expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 20, 2017

Mr. Kabab & Biryani, Cyberjaya marvelous dan murah!

Salam. Amacam terliur tak tengok roti nan cheese kat bawah ni? Hehe.. Just nak share 1 tempat makan best kat uols. Actually saya ke tempat ni tanpa sengaja. Sebab me and my husband dah ketagih sangat nak makan Shawarma Ayam which lately ni sukar nak cari. Tempat biasa kami gi tu dah tutup. Ada pula hanya Shawarma Daging which kami kurang berminat.

Tak jauh dari tempat favourite kami tu ternampak restoran Mr. Kabab & Biryani, Cyberjaya ni. Ada iklan Shawarma Ayam berharga RM5.00 sahaja! Wow, apa lagi kami terus singgah makan di sini.

Biasanya kalau datang restoran Arab ni confirm orang cari Nasi Arab but kami tukar selera sikit. Order Nan Cheese 1 dan Chicken Shawarma 1. Nak try samada mengenyangkan ataupun tidak dengan 2 jenis makanan ni sahaja. 
Ternyata tidak mengecewakan. Honestly nan cheese dia sangat sedap. Lembut dan penuh dengan cheese tak macam kat kedai mamak biasa.

Cicah dengan kuah dal, perghhh marvelous!

Hidangan sampingan kami, 1 set french fries. Ingatkan kecil je but sepinggan ni haa dia bagi! huhu


Ahha inilah Shawarma yang kami tergila-gilakan tu. Ramai tak tahu Shawarma lebih sedap berbanding kebab. Serius! Siapa pernah study di oversea besenya amat mengenali keenakan Shawarma ni. Yang bestnya Shawarma kat sini sizenya lebih panjang daripada tempat lain. Murah plak tu hanya RM5.00 je! 

Husband lepas gian nak makan Shawarma. Inilah makanan feveret dia masa study di Canada dulu. Ayam yang sangat juicy dipanggang dengan rempah ratus plus garlic sauce, adoyai terliur hakak!

Apa benda ni? Inilah garlic sauce. Nampak macam mayonis kan? But seriously everytime saya makan di restoran Arab wajib order sos ni berserta french fries. Confirm tak menyesal sebab rasa dia lemak-lemak gitu. Makan ngan kentang goreng, perghhhhhhh........... meleleh!

Ginilah suasana restoran Mr. Kabab & Biryani, Cyberjaya ni. Deco dia memang warna-warni macam di negara Timur Tengah. Siap ada lagu rentak padang pasirun lagi.. Ewah! Kat Putrajaya pun ada juga branch restoran ni but unfortunately takde Shawarma di sana.:(

Apa yang mengejutkan, bila tengok bil, OMG murahnya! Saya bajet biasa RM40++ if datang makan kat kedai Arab ni. Terkejut saya dan husband, tak sampai RM30.00 tapi dapat makan makanan yang kenyangnya melebihi price tersebut. Serius boleh datang lagi.


Misya : Kurang makan nasi.

4 comments :

Lokman Hakim said... Reply To This Comment

Nmpak sedapp roti nan cheese...hihi

Zie Azi said... Reply To This Comment

pernah makan jugak, memang sedap, recommended

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Lokman Hakim hehe bolehlah try nanti..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Zie Azi Kan.. Yeah highly recommended!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...