expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 16, 2017

Acheh Trip #2 || Menangis di Muzium Tsunami

Salam semua. Bersambung dari Part 1 trip saya ke Acheh, after menikmati minum pagi di Solong Coffee, kami dibawa ke Muzium Tsunami Acheh. Kat muzium ni dipaparkan pameran berkaitan Tsunami sebelum dan selepas bencana tersebut berlaku. Muzium ni dibina juga untuk memperingati mangsa-mangsa Tsunami yang telah terkorban dan menjadi iktibar kepada seluruh penduduk Banda Acheh serta pelancong yang datang.

Antara yang menarik dalam muzium ni adalah Lorong Tsunami di mana 1 lorong gelap dibina dan dindingnya dibasahi air untuk para pengunjung merasai bagaimana sebenarnya keadaan Tsunami ketika berlaku. Gelap, sejuk, basah, sunyi, menakutkan.. SubhanaAllah.. Tergambar bagaimana kalau diri ini yang berada di tempat kejadian ketika itu. Seram, sedih, takut, semua bercampur-baur bila melalui lorong Tsunami ni.:(


Antara kenderaan yang dipamerkan. Helikopter polis yang turut musnah akibat Tsunami.

Kat muzium ni juga pengunjung dibawa menyelusuri bagaimana Tsunami boleh berlaku melalui hasil kajian saintifik yang telah dijalankan.

Antara sudut pameran yang saya paling terkesan adalah ruang ini. Bilik yang berbentuk seperti kon dan di atasnya tertulis kalimah Allah swt. 

Dindingnya pula terukir kesemua 100,000 nama mangsa Tsunami yang telah terkorban. Allahuakbar, entah mengapa air mata saya tumpah jua tatkala masuk ke ruangan ni. :'( Terdengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran dimainkan sambil memandang ke atas (kalimah Allah) membuktikan kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Tak kira siapakah kita, bila Allah nak ambil semula, zupp sekaligus 100,000 nyawa diambil. 

Mata agak bengkak sebab baru lepas menangis. Memang sedih sangat bila masuk ke sini. 

Muzium ni agak besar. Dibina selepas Tsunami berlaku dan secara tak langsung menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Acheh. Sebabnya sebelum ni, Acheh mengamalkan dasar pintu tertutup, dimana orang luar termasuk pelancong sukar untuk datang ke sini. Now, Acheh dah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong luar bagi menjana ekonomi rakyat mereka yang terjejas teruk akibat Tsunami. Kira ada hikmahnya juga Tsunami ni, penduduk Acheh lebih terbuka dalam menerima perubahan dari segi sektor pelancongan.

Antara pameran berkaitan tsunami. Kubah masjid yang tertanggal dari masjid asalnya dan terdampar jauh dari masjidnya. Entrinya saya akan story nanti.

Kapal atas rumah.. Tempat inipun kami akan dibawa melawat juga nanti.

Sempat wefie dengan Pak Andak & my adik.

Gambaran ombak Tsunami yang melanda Banda Acheh. Betapa tingginya ombak tersebut sampaikan kapal penjana elektrik bertan-tan beratnya boleh dibawa dari tengah laut ke darat!


Hasil sumbangan orang ramai, kitab-kitab suci Al-Quran yang dapat diselamatkan selepas Tsunami.


Semangat sungguh Ridha menerangkan setiap pameran yang ada. Bagus betul sebab selalunya kalau melancong, if masuk muzium, staff muzium yang akan terangkan tentang pameran. Ni pemandu pelancong yang terangkan. hehe..

Memasing kusyuk mendengar penjelasan Ridha.

Speda a.k.a motosikal yang dipamerkan.


Replika masjid yang terselamat dari kesan Tsunami.


Keadaan muka bumi Banda Acheh sebelum Tsunami

Keadaan muka bumi Banda Acheh selepas Tsunami. MasyaAllah..


Gambaran tinggi ombak setinggi pokok kelapa ketika kejadian Tsunami. Serius sangat menakutkan!


So, kalau datang ke Acheh, muzium ni wajib dilawati. 

My parent pun nak bergambar juga.. huhu

Orait, dah menjelang tengahari, apa lagi lunch hour la! huhu. Ahha jangan tak tahu, kami dibawa makan tengahari di Rumah Makan Syiah Kuala. Ooopsss kedai makan ni takde kena mengena dengan ajaran Syiah ya! hehe.. Namanya aje Syiah.

Inilah lunch kami. Ada ayam goreng berempah, gulai daging dan beberapa jenis lauk yang saya tak ingat namanya. Ala-ala makan di restoran masakan Minang pun ada. Sedap-sedap lauknya. Sambil menikmati jus timun yang sangat menyegarkan.

Wefie sat..

So kalau datang ke sini, Rumah Makan Syiah Kuala ni memang recommended.

Next kami bersolat Zohor di salah sebuah masjid berhampiran. Seronoknya kat Acheh ni, setiap beberapa kilometer mesti ada masjid. Memang terasa ajaran Islam sangat kuat diamalkan oleh penduduk Acheh. Sangat peacefullness!

Design kubah masjid yang menarik.


Orait nanti saya sambung entri dalam Part 3 ya. :)



Misya : Islam di mana-mana.

2 comments :

PeRdU cINta said... Reply To This Comment

Allahu...melihat pun sudah berasa sedih...bagaimana yang melaluinya....

panphila said... Reply To This Comment

Banyak dengar cerita-cerita yang menarik tentang Acheh. Might visit Acheh next time and make sure a visitation to the museum should be in the itinerary!

http://panphila.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...