expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 12, 2017

Makeover Model for Golden Rose Alamanda Putrajaya

Salam. Wanita dan makeup memang tak dapat dipisahkan rite? Walaupun anda tak bermekap sekalipun at least letak juga bedak nipis. Takdelah keluar rumah wajah macam hantu Kak Limah. hehe. Buat penggemar makeup, why not uols try menggunakan alat solek keluaran Golden Rose. Kebetulan Golden Rose open sesi makeover di branch Alamanda, Putrajaya so ambil peluanglah try jadi model makeover. 

Ahha inilah hasil selfie lepas dimekapkan. Suka sangat hasil tangan MUA Marinaz Ahmad ni. Nampak tebal kan but honestly tak rasa berat dan tebal pun mekap dari produk Golden Rose ni.

Nak tahu produk GR ni asalnya daripada Turki tau. So memang dibuat sesuai untuk wanita Muslimah. Yang paling best semua produk GR adalah Halal. So GR antara produk kosmetik jenama antarabangsa yang mempunyai sijil Halal.

Beginilah keadaan butik GR di Alamanda Putrajaya

Butik GR ni berhadapan dengan butik UniqLo. Senang nak cari.

GR ni jenama antarabangsa but harga dia sangatlah murah compare dengan brand-brand oversea yang lain. Most product below RM50! Sangat berkualiti setanding dengan brand lain.



Wajah saya sebelum dan selepas disolekkan. 

With photog Mohd Irwan Hakim Wong, sorang lagi model dan MUA Kak Marinaz. Nantikan gambar-gambar hasil photoshoot. Dalam entry ni saya share gambar yang diambil melalui fon sahaja. Nak gambar lawa kenalah gunakan Oppo! hehe.. Tetiba promote plak.



Suka sangat makeup ni sampai tak boleh move on berhari-hari. huhu. Hasil tangan kak Marinaz dengan produk Golden Rose memang gojes. TQ Golden Rose!=)


 Misya : Makeup menyerlahkan keyakinan diri.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...