expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 25, 2017

Acheh Trip #7 || Bot Atas Rumah, Rumoh Aceh, Muzium Budaya

Salam. From Part 6, hari seterusnya lawatan di Acheh diteruskan ke Gampong Lampulo (Kampung Lampulo) yang menyaksikan bagaimana sebuah bot besar terdampar atas sebuah rumah selepas Tsunami. Seperti yang saya dah khabarkan tentang bot atas rumah dalam entry Part 1 semasa melawat Muzium Tsunami Acheh, kali ni kami dapat saksikan secara live. Jom...


Untuk ke tempat ni kena melalui kawasan perkampungan. Ala-ala macam kat Kelantan pun ada tempat ni.

Ahha itu dia bot atas rumah yang dimaksudkan. Amazing rite? Bagaimana kuasa air Tsunami boleh mengangkat bot sebesar ini? Allah saja yang mengetahui.

Sebelum proceed kepada lawatan kami mendengar briefing dari salah seorang mangsa yang terselamat dari Tsunami selepas berjaya menaiki bot tersebut. Walaupun 12 tahun telah berlalu, masih segar di ingatan beliau ketika Tsunami berlaku. Depan mata beliau sendiri ombak Tsunami paras melebihi pokok kelapa datang dari jauh. Masa tu katanya dia dah tak fikir apa dah, hanya berserah saja. Tiba-tiba ada suara wanita memanggilnya untuk menyelamatkan diri. Wanita tersebut adalah pemilik rumah ini -merupakan orang kaya yang alim di kampung ni.

Sebenarnya masa kejadian tsunami, owner bot ni sedang tidur! Dia tak sedar langsung semasa tsunami menghanyutkan bot ni sehinggalah di terdengar jeritan orang meminta tolong. Bila sedar, dia ingatkan dah ada di tengah lautan tapi pelik kenapa ada manusia atas bumbung rumah. Then barulah dia tersedar tu adalah tsunami! Dia pun cubalah menyelamatkan orang-orang di atas bumbung rumah yang ditemui. Finally bot ini terdampar atas rumah wanita kaya ni.

Saya berada di bawah bot ni. Masa kejadian lebih kurang 20 orang dapat diselamatkan.

Rumah ni 2 tingkat. Masa nenek ni berlari menyelamatkan diri naik ke atas, air tsunami berpusar mengejar mereka. Alhamdulillah nenek ni dan beberapa orang lain termasuk tuan rumah berjaya diselamatkan oleh bot.

Gambar bot atas rumah selepas tsunami surut.

Sebak bila mendengar story nenek ni. Bukan calang-calang orang nenek ni. Mungkin dengan amalan beliau, maka Allah selamatkan dia dari jadi mangsa tsunami.

Sedikit penerangan tentang bot yang terdampar di atas rumah ni.

Sempat kami berbual seketika sebelum pulang. Sebelum pulang saya sempat mohon dia doakan saya agar diberikan zuriat. Tak tahu kenapa air mata saya tumpah ketika itu. Mereka-mereka yang terselamat ni bukan orang-orang biasa. Pasti ada sesuatu yang special tentang mereka yang menyebabkan Allah selamatkan dan menyampaikan story live kepada para pengunjung yang datang. Nenek ni juga mencium pipi dan memeluk saya, lagilah wat saya sebak. Teringat arwah nenek saya..:'(

Ok readt to go to the next destination..

Oh ya, sebelum pulang belilah sijil penghargaan ni.Ada juga kenangan sebagai bukti telah jejakkan kaki di sini.

Actually Gampung Lampulo ni berhampiran tepi laut. Memang banyak bot-bot nelayan di sini.

Dats why bila tsunami datang, kawasan kampung di sekitar sini paling terjejas teruk. Rumah-rumah musnah teruk. Allahuakbar..


Ok next kami dibawa pula ke Rumoh Aceh. Hampir sama macam Rumah Cut Nyak Dhien dalam entry Part 6, tapi kali ni lebih kepada memperkenalkan budaya masyarakat orang Acheh.

Di bawah rumah menempatkan peralatan dahulukala yang digunakan oleh masyarakat Acheh dalam menjalani kehidupan seharian.

Sedikit sebanyak penerangan tentang Rumoh Aceh.

Potret-potret pejuang Acheh digantung di dinding Rumoh Aceh ini.


Menarik pintu ni ukirannya dihiasi dengan emas!

Tempat bersemayam tuan rumah.


Jika ada bayi dilahirkan, diletakkan dalam buaian ini.

Sambil melawat sambil mendengar penerangan tourist guide.


Ahha nak masuk ke rumah ni perlu melalui anak tangga yang curam ni. Gayat juga. Camnelah dorang hari-hari leh naik turun tangga ni. Huhu

My lil'bro..

Ok next, tidak jauh dari Rumoh Aceh, kami dibawa melawat ke muzium budaya Acheh. Inilah lakaran peta bumi Acheh. Kira antara daerah terbesar dalam Indonesia.

Kat sini macam-macam dipamerkan.

Sejarah nama-nama haiwan pun ada dipamerkan.


Sejarah perkembangan Islam di Acheh.






Timeline sejarah Acheh..

Acheh juga digelar Serambi Makkah kerana kekuatan tamadun Islamnya sejak dari dulu tidak pernah luntur.





Ini adalah anak kerbau berkepala 2 yang diawetkan!

Mengikut sejarah anak kerbau ni hidup tak lama. Biasalah benda-benda pelik ni takkan hidup lama. Takut nanti jadi sembahan manusia pula.

Acheh juga digelar dengan pelbagai nama. Sehinggalah terkini dipanggil Acheh.



Oklah penat sungguh berjalan. Nanti sambung baca lagi ya dalam Part 8!


Misya : Mabuk laut.

2 comments :

Julia Tarmidi said... Reply To This Comment

Salam singgah. Anda dijemput join GA saya! :)

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

Delimasari said... Reply To This Comment

tq yr info - lom sampai ke sana lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...