expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 15, 2017

Acheh Trip #1 || Kuburan Massal 46,718 mayat..

Salam semua. Ingat lagi saya pernah inform yang saya gi holiday di Banda Acheh dalam entri INI? So saya mulakan semula entri trip saya dan family ke Banda Acheh, Indonesia ni. Punyalah lama tinggal, laa ni baru nak hapdet. Tak senonoh betul saya ni. haha.. Takpe jom baca kisah kami. Boleh uols jadikan panduan if nak ke sana nanti.

Seawal jam 5.30 pagi kami dah terpacak di stesen Putrajaya Sentral untuk menaiki tren ERL ke KLIA 2. Trip kali ni saya bersama my parent, my younger brother & my uncle, Pak Andak. Kat airport nanti, family Pak Lang (adik ayah saya) dah menanti.

Kami sampai agak lewat di airport dan sangat rushing tapi sempat juga nak wefie. Tak sangka pagi-pagi buta KLIA 2 ni dah start sesak.

Alhamdulillah after lebih kurang 1 jam setengah flight kami sampai di airport Banda Acheh. 

Oopss bukan bas itu yang kami naiki.

Kami naik bas mini ini. Hehe.. Disebabkan kami tak ramai dalam 15 orang so, tourist guide provide kami mini bus ni.

Inilah Ridha Sahputra, our tourist guide sepanjang di sini. Dari awal kami sampai, beliau dah start story pengalaman beliau dan masyarakat di sini sewaktu menghadapi bencana Tsunami. Dah start sebak-sebak dah. Alhamdulillah Ridha dan family terselamat sebab rumahnya jauh sedikit dari tepi pantai but still juga dia dan family lari menyelamatkan diri ketika Tsunami terjadi. Hingga kini katanya ada 5 orang rakan beliau tidak dijumpai-maybe telah terkorban semasa Tsunami.

Antara pemandangan di sekitar Banda Acheh. But kawasan ni dikira kawasan pinggir bandar. Banyak sawah padi terbentang luas.

1st place kami visit adalah tapak Kuburan Massal yang menempatkan hampir 50000 orang yang terkorban semasa Tsunami dikebumikan di sini. 

Actually ini adalah salah 1 kubur yang ada but this one yang paling besar sekali.

Kubur di sini tiada batu nisan atau tanda siapakah yang dikebumikan. Sebab semua mayat ditanam terus tanpa dimandikan dan dikafankan dalam 1 liang lahad besar menggunakan traktor. So memang bercampur mayat pelbagai bangsa, agama, umur dan jantina. Dats why pengunjung yang datang ada yang berdoa cara Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kenapa sebegitu? Sebab sememangnya selepas Tsunami, rupa mayat sukar dicam sebab mereka berada dalam bermacam keadaan. So ditanam sahaja terus semua dalam 1 liang lahad. Allahuakbar..

1st place je dah wat kami rasa sebak. Tak dapat dibayangkan saat mangsa Tsunami ketika itu menghadapi bencana tersebut. Sekali Allah turunkan bencana, puluhan ribu nyawa melayang terus. Allahuakbar moga kita pergi esok lusa dalam keadaan yang baik dan dijauhkan dari bencana seperti ini.

Ok selesai di Kuburan Massal, Ridha membawa kami minum pagi di salah sebuah kedai kopi popular di sini iaitu Solong Coffee. Kat sini tak seperti KL atau bandaraya besar lain. Acheh baru sahaja nak membangun so tak banyak option untuk kedai-kedai makan. But Solong Coffee ni memang antara tempat minum yang sering dikunjungi rakyat setempat dan pelancong.

Kat Acheh ni kuih-kuih kebanyakannya manis-manis belaka. Ala-ala seperti di Kelantan pun ada. Actually tak jauh beza pun dengan kuih tradisional di Malaysia cuma namanya saja yang berbeza.

Yang paling popular kat Acheh ni Kopi Sanger-ala-ala kopi susu tetapi kurang manis. Kalau nak manis boleh order kopi susu tapi manis dia ya ampunnnn... 70% adalah susu pekat manis! huhu. So order kopi / teh Sangger is better.

Ada juga nasi lemak kat sini. 

Inilah dia teh sangger yang saya order. Memang feeling macam kat kampung-kampung.


Ok setel Part 1. Nanti saya continue Part 2 ya. Banyak lagi nak story ni. :)



Misya :  Holiday yang banyak memberi pengajaran.

1 comment :

this ni3za said... Reply To This Comment

Tak boleh lupe peristiwa tsunami..Sgt sedih & menakutkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...