Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

MINDA MISKIN vs MINDA KAYA

Salam. Saya suka pada kata-kata motivasi seperti dari orang-orang yang berjaya antaranya pengasas kepada Alibaba.com iaitu Jack Ma. 



Beliau pernah berkata, "Manusia yang paling teruk untuk dilayan adalah Orang Minda Miskin". Siapakah orang berminda "miskin" ini? Adakah kita tergolong dalam golongan minda miskin ini. Kalau ya, tibalah masa kita mengubahnya dan kayakanlah minda kita. 


Beri mereka PERCUMA, mereka fikir itu sebuah perangkap.
Beritahu mereka tentang PELABURAN KECIL, mereka kata TAK BOLEH UNTUNG BANYAK.
Beritahu mereka PELABURAN BESAR, mereka kata TIADA DUIT.
Beritahu mereka CUBA PERKARA BARU, mereka cakap TIADA PENGALAMAN.
Beritahu mereka buat BISNES TRADISIONAL, mereka kata susah nak buat.
Beritahu mereka BISNES MODEL BARU, mereka kata itu MLM.
Beritahu mereka buat BISNES BARU, mereka kata TIADA KEPAKARAN. 


Mereka ada satu Persamaan: 
Mereka suka tanya Google
Dengar kata kawan yang tidak berjaya
Fikir lebih banyak dari Profesor Universiti
Bertindak lebih sikit dari orang buta.


Tanya mereka, apa mereka boleh buat? 
Mereka tidak akan dapat beri jawapan pada anda.


Kesimpulan saya: 
Bertindak lebih cepat dan banyak dari biasa
Selain hanya berfikir dan berfikir, lebih baik lakukan sesuatu.


Orang Minda Miskin GAGAL kerana satu sikap yang sama:

SEUMUR HIDUP MEREKA HANYALAH MENUNGGU!


Periksa diri kita dan tanya minda yang mana akan bantu kita ke arah kejayaan.


Misya : Hati miskin lebih bahaya.

Comments

Popular Posts