expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 7, 2017

Macau Trip #5 || Ruins of St.Paul's, gereja katolik terbesar di Asia

Salam.. Yezza dalam Part 4 lepas visit dan shopping souvenir di Hard Rock Cafe Macau, kami ke tengah kotaraya Macau pula. Disebabkan kejar masa, dari Hard Rock Cafe kami menaiki teksi. Lebih kurang dalam RM10 camtu la duit Malaysia. Nak tunggu bas macam lama lagi. So ke mana kita?

Tadaa.. Dah sampai ke tempat dituju iaitu melawat Ruins of St.Paul's. Ok apa benda tempat ni? Nama ala-ala macam gereja je kan.. Sampai sini punyalah ramai orang. Kebetulan masa ni Chinese New Year so tanglung-tanglung dipasang dengan banyaknya sepanjang lorong nak ke Ruins St.Paul's.

But yang bagusnya signboard nak ke Ruins St.Paul's banyak dipaparkan. So senanglah nak cari. 


Agak ramai warga tempatan dan pelancong datang ke sini. Hujan turun renyai-renyai tapi kami redah jua. Alang-alang dah sampai kan teruskan saja perjalanan. Bangunan kuning adalah salah satu gereja yang terdapat di sini. Nice juga senibinanya.

Apa yang menarik sepanjang street ni terpapar senibina berkonsepkan Portugis style. Sebab Macau ni pernah dijajah oleh Portugis. So dats why, senibina dan bahasa dorang banyak related dengan culture Portugis. Serius sangat cantik seperti berada di Portugis pula.

Ingatkan dekat, tapi agak jauh juga. Huhu. Takpelah jalan je. lagipun cuaca sejuk tak penat sangat. Kiri dan kanan banyak terjual kedai-kedai souvenir dan makanan (non-halal). 

Finally dah nampak dah Ruins St.Paul's dari jauh.. Yeay!

Ok kenapa kena visit tempat ni? Actually tempat ni adalah bekas gereja katolik terbesar di Asia yang pernah dibina. Dibina pada tahun 1602 hingga 1640 di atas bukit yang indah. Tapi akhirnya termusnah akibat terbakar semasa taufan melanda Macau sekitar tahun 1835. Kira zaman penjajahan Portugis dulu, agama Kristian tersebar luas di sini dan merebak ke seluruh Asia.


Inilah dia saki baki rupa bentuk Ruins St.Paul's yang terselamat dari kebakaran. Now tempat ni diisytiharkan sebagai salah satu tempat bersejarah oleh UNESCO. Thats why kena datang sini. At least boleh tahu tentang culture orang lain.


Nak ke sini kena jalan naik bukit sikit. Saya dah kepenatan so lepak kat bangku tepi St.Paul's ni jap. Hahaha..

Ramai betul tourist datang ke sini. Cuaca sejuk dan nyaman lagilah wat orang suka nak datang.

Wefie jangan dilupakan.



Kami memang kagum dengan hasil senibina yang mengagumkan. Especially senibina tu berunsurkan senibina dari Eropah. Which Europe semamangnya mempunyai daya kreatif yang sangat tinggi sampaikan setiap building yang dibina ada unsur-unsur seni dan ukiran yang amazing. 


Ok done! Selesai lawatan di tempat wajib. Tapi sebelum pulang ke Hong Kong, mestilah beli apa-apa souvenir dulu kan.. Itu saya story dalam Part 6 ya! Tadaa...


Misya : Kuasa Tuhan.








2 comments :

Zie Azi said... Reply To This Comment

wait till next entry, tak sabar nak baca

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Zie Azi TQ for following my story :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...