expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 23, 2017

Resipi Ikan Pekasam Goreng

Salam. Dah lama tak share resipi air tangan saya dalam blog ni. Okla kali ni simple je resipinya. Ikan pekasam goreng cili kering, sape pernah makan? Uols nak tahu tak sebelum kahwin, saya tak pernah terfikir pun nak makan ikan pekasam ni. Sebab family saya tak makan pun plus namanya pun tak wat saya teringin nak makan. Hehe. But after kahwin, my husband yang ajar masak dan makan ikan pekasam ni. Tak sangka sangat sedap rupanya!! Huhu.. Camne nak masak? Senang sangat-sangat! Jom saya share resipinya. 


Bahan-Bahan
1. Ikan pekasam (Ada macam-macam jenis jual kat kedai, saya guna ikan lampam)
2. Cili kering (Potong kecil-kecil dan buang bijinya)
3. Bawang Besar
4. Bawang Putih
5. Cili api (kalau nak pedas)


Kaedah Memasak
1. Tumis kan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan ikan pekasam.
3. Masukkan cili kering dan cili padi.
4. Bila ikan da agak garing, bolehlah padamkan api dan angkat. Jangan goreng lama sangat takut ikan jadi terlalu lembik dan hancur.
5. Siap!! Bolehla dimakan dengan nasi  dan lauk lain panas-panas. 

Mudah kan? Ikan pekasam ni bukan sejenis lauk utama tau. Dia sekadar lauk sampingan untuk penambah rasa. Nama pun pekasam so ada rasa masam, masin, lemak gitu. Macam saya besenya saya masak ikan pekasam ni kalau saya masak sup. Memang ngam la both lauk ni makan dengan nasi. Tryla confirm puas hati. :)

Misya : Kaki pedas pun follow suami.

1 comment :

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said... Reply To This Comment

sedapnya makan pekasam dengan nasi putih , confirm bertambah - tambah pinggan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...