expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 2, 2017

Tips keluar dating Misya dan husband

Salam semua. Saja menggedik nak share entry saya gi dating dengan hubby. hehe jangan termuntah pula. Dah lama saya tak share entry tentang kami berdua. Dating selalu je. huhu. But honestly bila sesekali kua dating camni rasa macam masa cintan-cintun dulu. Cuma dolu-dolu takleh nak pegang tangan or jalan rapat-rapat sangat. Dah kahwin ni haa takpela. Alhamdulillah kami kalau keluar dating memang amalkan macam orang bercinta selalu wat. Secara tak langsung merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang. Almaklum orang Malaysia besenya kalau dah kahwin, nak jalan pegang tangan manja-manja pun segan. Muka ketat je kekadang. huhu. Mana boleh diperbaiki, perbaiki la ya.

Kami dating di IOI Mall Putrajaya. Puas jalan, singgah makan di Pappa Rich. Masa jenjalan tu husband terserempak dengan kawan husband. Kawannya tanya watpe kat sini, "oh bawak wife jenjalan dating hujung minggu". Ahaks, kembang jap hati ni. hehe.. But my husband selalu kalau kua ngan dia jumpa member-member dia tanya saya siapa, selalu dia jawab " girlfriend aku". Dengar macam tak best but honestly menunjukkan husband kita masih anggap kita special makwe dia. And wat saya suka dan akan rasa lebih menghargai. hehe. Bukan apa kadang-kadang bila sebut orang rumah/wife/isteri aku, dah macam ada jurang kemesraan. But depends pada keadaan la. Dengan family jangan lah sebut girlfriend/boyfriend pula. huhu

Dinner kami.. Curry Laksa & Nasi Goreng Kampung with Fried Egg. Pappa Rich memang tak pernah mengecewakan. Nak tahu masakan kedai tu sedap dan pure ke tak, husband saya boleh detect samada makanan tu ada Ajinomoto (MSG) atau tak. Kalau ada, besenya kepala dia jadi pening. So ternyata kesedapan makanan tu tak asli sebab bergantung kepada MSG. But so far Pappa Rich memang sedap dan tulen. hehe

Mengarut pasal makanan pula. hehe. But honestly, buat pasangan dah kahwin, sesekali kena luangkan masa dating berdua. Walaupun dah ada anak, kemesraan masa bercinta dulu perlu lebih effort bila dah kawin. Jangan time nak 'tut' je mesra dan manja. Kat luar, macam perang dunia ketiga. hehe.. Tapi tak perlu mesra sangat sampai orang menyampah. Yang penting sweetkan rumahtangga agar orang lihat pun manis je sentiasa.:)


Misya : Berlumba sumbang kebahagiaan dalam rumahtangga.

2 comments :

Cik Tie said... Reply To This Comment

Pappa Rich memang tak selalu mengecewakan kan

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Cik Tie hehe setuju!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...