expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 22, 2017

Hong Kong Trip #14 || SkyTerrace buat rasa taknak balik Malaysia!

Salam. Orait selesai melawat Madame Tussauds Hong Kong (Part 13), di bangunan yang sama kami naik ke tingkat paling atas. Yang menempatkan The SkyTerrace 428 which tempat wajib uols kena datang if melancong ke Hong Kong. Nama tempat ni pun The Peak so entry trip saya ke HK saya pun dah sampai ke kemuncaknya. Huh finally... hahaha..

Ahha... Cantikkan view dari SkyTerrace ni? Serius memang cantik!

SkyTerrace ni merupakan platform untuk menikmati pemandangan kota HK tertinggi di HK. Boleh tengok view 360 darjah seluruh kota HK dari sini. Memang awesome sangat!

Dalam hati tak henti-henti mengucapkan SubhanAllah sebab dapat melihat betapa indahnya bandaraya HK ni. 

Husband saya orang yang paling teruja sekali sebab katanya tak sangka cantik giler view kat sini. Ala-ala kota New York versi Asia. Sampai katanya nak datang sini lagi nanti.

Serius feeling sangat tenang masa berada di sini. Dapat lihat keindahan view bandar HK yang dikelilingi lautan. Rasa lapang fikiran tak fikir benda lain dah.

Rasa bertuahlah dapat datang sini dan snap gambar cantik-cantik. Kenapa dipanggil SKyTerrace 428? Sebab ianya berada 428 meter dari aras laut! Rasa macam tak tinggi sangat tapi kalau orang tak biasa pasti gayat. huhu


Posing model tetap ada! Haha

Kagum kan? Bagaimana manusia boleh bina bangunan tinggi-tinggi di tepi laut dan berbukit-bukau. Which yang menariknya kat HK ni takde langsung kejadian tanah runtuh! Selain kuasa Tuhan, kerajaan HK amat menitikberatkan maintenance yang bagus dan ketat untuk mengawal lereng-lereng bukit sepanjang masa. Jauh bezalah dengan Malaysia.

Ramai pelancong datang. Dengan cuaca sejuk yang menyamankan around 10 darjah celcius memang enjoylah duk sini.

Akal manusia kalau digunakan sebaiknya maka terciptalah keindahan begini. Walaupun pembangunan di HK ni sangat pesat but hutan simpan masih terjaga rapi. 

Taknak balik boleh tak?? huhu melting sangat dengan view kat sini..~_~

Oklah nak taknak kena balik juga. Oops jangan lupa singgah Hard Rock HK di bangunan sama. Bagusnya tempat ni semua ada. Huhu..


Apa lagi rembatlah t-shirt Hard Rock sorang sehelai sebagai kenang-kenangan.

Actually nilah rupa bentuk bangunan Sky Terrace tu. Ala-ala potongan buah tembikai. Info lanjut tentang SkyTerrace 428 ni boleh klik SINI.

Ada replika peak tram dipamerkan. 

Orait tiba masa untuk kami meninggalkan The Peak. Nak turun kenalah naik Peak Tram semula. Then balik ke hotel untuk packing dan check-out. Huwaaa sedih nak balik Malaysia dah. 


Antara momen menarik sempat saya snap. Keadaan kotaraya HK yang sibuk dan meriah.

Orait lepas check-out dari hotel, tak jauh dari situ ada bus stop untuk kami menaiki bas ke airport. If nak ke airport better naik bas sebab lebih murah banding naik tren. Plus takdelah susah-susah nak angkat beg kalau kena tukar-tukar tren. Dari sini kami menaiki bas A21 (rujuk entry Part 2), bas sama masa kami sampai di HK untuk ke hotel. 

Sampai dah HK International Airport Terminal 2. Actually ni terminal baru untuk flight seperti Air Asia. 

Orait itu sahaja story saya tentang trip ke HK. Alhamdulillah selesai travelog saya which sebenarnya trip ni saya gi masa musim sejuk tahun 2016. Tahun 2017 baru siap entry nya! Hahah teruk betul saya ni. Nasib baik ingat lagi apa yang saya alami kat sana. But honestly datang HK memang best dan enjoy. Uols kalau ada rezeki lebih datanglah ke HK. Ok papai.. :)

Misya : Honeymoon, semakin hari semakin sayang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...