expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 19, 2017

Macau Trip #6 || Shopping time & visit Grand Lisboa

Salam. Dah baca Part 5 saya melawat bekas gereja terbesar di Asia? Settle melawat Ruin St. Paul's, aktiviti yang paling dinantikan, apa lagi? Shopping lerrr......... Hehehe.. Ok memula kami ingatkan Macau ni barang-barang dia mahal. Almaklum bandar yang menempatkan kasino-kasino dan hotel-hotel mewah, confirm nak shopping barang murah-murah takkan ada. Tapi rupanya saya silap meneka. Hehe jom tengok apa kami buat sebelum pulang ke Hong Kong.

On the way nak keluar dari kawasan Ruin St. Paul's tu ada macam bazaar dan juga kedai-kedai menjual pakaian, beg, souvenirs dan sebagainya. Ok saya dah mula rambang mata. Haha.. Kat Macau ni mata wang HK boleh digunapakai walaupun mata wang Macau dipanggil Pataca (MOP). Tapi nilainya lebih kurang saja dengan $HK. So terpulang nak gunakan HK$ atau Pataca.

Tapi last-last husband saya yang banyak shopping! Ada 1 kedai tu kami masuk, tak sengaja pada mulanya. Tertarik sebab ada jual baju winter. Belek-belek harga, mak aihh murah!! Husband saya borong 2-3 pasang winter coat! Saya rembatlah sepasang. Actually kedai tu bukan kedai branded. Tapi tengok kualiti barang dia ok, harga pun kalau bese dalam RM200-400, tapi kami leh dapat dalam RM50-100 camtu je! Uish tak sangka kami masuk kedai tersebut. But disebabkan leka shopping then kami tak sempat snap gambar kat kedai tu.. Huhu..

Hujan turun renyai-renyai, orang tetap ramai ke sana ke mari. Maybe disebabkan kawasan ni juga menempatkan penduduk Macau. If tengok belakang-belakang bangunan ni ada apartment-apartment penduduk tempatan. So memang always busy tempat ni.

Ok lepas meredah orang ramai, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke terminal feri. Nak elakkan daripada tertinggal ferry, timing mesti on-time. Just nice la kami settle shopping dalam jam 5.00 petang camtu then terus ke tempat bas.


On the way nak ke tempat bas, kami melalui bangunan-bangunan yang menempatkan pelbagai kasino. Sempatlah snap beberapa momen. Antaranya berhadapan Casino Lisboa yang berwarna-warni ni.

Di kawasan sama menempatkan menara Grand Lisboa, antara kasino dan hotel mewah di sini.

Disebabkan Grand Lisboa ni agak tinggi, so susah betul nak dapatkan angel yang betul untuk snap gambar. Huhu redha jela ye suamiku..

Apa yang menarik Grand Lisboa ni diperbuat daripada kaca. Kira antara bangunan tercantiklah di Macau ni. Saya dan husband just snap gambar dari luar saja. Nak masuk tak sempat dah. Takpelah yang penting ada gambar background Grand Lisboa ni.

Di malam hari, Grand Lisboa ni kelihatan seperti keemasan dengan limpahan cahaya dan pantulan dari kaca yang membentuk binaannya.

Gambaran Grand Lisboa di malam hari. Saya tak stay sampai malam so tak dapatlah tengok. 


Ok tak jauh dari Grand Lisboa menempatkan stesen bas. Tapi malangnya bas yang dicari tak jumpa. 

Disebabkan kami takut lewat sampai ke jeti if tunggu bas, so kami jalan ke arah Wynn Hotel tak jauh dari situ. Kami decide nak naik teksi saja. Okla tak mahal pun. Janji tak tertinggal ferry. Hehe


Alhamdulillah sampai semula di terminal jeti. Just nice la kami sampai dalam jam 6.30 petang. Feri bergerak dalam jam 7.15 camtu if tak silap. Hujan turun agak lebat dalam perjalanan kami ke HK. Agak menyeramkan bila dengar bunyi ombak laut tu menghempas-hempas tingkap! Nasib bek saya duk seat belah tengah. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sahaja. Sejam lebih barulah sampai semula HK. Selesai travelog saya di Macau. Sambung trip saya di Hong Kong pula ya! :)


Misya : Mabuk laut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...