expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 9, 2017

Hatten Hotel, Melaka || Apa pendapat saya?

Salam. Kali ni entry hotel saya nak story tentang Hatten Hotel, Melaka. Kebetulan husband ada kerja kat sana so saya pun tumpang follow sekali. Leh jenjalan kat Melaka. Merasalah kali ni nak duk Hatten Hotel, Melaka yang dikatakan paling grand dan mewah di Melaka. Jom tengok apa view saya about Hatten Melaka ni.


Dari parking kami terus naik lif turun ke lobi hotel. 

Wow, lobby dia dah macam padang bola sepak! Besar sesangat. Nampak mewah bercirikan modern style.

But dalam pada besar-besar tu tempat duduk untuk guest sementara menunggu untuk check in or check out agak terhad. Dan disusun macam kurang mesra alam. Means kalau sorang dah duk kat 1 group sofa tu, orang lain macam segan dah nak duk situ. Kena ada 1 port orang boleh duduk tanpa rasa segan.

Teruja juga tengok lampu hiasan di lobi. 

Sementara menunggu hubby check-in sempatlah selfie jap. Kami dapat level 23 if tak silap. Fuh tinggi! But agak frust dengan lif yang disediakan. Lif ada banyak. Lebih daripada 8 lif if tak silap. But bila lif tu berhampiran 1 sama lain untuk orang dari or nak ke parking dan nak naik ke bilik menyebabkan nampak serabut. But memang rasa kurang selesa kita penat-penat dalam perjalanan, dah check-in hotel, nak naik ke bilik but terpaksa berhadapan dengan keserabutan lif yang banyak dan orang ramai lalu-lalang.

Ok dah check-in bilik. Oh agak nice sebelum ke katil ada ruang tamu comel. 



Dari segi keselesaan bilik memang terbaik. Bersih tetapi tak berapa besar sangatlah biliknya. Husband saya kebetulan dapat special rate melalui booking.com. Rate asal RM300++ if tak silap but husband dapat tak sampai RM200 pun. Try dulu lah ok ke tak hotel ni.


Toilet bersih but ada sedikit kebocoran air di lantai. Lagi 1 kedudukan exhaust fan tak berapa kena. Jamban di hujung sini, exhaust fan kat belah shower. So tak berapa efisien dari segi pengudaraan. 


Toiletries macam-macam ada. Cuma husband kata table top dia kecik sangat. Nak letak barang lain pun tak cukup space. Yang kelakarnya bila dia tunduk nak cuci muka kat sinki boleh terlanggar kepala kat cermin! Adoyai.. 

Inilah suasana di kawasan lif. Ni lengang sebab kat level bilik. Turun je bawah bertembung dengan lif-lif lain dari parking, memang serabut. 

Jom breakfast pula. Ok, bila sampai je kat depan restoran dah kena beratur panjang. Pelik juga walhal kami datang bukan time cuti sekolah. Husband dah start moody dah. Takpela saya sabar kan diri and finally dapat juga tempat duduk. Makanannya? Not bad sedap juga. Sejuk la hati ni sikit. hehe.

Restorannya sangatlah luas sebenarnya. Tapi entahlah terlalu ramai orang sampai rasa serabut sangat. :(

Takpela ini maybe last experience kami stay di sini. Bukanlah nak kondem but lain kami expect, lain pengalaman kami dapat. Orang lain mungkin suka stay sini but for me and husband kami lebih prefer hotel yang tak serabut a.k.a tak ramai orang. Sebab tu namanya tido hotel sebab hotel ni tempat yang tenang dan nyaman untuk stay. Kalau tak, bek tido kat rumah je. huhu. Hope Hatten Hotel Melaka boleh tambahbaik apa yang perlu. Dari segi deco, servis semua dah ok. Maybe sebab infrastructure plus terlalu besar dan berada di tengah-tengah bandaraya Melaka membuatkannya jadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Saya bagi 3 bintang.

Berminat nak stay boleh visit http://www.hattenhotel.com/

Misya : Tak suka serabut.




3 comments :

Delimasari said... Reply To This Comment

wowww udah terjah yer

Yousuf Adi said... Reply To This Comment

boleh tahan hotel ni..

antynid said... Reply To This Comment

wow bangat hotel ni.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...