Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

Hong Kong Trip #4 || Light Show & Makanan Arab

Salam semua.. Dah baca trip sehari saya di Macau? Boleh ke SINI untuk baca. Sebab trip saya ke Hong Kong ni bersekali dengan trip ke Macau. Almaklum both places dekat-dekat je. Jangan lupa baca dulu HK Trip saya Part 3 dan sebelumnya ya. Orait sambung story saya jenjalan di HK. Sampai je Terminal Ferry di HK lebih kurang jam 8.00 malam, saya dan husband berjalan dengan pantasnya untuk ke Avenue of Stars untuk melihat Light Show. Sebab 1st day sampai tak sempat nak tengok. Hope kali ni dapatlah. Agak jauh juga berjalan tapi sebab cuaca sejuk, tak terasa penat sangat. 

Sesampai je, punyalah ramai manusia! Kami dapat lihat di sebalik kerumunan orang. Okla dapat lihat sedikit. Huhu. Dulu-dulu masa saya datang takdelah ramai sangat camni. 

Light & Laser Show ni berlangsung kira-kira 20 minit camtu if tak silap. Kami dapat tengok di hujung-hujung show. Takpela yang penting sampai juga. :)

Takpelah snap gambar area sini pun banyak replika atau deco yang cantik-cantik.

Jalan punya jalan perut pun dah berkeroncong. Since last meal kami lunch di Macau memang perut minta makanan. Apa lagi, kami pun carilah restoran Halal yang berhampiran. Menariknya HK ni banyak restoran makanan Arab dibuka di sini. Just google je insyaAllah jumpa yang berhampiran.


Finally jumpa restoran Ebeneezer's ni! Yeahhh lapar sangat dah ni.. Jom makan! haha..


Senarai menu yang disajikan. Owh ada delivery juga.

Bila lapar semuanya nampak sedap. Hehe..

Restoran ni takdelah besar mana. But okla untuk singgah jap isi perut yang kosong. 


Husband order coffee, saya order mango lassi. Not bad rasa dia. Fresh! Sedap!


Wajiblah kena ada kebab if masuk kedai makanan Arab. Looks yummy...



Plus kami order sepinggan nasi biryani Ayam..

Untuk yang nak take away, boleh ke kaunter untuk order terus. But janganlah terkejut dengan price makanan di sini. Memang agak mahal. But berbaloilah dengan rasa dan portion setiap makanan. Lagipun di negara bukan Islam gini memang sukar nak cari raw material. So thats why harga makanan di sini agak mahal. Tak kisahlah janji kenyang.:)

Ahha! HK$ 205! In RM lebih kurang RM110++. Giler kan 2 orang punya makan bernilai RM100 lebih. Hehe.. So takleh lah makan selalu kat sini. Takpela kami memang nak merasa makan restoran Arab di sini so memang dah bajet harganya sebegini. Better lagi di Korea lebih murah makanan Arab di sana.

Alhamdulillah kenyang.. Next kami ke mana pula? Kelihatan malam masih awal. Boleh baca sambungan trip ni dalam Part 5 ya. 



Misya : Berjalan selagi boleh.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts