expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 27, 2017

Wujud juga lelaki yang membela wanita suka makeup..

Salam. Sekarang ni tengah hangat kan isu makeup tak makeup ni. Since student SPM cemerlang datang sekolah ambil result sambil memakai makeup lagilah netizen-netizen jadi cacing kepanasan. Dikondemnya sehabis-habisan budak tu. Kesian dia sampai terpaksa deactivate semua account media socialnya. Saya sendiri tak faham apa masalah netizen ni a.k.a rakyat Malaysia sekarang ni punya mentaliti. Tak jadi kudis pun if orang tu bermekap atau pun tidak. At least budak sekarang berpeluang belajar sambil menjaga kecantikan. This is preparation sebelum memasuki dunia pengajian dan pekerjaan anda kenalah kelihatan kemas dan nampak semenggah. 



Zaman saya dahulu takde peluang camni. Dengan muka selebet macam tak mandi, tudung senget-benget, serius! Tapi tu pun dah rasa lawa. Hahaha. Tak kisahlah but saya tertarik dengan kata-kata dari tweeter seorang lelaki bernama @arepkasim yang kelihatan membela nasib gadis dan wanita yang suka bersolek a.k.a bermekap. Sorry kalau perkataan yang dikeluarkannya agak kasar but seriously tajam dan tepat ke batang hidung orang-orang yang menghentam dan mengkritik kaum Hawa bermekap tu. hehe..

Teringat husband saya pernah kata masa kami pi wedding someone. " Perempuan tak cantik camne pun but still nampak cantik dan berseri di hari perkahwinan. Untung boleh bermekap. Lelaki, kalau dah tak handsome, pakailah smart bertanjak letak bedak touch up camne sekalipun tetap nampak tak handsome atau muka pecah rumah" hakhak saya mampu gelak je time tu. Tapi memang betul pun. Hehehe..  So sibuk nak cari natural beauty walhal lelaki, istilah natural beauty pun ramai tak tahu camne! ;) At least Malaysia ni takdelah macam Korean yang mostly rakyatnya wat plastic surgery. Wanita Malaysia bersolek pun mostly adalah wajah asal mereka tak operate sana-sini.

Yes, wanita makeup bukan nak menayang kat orang atau lelaki lain. But mostly lebih kepada meningkatkan keyakinan diri. Pergi kerja takkan nak biar muka pucat lesi? Kenalah bersolek sedikit bagi nampak bersemangat. Klien tengok pun yakin kat kita. Plus dengan makeup la kita dapat menyembunyikan cela-cela / part wajah yang mengaibkan / menggiurkan. Ada setengah wanita tak makeup pun nampak seksi. Dah lumrah wanita suka cantik. Cer kalau wanita jadi macam lelaki, jenis tak jaga muka, kuat berpeluh muka berminyak, & etc yang orang lelaki sendiri tahulah, apa rasa? Finally tetap juga cari wanita yang pandai berhias at least simple makeup (not natural beauty).

Apa-apa pun thank you to @arekasim yang support wanita suka bermakeup. Waujud juga lelaki camni. hehe. InsyaAllah didoakan awak dapat jodoh yang cantik dan baik akhlaknya. :)

Misya : Menjaga kurniaan Tuhan.

3 comments :

Seorang Syed said... Reply To This Comment

Orang yang duk condemn tu tak betul kot. Sikit2 nak cari salah orang haihhh.

Anum Abdullah said... Reply To This Comment

orng yg selalu kritik dgn ayat2 yg x bagus tu sebab mereka nak top bah tu..

Nurfaezah Abdullah said... Reply To This Comment

Pasal make up pun jadi issue alahai duniaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...