expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, February 2, 2017

Macau Trip #3 || Berlian Gergasi di Galaxy, panorama indah Macau

Salam. Dah baca Part 3 kami melawat 'Venice' di Macau? ;) Ahha.. Kalau belum, anda wajib baca sebab tempat ala-ala Venice iaitu The Venetian hanya ada di Macau sahaja. Next, tak jauh dari The Venetian, kami berjalan kaki menuju Galaxy. Salah 1 lagi hotel mewah di Macau. Actually ada banyak hotel mewah di Macau ni. Tapi hasil tinjauan ke blog-blog traveller yang lain, Galaxy ni one of hotel yang boleh dikunjungi.

Pintu masuk Galaxy yang tersergam indah.. Macam nak masuk istana Raja.


Owh dalam Galaxy ni pun dah macam shopping mall. 

Wow ada McD! hehe.. Ada bran nak masuk?? Confirm la tak.. Ok tetiba perut dah berbunyi. Sudah lunch time rupanya. Ok kena cari tempat untuk lunch supaya dapat makan bekalan yang kami bawa dari Hong Kong.


Disebabkan sukar mencari makanan Halal, maka sebelum kami keluar hotel di Hong Kong, saya dah siap-siap panaskan makanan segera. Nasi Briyani plus Ayam Masak Merah from Brahims'.  So jangan lupa bawa rice cooker mini tau. Dah panaskan masukkan dalam tupperware kedap udara then bawa ke Macau. Bawalah juga makanan ringan untuk kudap-kudapan. Almaklum seharian kat sini plus musim sejuk pasti cepat lapar.

 Makanan tak mewah tapi saya dan husband tetap happy sebab rasa bersyukur ada makanan untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. :) Rasa macam kanak-kanak pun ada bawa bekal makan sama-sama. Bahagianya.. Hehehe.. Alhamdulillah.. So kat Galaxy ni ada food court. So kami menumpang sat untuk lunch.


Apa yang best kat Galaxy sebenarnya orang nak tengok The Giant Diamond ni. Saya dan husband tak sempat nak bergambar sangat dengan diamond-diamond gergasi dalam hotel ni sebab nak kejar masa untuk ke tempat lain pula.

If datang waktu malam, ginilah rupa The Galaxy Hotel ni. Besar kan? Nak jalan ke seluruh building memang tak sempat lah. But at least saya pernah sampai.. :)

Ok kami meneruskan perjalanan untuk ke Hard Rock Cafe Hotel. Actually ada jambatan yang menyambungkan The Venetian Hotel dengan Hard Rock Hotel. Dari Galaxy kami patah balik ke Venetian but nasib kami kurang baik, mencari-cari jambatan tu tak jumpa-jumpa. Sampai kami sesat, ermm agak buang masa. Signage dalam The Venetian langsung tak membantu. Yela takkan dia nak promote pesaing hotel dia pula kan..

 Kami decide untuk ikut jalan luar which jaraknya agak jauh sebab nak kena pusing keliling The Venetian ni. Tapi ada hikmahnya bila jalan luar, kami dapat saksikan panorama indah Bandaraya Macau ni. Alhamdulillah kami datang time winter, cuaca sejuk jalan jauh pun tak terasa penat sangat. Dapat lihat senibina ala-ala Portugis style. Owh lupa, Macau ni memang hasil tinggalan penjajah Portugis sewaktu masa dahulu. Thats why bahasa dan senibina Portugis masih melekat dalam Macau ni.

Syoknyer dapat tengok panorama di sini. Bangunan tinggi dan mewah tapi masih ada unsur-unsur semulajadi seperti tasik ni.


Tak rugilah if jalan kaki kat sini sebab boleh snap gambar cantik-cantik sepanjang jalan. Hehe.. Penat tapi berbaloi.

Nice kan? Macam kat Eropah tapi rupanya Macau je. Hehe.

Apa yang bagus Macau ni sediakan tempat pejalan kaki yang sangat selesa. Dulu-dulu selalu dengar tempat-tempat berkasino (pusat judi) ni bahaya. Tapi so far Alhamdulillah ianya sangat aman, cantik, bersih dan menyenangkan. Lebih tenang banding duk di KL. Serius! So tak perlu takut nak datang ke sini. Lainlah kalau ada niat nak masuk kasino tu wallahualam la kan. huhu.

Nak ikut saya ke tempat seterusnya? Nanti baca Part 4 pula tau..;)


Misya : Cintakan keamanan.



1 comment :

CikLa Shahril said... Reply To This Comment

Bestnya jalan2 Macau... take care and happy holiday...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...