expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 1, 2017

Hong Kong Trip #5 || Pusat Islam HK vs Temple Road

Salam. Ahha sambungan dari Part 4, lepas mengenyangkan perut di restoran makanan Arab, kami meneruskan perjalanan bersiar-siar di sekitar area Tsim Sha Tsui. Di sini kira macam centre la untuk penduduk Hong Kong tinggal dan bekerja. Walaupun jam dah menunjukkan pukul 9.30 malam but area sini penuh dengan lampu-lampu kedai yang berwarna-warni.

Di sepanjang jalan terdapat kedai-kedai dan restoran. Kira tak sunyilah if berjalan ke sini.

Shopping mall rasanya dibuka sampai jam 11.00 malam if tak silap. So ramailah yang keluar shopping.

Antara yang menarik di area Tsim Sha Tsui ni menempatkan masjid dan juga Pusat Islam Hong Kong. Satu-satunya masjid di HK. Last time saya pernah masuk dan bersolat di sini. The best part satu-satunya tempat yang toiletnya ada air! Haha.. Almaklum public toilet di HK ni mana ada air. Kena standby botol mineral kosong dan tadah air di sinki. 

Kali ni disebabkan dah sampai agak lewat so Pusat Islam ni telah ditutup. Just bergambar dari luar sahaja.


Pusat Islam ni betul-betul terletak di Nathan Road. Kawasan yang agak busy dengan orang ramai.

Jalanraya sudah mulai lengang tapi bagusnya rakyat HK ni sangat displin dalam bab melintas jalan. Lengang camne sekalipun takde nampak manusia suka-suka hati melintas jalan. If tak silap boleh kena denda if melintas tak gunakan jejantas/tempat yang dikhaskan.

Mostly bas-bas di HK adalah 2 tingkat. Sememangnya perkhidmatan bas tetap menjadi keutamaan rakyat HK walaupun dah ada MTR. Means dorang betul-betul sediakan public transport yang sangat bagus dan banyak pilihan.

Puas berjalan di area Tsim Sha Tsui, kami pulang ke area hotel dengan menaiki MTR.


Orait di belakang hotel kami stay terdapat Temple Street yang menempatkan bazaaar ataupun pasar malam yangmenjual pelbagai barangan. 


Sebelum balik kami singgah dulu ke sini.

Wow meriah juga tempat ni.

Tapi kami tak beli pape pun di sini. Sebab kami akan ke Ladies Market keesokan hari which antara tempat shopping paling best kat HK.


Jenjalan snap gambar oklah.

Sambil menghirup kesegaran udara di HK ni sebelum pulang ke hotel.

Ok dah penat, jom balik hotel. Next entry Part 6 kami ke Hong Kong Disneyland pula! Yeay tak sabarnyer...:)



Misya : Syoknya if Malaysia ada musim sejuk.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...