expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 30, 2017

Acheh Trip #4 || Pulau Sabang dan Nasi Uduk

Salam. Sambungan dari Part 3, Alhamdulillah selepas sejam lebih perjalanan dari Banda Acheh ke Pulau Sabang, finally kami sampai di Pulau Sabang.  

Sampai je kami terus dibawa ke salah satu tempat tinggi untuk bergambar. Yang membolehkan kami nampak pemandangan indah sekitar Pulau Sabang.

Selfie itu wajib. haha..

With uncle, cousin n my lil bro..

Actually Pulau Sabang ni pun terkena juga tempias Tsunami tapi tidak seteruk Banda Acheh. Penduduk di sini pun tak ramai.

Keindahan panorama yang menenangkan..


Pulau ni masih belum ramai pelancong yang datang. Sebab ia baru saja nak dikomersialkan. So alam semulajadinya masih terpelihara.

Tengokla my parent punya seronok. haha..

Acecececehhhh...

Tenang je kan bila tengok laut...

Van yang membawa kami dari jeti ke sekitar Pulau Sabang.

Ok time for dinner.. Kat sini hari nampak masih cerah but sebenarnya waktu mereka sedikit lebih cepat berbanding Malaysia. Dinner kami dibawa ke restoran Nasi Uduk Jakarta. Pernah dengar Nasi Uduk? Rasanya ala-ala macam nasi lemak di Malaysia tapi dimakan macam Nasi Ayam Penyet.

Perut dah berkeroncong, so semua menu rasa nak makan.

The best part air minuman kat sini dibuat menggunakan buah-buahan segar. Memang marvelous!

Ahha jangan tak tahu kat Acheh ni tiada kentang goreng segera dijual. Tapi peniaga di sini buat sendiri tau kentang goreng! Flavour asli dari ubi kentang yang digoreng dengan tepung tanpa bahan pengawet, memang rare la. Kat Malaysia tak jumpa ni.. Semua yang dah diproses dan mengandungi perisa tambahan.

My favourite drink every time datang ke Indonesia. Jus Alpukat a.k.a Avocado. Memang fresh, lemak berkrim!

Inilah dia Nasi Uduk.. Ada Ayam Penyet, tempe dan tauhu goreng, sayuran dan sambal. Dihidang atas daun pisang. 1st time saya rasa Nasi Uduk ni, memang sedap. Tambahan lagi ada tempeh memang kegemaran saya. hehe


Untuk lauk tambahan kami order sayur taugeh ni

Serta sayur kangkung..

Yang bagusnya di sini, para pekerja di restoran ni bersolat jemaah terlebih dahulu apabila azan Maghrib berkumandang. Mula-mula rasa pelik juga order kami tak sampai-sampai walaupun dah lama. But rupa-rupanya pekerja semua gi solat dulu sebab kebetulan kami sampai sini dah nak masuk waktu Maghrib. Bukan di sini saja malah di sekitar Banda Acheh pun macam tu. Mereka takkan layan pelanggan bila masuk waktu solat. Bagus kan?

Alhamdulillah kenyang.. After dinner kami terus dibawa ke tempat penginapan. Agak jauh juga perjalanan dari restoran ni ke hotel. Nama je pulau tapi actually pulau ni sangatlah besar. Dan tiada highway, semua jalan berlingkar-lingkar dan sangat-sangat gelap sebab tiada lampu jalan.
Orait sampai di sini saja untuk Part 4. Boleh baca sambungannya di Part 5 ya!


Misya : Menikmati alam semulajadi dan makanan homemade. 

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...