Waktu Tubuh Badan Berfungsi

Salam. Saya terbaca satu artikel tentang waktu organ dan sistem dalam tubuh badan kita berfungsi. Agak menarik untuk dikongsikan. At least anda tahu waktu-waktu tersebut apa yang patut anda buat. 

WAKTU FISIOLOGI TUBUH BADAN BERFUNGSI




🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti displinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tidak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri untuk bersarapan. Jika tidak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab itu kadang-kadang orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari! 

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini. 

🕖7 - 9 malam
Perikardium (membran pada hati) bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
Waktu terbaik untuk berehat dan tidur.

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk mendapat penyakit kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.


So dah tahu kan bila tubuh kita bekerja? Hargailah kesihatan sebab tubuh badan kita bekerja 24 jam sehari tanpa henti dari kita mula diberi nyawa dalam rahim ibu dan sehinggalah kita meninggalkan dunia ini.


Misya : Kesihatan tidak ternilai.

Comments

  1. perkongsian yang bagus ^^ so lps ne fae standby je nak buang air besar bila bgn pagi heheheheh

    btw fae tag akak dlm segmen ne

    https://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-blog-baru.html

    ReplyDelete
  2. waa... info berguna... ni blog saya kalau sudi follow http://mrparanoidwords.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Ada org send kat group wasap jadi pasni kaalu nk mkn or minum kena ikut waktu yg sesuai

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts