expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 21, 2017

Anak vs rumah, mana lebih penting?

Salam. Zaman sekarang ni orang lebih suka judge seseorang tu tanpa usul periksa. Ada je tak puas hati. Macam saya sendiri masih belum dikurniakan cahaya mata pun boleh jadi isu but Alhamdulillah saya tak pernah lagi sentap dengan kata-kata orang keliling. Mostly mendoakan. Syukur.. Almaklum saya ni jenis orang yang busy. Sementara belum ada anak ni, saya buat apa yang saya suka. Takkan nak stress-stress sebab perkara yang di luar kawalan kita camni rite? But saya share la perbualan rakan saya dengan seorang hamba Allah ni. Mungkin leh jadi iktibar buat semua bahawa tiada siapa yang sempurna. Jaga diri sendiri dan doakan yang terbaik untuk orang lain. InsyaAllah hidup diberkati.



Xxxxxx: Awak ni cari duit siang malam. Anak pun tak ada lagi, cari duit banyak-banyak pun tak guna dik..!

Rakan : Saya cari duit untuk family saya. Adik-adik saya masih jaga. Bab anak saya malas nak ulas lanjut.

Xxxxxx: Awak tu semakin hari semakin tua, bukan makin muda tahu tak? Nanti tak ada anak esok tua susah tak ada orang jaga.

Rakan : Tak mengapa.. Ada rezeki ada la tu. Kak berapa orang anak?

Xxxxxx: Kak baru nak masuk 4 orang. I start ada anak umur 24. Kahwin awal-awal sebab nak buat anak.. Awak ni kahwin awal-awal buat apa?

Rakan : Saya cari rezeki dulu. Anak tu rezeki Allah kasi lambat sebab tahu saya masih tak layak dan tak mampu.. Inshallah ada nanti. Tapi saya dah sediakan rumah untuk family saya. Alhamdulilah kalau dah ada anak nanti saya tak perlu susah-susah nak kumpul duit beli rumah. Masa tu saya dah boleh fokus kat anak-anak saya.. Inshallah. Allah aturkan jalan hidup kita berbeza-beza.

Xxxxx : Owh awak dah beli rumah la ya. Kak pun baru fikir-fikir nak beli rumah. Anak dah ramai ni sempit pulak rasa nya dok flat tu.. Kak sewa lama dah sejak kawin dulu. Baru ni terfikir nak beli. Nanti tolong cari kan akak rumah landed bawah RM200k kat Shah Alam boleh tak? Kalau boleh yang dekat dengan sekolah anak akak Seksyen 7 tu. Itu je akak rasa kak mampu. Anak lagi nak belajar. Berapa ya bulan-bulan kena bayar?

Rakan : Kalau ikut umur kak dah hampir 40 tahun so monthly dalam 1100-1200 camtu la anggaran. Tapi saya cakap siang-siang tak ada rumah RM200k landed kat Shah Alam lebih-lebih lagi di Seksyen 7.

Xxxxx: Ish mahal tu kak nak bayar. Kami bulan-bulan pun cukup-cukup makan je ngan anak-anak lagi. Husband pulak gaji bukannya banyak pun. Aduhh susah la sekarang. Kerajaan semua nak naik kan harga rumah, tak prihatin langsung kami yang ramai anak ni.


Rakan : Kak jangan asyik fikir salah orang atau salah kerajaan. Kalau ada rumah RM200k kat Shah Alam pun rumah apartment atau flat. Tak ada landed harga macam tu. Kak kene face reality sekarang. Semua benda mahal bukan murah-murah. Sekarang ni kak dan husband yang kena berusaha lebih untuk beli rumah. Anak-anak akak nak membesar takkan nak duduk rumah sewa sepanjang zaman. Rumah tu pun rumah orang. Bila-bila saja owner rumah tu boleh ambil balik.. Sebab tu saya cari rezeki dulu. Kak jangan pertikaikan kenapa saya takde anak 4 macam akak..

Agak-agak sentap tak akak tu? hehe.. Kesian rakan saya gara-gara takde anak lagi dah dikatakan macam-macam. Betulkanlah mentaliti kita especially part nak kahwin sebab nak ada anak. Bila duit tak cukup, malas pula berusaha then salahkan orang lain. Yang banyak saya jumpa if ajak jana side income, alasannya tak boleh sebab ANAK itu, ANAK ini.. MasyaAllah.. Sedih saya dengan orang camni. Ibarat tak redha dengan apa Tuhan bagi. Serius bagi jela anak tu kat saya kalau akhirnya anak tu dianggap sebagai beban yang menyebabkan ketidakcukupan dalam hidup dan tidak mahu berusaha lebih. Senang cerita, sebelum kahwin fikir dulu sedalam-dalamnya. Kalau niat sekadar nak anak, memang leh dapat anak tapi Allah maha adil. :) Baca entri INI sebagai tips sebelum kahwin.


Misya : Kahwin adalah tiket untuk mematangkan diri.

2 comments :

Shikin Razali said... Reply To This Comment

Betul tue sis, semua rezeki kita dah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi.. Topik anak memang sering diperkatakan bila kita dah kawin dan pasti ada saja yang tak kena di mata seseorang, yang menyebabkan dia tak berpuas hati dengan apa yang kita kecapi..

Hani Fadhlina Abdul Rahman said... Reply To This Comment

πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ
Hi ... Anda telah ditag ... Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May ...Jom join sama, meriahkan lagi suasana...
πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌπŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...