expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 12, 2017

The Pines Hotel, Melaka || Apa pendapat saya?

Salam. Kali ni saya review pula satu lagi hotel di Melaka. Huhu saya and husband memang suka try stay macam-macam hotel. Ok this time, kami stay di The Pines, Melaka. Antara hotel mewah jugalah di sekitar Melaka. Hotel ni agak baru so semuanya kelihatan baru. Tapi saya tak sempat snap gambar di lobi sebab orang agak ramai ketika kami check-in. Dan agak mengecewakan bila servis di kaunter agak slow. Staf di kaunter nampak busy ke sana ke mari tapi tak membantu apa-apa pun. Saya yang menunggu pun rasa fedup. Dengan tempat duduk terhad. Haiyaa awal-awal dah bagi bad impression. 

Ok check-in! Orait saya suka biliknya. Lega sikit lepas keserabutan di lobi. Husband dapat bilik ala-ala suite. Rezekilah company sponsor sebab ada event kat sini. hehe.

Siap ada kabinet dapur tapi takde dapur pun untuk memasak. huhu. Honestly saya rasa tak penting pun ada benda ni. Better dia buat macam bentuk minibar. Nampak lebih elegen.

Menarik bekas toiletries di bilik air. Geram macam suruh bawak balik je sekotak tu. hehe

Ahha ni paling best, ada bath tub! Kalau buka bidai tu kan boleh nampak seluruh kotaraya Melaka. Duk tingkat tinggi takdak sapa nak intai. Haha. bath tub tu boleh alih-alih tau. Hehe..

Ahha table top di bilik air besar, memang husband saya suka. Selesa bilik airnya.

Gitulah posing ala-ala model katanya.. 


Breakfast seperti mana hotel-hotel juga. Macam-macam menu disajikan. Puas makan. 


Part lif ni saya suka. Susunatur nombor level yang unik. Belum pernah jumpa lagi. hehe..

Nak kata tak ok, actually ok. Cuma dia kena perbaiki dari segi servis di kaunter supaya bekerja cepat sejajar dengan hasilnya. Husband saya pelik staf tu tekan-tekan keyboard PC, kalkulator nampak sibuk ya amat tapi tak tahu apa dibuatnya. Walhal masa tu takdelah ramai pun yang beratur nak check-in. Maybe kena perbaiki sistem dorang dalam menguruskan tempahan bilik pelanggan. Saya bagi 3 setengah bintang.  

Ok siapa berminat nak stay sini bolehlah ke http://www.thepines-melaka.com/


Misya : Bekerja biar ikhlas.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...