expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 9, 2017

Acheh Trip #10 : Masjid Raya Baiturrahman vs Masjid Nabawi, Madinah

Salam. Dari Part 9. Ini adalah hari terakhir kami di Acheh sebelum pulang ke Malaysia. Rasa sedih pula nak tinggalkan bandar yang penuh bercirikan Islam ni. So, aktiviti kami di awal pagi adalah melawat Masjid Raya Baiturrahman yang terletak di tengah-tengah kotaraya Acheh. Istimewanya masjid ni adalah keindahan senibinanya dikatakan seperti Masjid Nabawi di Madinah. Betul ke? Jom tengok..

Kami sampai di sini hujan turun renyai-renyai.

Actually masjid ni dalam proses renovation. Katanya Kerajaan Arab Saudi yang sponsor renovation masjid ni. Wow! Patutlah senibinanya tak lari jauh dari masjid-masjid di Arab Saudi.

Di hadapan masjid, tersergam indah pintu masuk yang diperbuat daripada besi terukir begitu indah.

Belum masuk lagi tapi dah rasa kagum melihat pintu masuk masjid ni.

Bahagian dalam masjid, SubhanaAllah memang cantik sangat-sangat. Serius tak rasa macam kat Acheh tapi terasa seperti di Masjid Nabawi, Madinah.

Masjid ni sangatlah besar. Lantainya diperbuat daripada marmar yang berkilat.


Siling dan lampunya sangat unik.

With my mom..

Wefie itu penting ya..

Kalau nak tahu masjid ni di luarnya sedang dibina kawasan solat yang bumbungnya boleh dibuka tutup macam Masjid Nabawi. Perghhh canggih betul! Arab Saudi sponsor, takde hal lah.. hehe.

Masjid ni sebenarnya tak jauh dari hotel tempat kami stay. Part hotel tu nanti saya story dalam entry lain ya. Tapi untuk ke sini jalan kaki saja pun boleh dari hotel. Memang lokasinya betul-betul di tengah-tengah bandaraya Acheh which memang jadi tumpuan rakyat dan pelancong di sini. 

Wefie with my mom..

Renovation sedang dalam proses. Bila siap nanti, masjid ni akan menjadi masjid terbesar dan tercantik di Acheh.

Ok next saya sambung dalam entry last Part 11.




1 comment :

LilyRayme Animation said... Reply To This Comment

cantiknya masjid acheh tu (^_^).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...