expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 23, 2017

Nan Cheese RSMY Bangi

Salam semua. Ada sesiapa area Bangi, Kajang dan Putrajaya yang teringin nak makan Nan Cheese yang sangat marvelous? Ahha boleh lah uols datang ke Restoran RSMY Bandar Baru Bangi. Dolu-dolu restoran ni hanya ada kat KL je. La ni da ada kat Bangi, so kebetulan memang saya dah lama teringin nak makan Nan Cheese maka singgahlah dengan husband. 

Sampai-sampai je memang ramai orang. Rasa nak putus asa je sebab takde tempat duduk. Husband survey belah dalam, Alhamdulillah masih banyak seat kosong rupanya. Plus ada aircond sejuk sikit. 1st time try RSMY Bangi ni. Hope taste di sama macam kat RSMY lain.

Ok trademark RSMY ni of course la Nan Cheese leleh dia yang sangat marvelous!! Bukan nan cheese bese macam kat kedai mamak tu tau tapi ini nan cheese extra cheese sampai boleh tarik cheese tu pepanjang macam makan pizza. Hehe..

Ahha tengok tu cheese dia boleh kasi tarik panjang-panjang. 

Sekeping nan cheese ni kenyang makan untuk 2 orang. Cheese dia sangat banyak. Aduhai story ni pun da wat terliur. Haha.. Tapi kalau uol taknak banyak sangat cheese boleh try nan cheese biasa je. 

Ok nan cheese ni sedap makan dengan daging cincang masak kimma ni. Serius sangat serasi. Actually bukan nan cheese je ada kat sini. Macam-macam menu ada. Nasi Arab, briyani, dan seangkatan dengannya. Actually tempat ni 2 tingkat. Belah atas kalau rasa-rasa nak wat event / party bolehla sewa.

Inilah menu kami everytime datang makan kat RSMY. Disebabkan nan cheese ni sangat padat so orderla air jus atau yang masam-masam. Saya bese order apple asam boi. Uniknya RSMY ni air dihidangkan dalam cawan pakai buang. Bagus juga konsep ni lebih hygiene plus jimat sebab tak perlu nak basuh-basuh. And order pun cepat sampai.

So kalau teringin nak makan nan cheese leleh gini bolehla datang ke RSMY ni. Kat KL pun ada beberapa cawangannya. Google je. Hehe.. 


Misya : Tak suka minum susu tapi peminat cheese. 




1 comment :

Aisya Ismail said... Reply To This Comment

Kalau pergi mesti full je tempat ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...