expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 2, 2017

Hong Kong Trip #7 || Istana Fantasi bermula di Disneyland

Salam. Hola semua! Keriangan diteruskan di Hong Kong Disneyland. Jangan lupa baca Part 6 dan sebelum-sebelumnya. Saya suka writing in many parts sebab tak suka nak scroll down entry pepanjang. Hehe. Hope uols tak letih nak baca. Lets go!

 Lepas habis tengok show di PhilharMagic, nak ke tempat lain pula. Lega sikit masa show dapat panaskan badan. Keluar je huuu sejukkk....


Yeay nampak dah Disney Castle kat belakang tu. 

Waktu malam akan ada fireworks show kat castle tu.

Kebetulan kami datang ni, HK Disneyland meraikan anniversary ke 10. Wow tak sangka lama dah HK Disneyland ni ya.

Ahha... nampak menarik game ni. Kuda yang berpusing-pusing. But saya tak naik sebab takut pening. Hehe.. Posing cukuplah..

Ok saya ternampak castle berwarna-warni ni. Jom masuk tengok apa di dalam.

 
Nampak tak ramai orang, best!

Ahha syoknya kami datang awal tak ramai orang. Lengang takyah beratur panjang-panjang. Seat banyak kosong.

Ready to the journey in colourful world.. Syoknya takde orang dapat duk depan sekali. Heaven! hehe

Orait perjalanan bermula.. Ala-ala menaiki roller coaster but this one seperti kami berada di dalam sampan.

Jom tengok apa yang ada sepanjang menyusuri sungai di istana ni. Actually kat sini dipaparkan patung-patung kerdil yang comel dan berwarna-warni. Setiap seksyen kami lalui memaparkan budaya dari pelbagai negara. Termasuklah Malaysia! 


Seriously sangat cantik! Sampai husband saya pun terpukau. Yang peliknya every time kami bertukar seksyen, lagu yang sama dimainkan but dalam bahasa yang berlainan mengikut negara. Memang amazing.. 

Saya pernah datang sini but kali ni lebih enjoy dan santai.. 

Replika Golden Bridge New York pun ada!

Kira bila masuk sini ibarat uols berada dalam alam fantasi. 

Comel-comel je tengok patung-patung tu menari tergedik-gedik. huhu.. Very hi-tech la dorang leh wat patung-patung tu menari dan menyanyi ikut rentak lagu.


Negara Arab Saudi pun ada.. (Maaf gambar kurang jelas sebab tengah bergerak)

Eh ada Aladdin!


Yang kelakarnya, keluar je dari tempat ni, terngiang-ngiang di telinga kami muzik yang dimainkan sampai kami balik! haha adoyai.. Experience yang sangat fun. If bawa kanak-kanak confirm dorang lagi kagum. huhu..




Orait done. Next aktiviti kami lagi menarik! To be continued....:)


Misya :  Bijak pilih hari bercuti.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...