expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 16, 2017

Hong Kong Trip #12 || Lagenda Peak Tram 45°

Salam. Orait sambung dari Part 11, dah nak masuk final day kami di Hong Kong. Nasib baik ambil flight balik KL waktu petang. So banyak masa lagi nak berjalan-jalan. Habiskan melawat tempat-tempat penting di HK. Cuaca pun nyaman tak sejuk sangat. Destinasi kami adalah melawat The Peak untuk melihat keindahan bandaraya HK dan Madame Tussauds HK.

Dari hotel kami turun di Stesen Central. Disebabkan The Peak & Madame Tussauds terletak di bahagian pulau yang berbeza so kena transit naik tren.

Untuk ke tempat tersebut, kami perlu berjalan dari stesen tren ke arah Central Ferries Piers.


Agak mengelirukan juga tanda arah di sini. Tapi kami usaha juga untuk sampai ke tempat yang sepatutnya untuk menaiki bas ke The Peak. 

Sambil jalan tu sempatlah tengok keadaan bandaraya HK ni.

Ok dah nampak arah Central Piers.

Tiada awan. Sebab musim winter.


Hasil bacaan bloggers yang lain, kami kena tunggu bas di Central Piers 8.


Rasa macam tak jauh dah. 

Nampak ada banner Maritime Museum ni, betullah agaknya arah kami. huhu.

Finally sampai di bus stop yang sepatutnya. Bas belum tiba. And tak nampak pun orang lain menunggu bas. Agak merisaukan juga takut sesat. huhu. Takpe tunggu sat sebab hari tersebut hari bekerja so maybe tak ramai lah warga HK yang akan keluar berjalan.

Dari bus stop tu kelihatan bangunan berbentuk pisang ni. Cantik kan?


Dan tak sangka ada Eye of HK ni. Apa lagi, posing lah puas-puas. huhu


Ada bendera HK tu wat lagi rare tuh. Ahakss..


Wefie jangan dilupakan. Rarela nampak both epic things dalam gambar. hehe..

Very nice view..

Ok nampak bas dah sampai dan kelibat beberapa orang lain menunggu bas. Fuh lega rasa.. hehe.

Dalam bas pun sempat posing ok! hehe


Flawless nya! Oppo, besela.. Ahaks..

To makesure perjalanan kami mengikut arah yang betul sentiasa rujuk map dan track stesen MRT.

Cantik dan bersih pemandangan kotaraya HK ni. Ala-ala seperti di Singapore but this one is larger.

Ok dah sampai ke tempat yang ingin dituju. Untuk naik ke The Peak, adalah lebih baik dengan menaiki The Peak Tram. Saya tak pernah naik so nak try naik apa yang bestnya The Peak Tram yang dah berusia ratusan tahun ni.

Sampai-sampai je tengok orang beratur panjang. Rasa macam dah putus asa plak. Sebab kami kejar masa nak balik sebelum petang. But Alhamdulillah suddenly ada penjual tiket promote kat kami tiket pakej so tak perlu beratur. Fuh lega... Sebab kami memang nak ketiga-tiga tempat dalam pakej tu.

Pakej VIP ke Madame Tussauds, Sky Terrace dan Peak Tram pergi balik. Duit Malaysia untuk dewasa dalam RM160 camtu. 

Di stesen Peak Tram dipamerkan sejarah bagaimana Peak Tram ni bermula. Asal-asal digunakan oleh penduduk tempatan untuk mengangkut barang dan hasil pertanian. Now dah dikomersialkan untuk tarikan pelancongan.

Ingatkan tiket VIP dapatlah lane khas. Rupanya sama je kena tunggu macam orang lain. Just tak perlu beratur beli tiket. huhu

Tengok landasan dia pun dah curam. 

Suasana dalam Peak Tram. Orang sini displinnya takdelah bagus sangat. Masih lagi berebut-rebut. 

Saya sorang je dapat tempat duduk. Okla kejap je naik benda ni.

Wow, kami mendaki The Peak dengan kecondongan 45 darjah! Memang akan rasa nak terbaringlah time ni. 


Sian husband kena berdiri. Nasib baik lantai tram ni memang ada penahan. Kalau tak boleh jatuh tergolek.

Dari dalam tram dah nampak keindahan pemandangan Bandaraya HK. 

Yeay dah sampai.. Lebih kurang 10 minit dah sampai. 

Lejen la tram ni. Kat Malaysia dah takde dah benda-benda gini.


Alamak tak sempat nak wefie dengan Peak Tram.

Orait dah masuk ke dalam bangunan. Kat sini pun ada macam-macam souvenir dijual. If last minute nak beli bolehlah. But harga dia fix takleh bargain. Next kami ke mana pula? Tunggu update seterusnya ya.:)


Misya : Bukan gelek 45 darjah.









4 comments :

Unni Anje said... Reply To This Comment

jelesnya dpt g hong kong....

Hanis Amanina said... Reply To This Comment

Saya suka ambik gambar bendera negara tu berkibar masa pergi travel :)

Kat penang, ada bekas trail utk tram kan atas jalan dia? :D

hanisamanina.com

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Unni Anje hehe takpe nnt 1 day unni pula ke sini.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Hanis Amanina Tula.. Tapi nak tunggu betul-betul berkibar tu yang payahnya tu. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...