa yang ada dalam The Venetian ni.. Dari luar lagi dah nampak gah..

Tadaa kami dah masuk ke dalam The Venetian.. Masuk-masuk je terus wow... Memang syurga dunia. Besar ya amat tempat nih!

Posing dulu... 

Nak ke lobby hotel agak jauh juga. Sambil berjalan tu ada kedai-kedai barangan branded.

Seriously The Venetian ni sangatlah besar. Memang boleh sesat. Huhu. Apa yang menarik senibina The Venetian ni ala-ala kita berada di Venice. Tak caya jom zoom...

Ahha.. Ini bukan di luar bangunan tapi di dalam bangunan The Venetian! 

Ada terusan ala-ala macam berada di Venice..

Romantiknya la hai tempat ni.. Memang sesuailah pasangan husband and wife datang ke sini. Hehe.. Tak dapat pi Venice, gi The Venetian pun jadilah..

Sangat unik ada terusan dalam sebuah bangunan. Teringat The Mines Shopping Mall, di Serdang, Selangor. Konsepnya lebih kurang. Tapi The Venetian ni sampai siling dia pun dibuat kelihatan macam langit sebenar.

Kami spend time di sini about 15 minutes bergambar puas-puas. Rasa teruja sangat-sangat betapa kreatifnya arkitek yang membina tempat ni.

Sepanjang terusan buatan ni, adalah shoplots menjual pelbagai barangan branded. 

Bayangkan dalam bangunan ada bangunan.. Siap ada sungai gitu.. Huhu 

If datang ke Macau mesti singgah tempat ni. Boleh wat jatuh cinta! :)

Last photo from us at The Venetian.

Masuk je dalam The Venetian try cari arah ke Sands Cotai Centre ni untuk ke tempat yang cantik ni.

Actually bila masuk je The Venetian ni dah macam berada dalam istana zaman dahulu kala. Mewah dengan hasil seni dan ukiran yang sangat gah. Feeling-feeling royal family giteww...
Done melawat The Venetian..

Dah nama pun model, posing pun ala-ala model juga. hehe

Husband saya pun nak jadi model juga?;)

Actually kalau datang malam, beginilah rupanya The Venetian ni. Dah macam bersalut emas dah kan bangunan dia.

Kat Macau ni jangan risau, bas dan teksi sentiasa ada untuk bawa anda anywhere you want. Bas free je. Teksi pun takdelah mahal sangat. So, next saya ke mana pula? Tunggu entry Part 3 ya!;)


Misya : Kreativiti manusia tiada batasan.






3 comments :

Cik Tie said... Reply To This Comment

Cantiknya

Jun Zie said... Reply To This Comment

cntik nya =D

Zie Azi said... Reply To This Comment

cantik view bangunan Venetian tu bila malam, macam pantulan cermin di tasik tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...