expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 19, 2017

KingKong Buat Saya Jatuh Cinta Dengan Loki!

Salam. Malam semalam saya dan husband kebosanan so kami decide gi tengok movie di Alamanda Putrajaya. Booking online je.. Sekarang semuanya mudah even nak beli popcorn pun melalui online! Senang bangat sih.. Kami decide nak tengok cite King Kong terbaru. Sape dah tengok? Bolehlah terjah pawagam sekarang. 

Last saya tengok King Kong adalah pada tahun 2008. Masa tu tengok sengsorang je kat KLCC sebab boyfriend takde masa tu. Wakaka. Paling sadis nangis pun sengsorang. Ahaks..


But this time tengok dengan Mr. hubby. Hehe.. 


Kong : Skull Island. Tajuk gempak dah. Jom layan..


Kali ni kisah Kong dibuat ketika zaman Perang Dunia. Pulau Tengkorak tu terletak di area perairan Vietnam. Kira time tu kan US berperang dengan Vietnam. So ada sekumpulan saintis nak wat research kat Pulau ni.


If uols perasan, hero filem ni adalah 'Loki'. Ok seriously nampak je dia dalam filem, terus saya fall in love ok!! Tom Hiddleston, omg tak sangka dia nampak sangat handsome. If ada kat depan saya ni memang melting habislah!! 


Tapi keseluruhan movie ni takdelah menunjukkan siapa sebenarnya hero. Setiap pelakon ada kekuatan masing-masing. Balance la..


Dalam King Kong sebelum ni dia lawan Dinosour Trex. But dalam Kong Skull Island ni dia lawan raksasa ala-ala biawak yang lagi ganas.

Kesudahan filem ni? Ahha berbeza dari filem-filem King Kong yang lain sebelum ni. Jalan cerita dia biasa-biasa saja but adegan suspen dan lawan-lawan King Kong tu memang superb. Sampai saya banyak kali terkejut macam tengok cite hantu. Hahaha.. Disebabkan melting dengan Loki, saya bagi 3 setengah bintang. Hehe.. 

Misya : Cinta sejati hanya untuk suami.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...