expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 18, 2017

Hotel Selesa, Pasir Gudang || Apa pendapat saya?

Salam. Kalau anda berkunjung ke Pasir Gudang, Johor dan tak tahu tempat mana nak stay, bolehlah menginap di Hotel Selesa Pasir Gudang. Kebetulan my uncle kerja sini so dia inform ada promotion voucher untuk rate sebilik (2 orang) RM120.00 sahaja. (Around August 2016). Now tak sure berapa rate nya. 

Hotel Selesa ni dulu memang terkenal dan ramai VIP/VVIP akan stay sini if ada apa-apa event. But since di JB banyak lagi hotel-hotel baru dibina maka Hotel Selesa semakin kurang mendapat perhatian. But my uncle said, kalau ada event sukan mostly para atlet ditempatkan di hotel ni. Pelancong-pelancong luar negara juga banyak pilih stay di sini.

Masuk je bilik, wow nice. Selesa..

Yang penting bersih, tilam dan bantal empuk serta tiada bauan kurang menyenangkan. hehe.


Seperti biasa ada water heater untuk bancuh air panas.


Ada laundry service

Alolo toiletries nya tak banyak.. Oklah as long as ada sabun mandi. 

Bilik air boleh kategori bersih but masih boleh dipertingkatkan. Hotel ni agak lama but still kira boleh maintain lah dari segi kemudahan yang ada.

Oh ya, penginapan termasuk breakfast. 

Nasi goreng dia sangat sedap! huhu.. Boleh datang stay sini lagi.

Cuma komen saya, kekalkan kebersihan dan perlu penambahbaikan dari segi perabot yang digunakan. Sebab lambat-laun perabot menjadi semakin lama dan akan menghasilkan bauan yang kurang enak. Overall saya bagi 3 bintang! hehe..

Untuk booking boleh terus emel ke resv@selesapg.com.my

Misya : Selesa itu penting.

2 comments :

Siti Yang Menaip said... Reply To This Comment

memang nampak selesa tu.. hehe.. and deco pun simple tapi cantik =)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Siti Yang Menaip Hehe boleh tahanlah kak siti hotel ni. Sesuai dengan rate:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...