expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 12, 2017

Hong Kong Trip #9 || Visit Tarzan dan Cowboy Place

Salam. Ok after kami lunch di Tahitian Terrace dalam Part 8, kami meneruskan pengembaraan di Hong Kong Disneyland dengan memasuki Adventure Land pula. Haa kat sini bertemakan ala-ala orang asli, Hawaii, dan hutan tropika. Apa yang ada kat sini? Jom follow...

Hujan masih turun renyai-renyai tapi tak mematahkan semangat kami untuk teruskan perjalanan. Dah bayar mahal-mahal rugi tak jalan puas-puas kat sini. Now kami di Adventure Land!

1st destination kami nak visit rumah atas pokok a.k.a kediaman encik Tarzan di kawasan pulau yang berlainan. So kami kena menaiki rakit khas untuk menyeberangi tasik yang mengelilingi pulau Tarzan tersebut. 

Dah sampai... Tarzan Treehouse.. Wujud ke Tarzan nya? Jom...

Best rumah ni sebab uols kena naik tangga yang diperbuat daripada kayu dan agak tinggi. 

Jambatan gantung pun ada.

Pameran kisah bagaimana Tarzan dari kecil dibesarkan di dalam hutan selepas ibubapanya dibunuh oleh Harimau Bintang yang jahat. Grrr....

Konon-konon ada baby kat atas tu. Terkejut kami bila tetiba ada bunyi ngauman harimau! haha..

Perjalanan diteruskan..

Replika gorilla yang menemui, menjaga dan membesarkan Tarzan.

Eh, Tarzan dan Jane!

Nasib baik patung. Kalau Tarzan betul, alamak seksinya, aurat! hehe..


Seriously suasana Tarzan Treehouse ni dibuat seperti dalam movie. 

Barang-barang peninggalan yang menampakkan rumah ni real.

Sempat berposing sebelum keluar dari sini. 

Tula rakit yang membawa kami menyeberang tasik ni untuk ke rumah Tarzan.

Goodbye Tarzan!! Jumpa lagi....

Next... Kami ke perkampungan koboi. Wild Wild West..

Actually tempat ni masa saya datang dulu masih belum siap. So agak teruja la kali ni nak tahu apa yang ada.

Ahha ada roller coaster rupanya kat sini. But tobat saya dan husband takkan naik roller coaster ni sebab seriously menakutkan. Errr... tak berani..

Nampak menarik je laluan dia tapi honestly memang saya tak berani. Kalau uols berani try la nanti. Hehe.

Huhu ada mata air panas di sini.. Kawasan sini dibuat konon-konon macam tempat perlombongan.

Tercari-cari juga mana koboi nya. huhu



WANTED!

Alamak saya kena masuk jail! huhu.. 


Kami sekadar jenjalan saja di sini.. 



Tengok rail roller coaster ni pun dah wat kami gerun. Konsep roller coaster dia macam kita naik troli pelombong melalui ruang bawah tanah. Menarik tapi takpelah kami tak berani. hehe..

Selesai melawat perkampungan cowboy, next nak tengok show pula. Show apa tu? Jom ke Part 10 ya!;)


Misya : Hidup sentiasa ada 'adventure' yang perlu ditempuhi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...