expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 30, 2017

Good Job Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin!

Salam. Ahha da lama tak story tentang dunia hiburan kat Malaysia ni. But baru-baru ni bila TV3 menayangkan drama bersiri Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin di Slot Akasia jam 7.00 petang setiap Isnin hingga Khamis, terus saya jatuh hati dengan drama ni. Last drama saya pernah layan Hati Perempuan pun slot yang sama di TV3 tapi saya layan separuh jalan je sebab makin muak tengok watak pelakon wanitanya yang tidak menghormati suami. huhu. Suddenly hari tu rasa nak on TV3, buka-buka je terus drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ni baru start. Episod 1 plak tu! Layan punya layan, eh best pulak drama ni. Yang paling menakjubkan saya layan sampai habis 24 episod kot! huhu. Sampai dengan husband saya pun turut terjebak layan drama ni. Hehe..


Dilakonkan oleh Raysha Rizrose (adik-beradik tiri pelakon Senrose) sebagai watak Yuhanis (utama), manakala heronya Idris Khan (watak Mizan). Actually since Raysha ni menang pertandingan Dewi Remaja last year lagi saya tertunggu-tunggu lakonan beliau dalam mana-mana drama atau filem. Sebab nampak dia berbakat. 1st episode tengok, wow not bad la dia berlakon. Takdelah 'kayu' sepertimana sesetengah pihak berkata. huhu. Husband saya pun cakap tang mana kayunya lakonan Raysha. So far dia nampak macam dah pro. Salute lah dengan beliau boleh bawa watak utama dengan baik. 

Saya tak tahu pun drama ni adalah adaptasi daripada novel karya penulis Umi Syidah. Besenya cliche drama adaptasi novel ni memang saya tak layan. But this time maybe tajuknya agak unik, dan lakonan para pelakon yang best walaupun dorang kebanyakkannya still new membuatkan saya dan husband ternanti-nanti setiap episode. 

My husband siap boleh samakan wajah saya sama macam Zera Hariz (baju hitam) yang mainkan watak Sheila. Adoyai.. Dahlah Zera ni pun pakai braces. Every time watak Sheila ni keluar je, husband saya mesti sebut nama saya. Sabar jela.. Selain tu, watak antagonis yang dimainkan oleh Azrel Ismail (Nizam) dan Aprena Manrose (Suraya) pun sangat bagus. 

Sebab lain saya suka drama ni, adalah dialog (skrip) yang dilontarkan oleh pelakon tak skema macam drama-drama lain. Dialog dorang sangat santai macam kita sendiri gunakan bila bercakap seharian. So secara tak langsung drama ni jadi tak bosan walaupun jalan ceritanya agak klise macam drama-drama lain. Dengan babak-babak sweet antara Raysha dan Idris tu lagilah wat drama ni best dan nampak dorang tak kekok pun berlakon. Yang kata dorang berlakon kayu tu tak tahulah tang mana nampak kayunya. Kalau tengok drama lain kadang menggelikan bila dengar dialog yang terlalu skema dan ikut skrip. So syabas lah team drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ni! Semua pelakon ada potensi untuk kembangkan lagi bakat lakonan dorang. Good job!

Oh ya, drama ni dah habis pun ditayangkan. Ada 24 episode semuanya. If nak tengok, kat Youtube pun ada. :)

Misya : Nasi lebih, buat nasi goreng.

3 comments :

Delimasari said... Reply To This Comment

tersangkut juga tgk drama ni

Aisya Ismail said... Reply To This Comment

aprena tu comel je..

http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/08/kenapa-fashion.html

Auni Liyana said... Reply To This Comment

Hai dan assalamualaikum. Maaf di atas kelewatan reviiew blog yang dijanjikan tempoh hari. Jemput terjah link ini ya. Moga tetrhibur https://aunilieyana.blogspot.my/2017/09/review-blog-bloglist.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...