expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 20, 2017

Acheh Trip #6 || Rumah Budaya + Ikan Bakar Acheh

Salam. Ok puas sudah aktiviti di Pulau Sabang (Part 4 & 5), kami kembali ke Banda Acheh. Destinasi pertama kami adalah melawat rumah tradisional masyarakat bangsawan Acheh iaitu Rumah Cut Nyak Dhien. Di sini lah kami dapat tahu susur galur family Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berasal dari Acheh.

Di sini gelaran 'Cut' diberikan kepada bangsawan wanita semasa dahulu kala. Nyak Dhien ni antara pejuang wanita di Acheh ketika zaman pemerintahan Belanda menjajah Indonesia.

One of tourist guide explain kepada kami salasilah keturunan Cut Nyak Dhien.

If anda perhatikan Tengku Puteh dalam salah 1 kotak carta alir tu merupakan bapa kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Nama sebenar P.Ramlee : Ramlee bin Puteh). Tak sangka P.Ramlee sememangnya berketurunan bangsawan yang disegani di Acheh. Patutlah beliau berkebolehan menghasilkan karya-karya seni yang sangat hebat.

Rumah ni actually turut terjejas semasa bencana Tsunami tetapi disebabkan ianya dibina tinggi dari paras tanah, so barang-barang di dalamnya masih selamat.

Pameran potret-potret yang menggambarkan suasana zaman dahulu.


Swafoto with lakaran potret Cut Nyak Dhien. 

Bilik tidur 

Semua perabot dalam ni diukir based on pengaruh budaya Belanda.


Antara senjata yang digunakan semasa menentang penjajah Belanda.

Ini adalah perigi yang dikatakan digunakan oleh Cut Nyak Dhien dan sefamily.

Rekaan rumah ni sangat unik. Aliran udara keluar masuk melalui senibina atap yang kukuh. 

Perigi di bahagian belakang rumah.



Inilah kamar utama Cut Nyak Dhien

Ruang tamu


Swafoto dari luar rumah

Kalau anda perhatikan rumah ni ada 3 bahagian. Setiap bahagian ada peranan masing-masing. Mengasingkan kaum lelaki dan wanita - kiranya pengaruh Islam sangat kuat ketika itu.

Rumah ni sangat besar sebenarnya. Atas usaha kerajaan Acheh maka ianya dibaikpulih untuk dijadikan muzium.

Ok lets go to another destination.



Ahha, kebetulan bas berhenti di salah 1 tempat jualan makanan tradisional Acheh, apalagi ambil peluanglah shopping!

Macam-macam ada kat sini..

Biskut, kek, kerepek dan pelbagai jenis makanan tradisional Acheh dijual di sini.

Orait moga ketemu lagi ya!

Next kami dibawa ke sebuah masjid untuk bersolat sebentar.

Melangkah masuk je ke dalam masjid jelas kelihatan kesan tsunami yang telah meruntuhkan beberapa bahagian dalam masjid.

But Alhamdulillah main structure masjid ni masih kukuh dan hanya perlu dibaikpulih sedikit demi sedikit.




Sempat berbual dengan nenek-nenek penduduk di sini. Mereka ni kebanyakannya hilang tempat bergantung selepas Tsunami. So masjid la menjadi tempat ketenangan mereka. Sedih bila dengar kisah dorang. If anda datang ke sini, bolehlah bersedekah kepada mereka.


Actually masjid ni sangat cantik.

Masjid Rahmatullah.. Semoga dirahmati selalu.


Swafoto wajib.

Seterusnya, kami dibawa ke tepi pantai untuk menikmati pemandangan indah di waktu senja.

Syoknyer lepak-lepak tepi pantai yang sangat mendamaikan. Kalau orang lain mungkin tak berani dah kot nak duk tepi pantai tapi entahlah kami ke sini tanpa sedikit pun perasaan takut. Maybe keindahan pemandangan di sini wat kami teruja.

Actually pantai-pantai di sini hanya dibuka sehingga 7.00 malam sahaja sejak tsunami. Selepas tu, pantai ditutup dan tiada aktiviti dibenarkan dijalankan sepanjang malam sehingga pagi.

Mungkin Allah swt ingin memelihara Acheh dari segala aktiviti maksiat di tepi pantai, thats why diturunkan bencana Tsunami. Tapi yela, kerana kesalahan orang lain, orang lain pun turut terkena tempias.

Ok ready for dinner.. Syoknyer makan-makan cenggini with family di tepi pantai.

Special kali ni kami dihidangkan dengan ikan bakar fresh!

Serius sangat sedap ikan bakar cicah dengan sambal dan ulam-ulaman segar.


Tempat ni memang dibuka hanya waktu siang saja. Tidak seperti di Malaysia boleh makan seafood sepanjang malam di tepi pantai. Tapi takpela, inilah experience yang tak ternilai. Santai-santai di tepi pantai Acheh menghadap lautan Hindi..

Sebelum pulang, kami menikmati pemandangan di sini di waktu senja. Indah nian je rasa..

InsyaAllah ada rezeki kami ke sini lagi.. Tiada yang lebih indah melainkan ciptaan Allah swt.


Misya : Percutian sederhana yang mendamaikan.





3 comments :

farhanna jafri said... Reply To This Comment

cantiknya rumah cut Nyak Dhien tu & tak sangka P.Ramlee asalnya dari keturunan Acheh.

Puan Wawa said... Reply To This Comment

syoknyaaa gi jalan2 tempat orang.. btw, cantik aimi..")

Nabila Syifa said... Reply To This Comment

Menarik.bandar acheh tmptnya byk org islam kn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...