expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 28, 2017

Rancanglah Kematian Sebaik-Baiknya..

Salam semua. Entri kali ini saya kongsikan dengan anda tentang merancang kematian sebaik-baiknya. Ini bukan bermaksud bunuh diri ya. Jangan salah faham.. :) But tentang adakah kita sudah prepare untuk hadapi saat kematian? Jom baca. Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga..

 "Sibuk kejar kehidupan dunia? Wang berguni pun tidak cukup! Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Dengki hati jadi mainan.

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kerja. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan. Duit tiada, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet, "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat." Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan  pula dengar lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game. Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu. Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh. Malaikat maut menjengah lagi. Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah!! Sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi ambil wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi. Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni. "Nak apa?" Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk ni."Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan" Tergamam!

Ah macam mana ni? Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak Solat Sunat Taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana? Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh.. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni? Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik. Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ini leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya sudah terlambat.. 


Jadi, mulai dari sekarang, rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman.


Misya : Orang beriman tidak takut mati.

Monday, February 27, 2017

Cubaan van sekolah menculik kanak-kanak!

Salam. Terbaca dalam group whatsapp ada someone share tentang sindiket van sekolah yang menculik kanak-kanak. Ternyata benda ni betul-betul ada dan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa. Allahuakbar.. For those yang ada gunakan khidmat van atau bas sekolah untuk anak-anak anda, berhati-hati ya. Saya kongsikan tentang kejadian yang menimpa someone ni.

"Pagi ni saya dikejutkan dengan satu cerita yang menakutkan terjadi pada jiran betul-betul sebelah rumah.. Bukan diambil dari mak saudara, abang ipar mahupun kawan baik. Ini betul-betul terjadi depan mata saya!

Subuh tadi, lazimnya selepas kejutkan anak bangun tidur untuk bersiap ke sekolah saya akan turun ke bawah untuk siapkan sarapan dan bekal sementara tunggu mereka mandi. Saya biasanya akan buka pintu rumah untuk nikmati suasana subuh yang dingin dan tenang.

Tetapi pagi ini agak berbeza dari pagi-pagi sebelumnya apabila van sekolah berhenti di depan rumah jiran saya. Bila saya tengok jam 6.20 am. Hati saya terdetik.."Awalnya van sekolah dia datang pagi ni. Selalunya 6.40 am". Tapi saya teruskan kerja saya di dapur. Kemudian saya terdengar suara bising di luar. Saya ke depan untuk menjenguk.

Saya dengar driver van sedang bising-bising. Saya tak faham. Sebab mereka bercakap dalam bahasa Cina. Bila jiran saya seorang lagi keluar, van sekolah tersebut pun beredar.

Saya pun tanya pada Ah Pek tu apa yang terjadi. Kata Ah Pek tu, van sekolah datang nak ambil cucunya. Tapi van tu awal 20 minit. Dia tanya driver kenapa awal? Katanya driver tak tahu dan bos mereka suruh ambil awal. Van sekolah masih kosong. Selalunya van sudah penuh.

Sebab cucunya trip yang terakhir. Driver van pun muka lain. Dia rasa tak sedap hati. Jadi dia suruh driver ambik budak lain dulu sebab cucunya belum siap. Driver menolak kerana tidak mahu patah balik. Dia kata kalau driver tak mahu patah balik, takpelah dia sendiri akan hantar cucunya ke sekolah. Driver kata dia menyusahkan! Dia kata nak buat macam mana? Cucunya belum siap lagi. Macam mana nak suruh naik van? Driver tersebut terus memarahi dia. Sampailah Albert (jiran kami) keluar. Van pun cepat-cepat beredar.

Pukul 6.40 am, van sekolah pun sampai. Saya yang sedang duduk tunggu anak saya sarapan menjenguk keluar. Saya nampak cucunya naik van tersebut. Dan dengar Ah Pek itu bercakap dengan driver van. Saya diamkan saja. Kemudian saya hantar anak saya ke sekolah. Balik dari hantar anak, saya menyapu di luar rumah. Ah Pek datang depan rumah saya.

"Aiya!! U tau ka..? Tadi saya tanya driver van yang selalu ambik saya punya cucu. Dia ada hantar olang ambik ka..? Dia kata tarak. Kalau ada, dia akan bagitau satu hari lebih awal. Dia kata itu olang mau kidnap saya punya cucu wo! Dia kata sekalang olang guna van sekolah untuk kidnap budak! Haiyaa...".

Saya beliakkan mata. Saya tengok orang tua tersebut tak habis geleng-geleng kepala sambil menadah tangannya yang penuh urat dan tinggal tulang itu ke langit. 

Dalam hati saya, Ya Allah.. Nasib Allah beri orang tua ini akal. Kalau tidak..?

Pada mereka yang hantar anak-anak menaiki van, pastikan nombor van, waktu dan pemandunya adalah sama setiap hari. Mungkin ini adalah modus operandi mereka yang terbaru untuk menculik kanak-kanak."

Oh my.. Bahayanya zaman sekarang ni orang nak wat jahat macam-macam cara. Seriously menakutkan. :( Berhati-hatilah ya para ibubapa. Kalau anda sendiri ambil dan hantar anak ke sekolah itu lebih baik. Tapi if terpaksa juga gunakan van sekolah, pastikan sentiasa waspada.

Misya : Suka naik bas sekolah.

Berita baik untuk Kaki Masjid!!!

Salam semua. Adakah anda seorang kaki masjid yakni jenis yang selalu ke masjid? Kalau ya, wah beruntungnya anda. Berita baiknya adalah sekurang-kurangnya mereka bakal mendapat 11 ganjaran berikut : 

"Kalau kakimu tidak membawamu kemasjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" 

 Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid.;

1- Rasulullah SAW berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah SWT berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah SWT gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah SWT; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah SWT.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah SWT.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah SWT, maka dia dijamin Allah SWT. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah SWT, mereka membaca kitab Allah SWT dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah SWT menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah SAW bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah SWT dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari) Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah SAW bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah SWT, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah SAW bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah SWT telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah SWT akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah SWT maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah SWT juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu." (Riwayat Abu Dawud)


Misya : Ikhlas dalam beribadat lebih besar ganjaranNya.

Friday, February 24, 2017

Review blog Aimi Muhamad

Salam. Ok seterusnya nak review blog ketiga yakni yang terakhir, blogger ni berkongsi sama nama awal dengan saya iaitu Aimi. Hehe.. Jom tengok apa saya nak review blog Aimi Muhamad a.k.a Cik Puan Jelita ni.


Melangkah masuk je dalam blog Aimi (macam cakap untuk diri sendiri pulak. ahaks) ni, terpampang foto beliau dan husband sebagai header. Simple and nice but kalau boleh dikecilkan sedikit sizenya pasti nampak lebih menarik. Sebab kadang-kadang bila header terlalu besar, visitor terus rasa taknak scroll down dah. But i know Aimi ni seorang yang sangat lovely sebab most foto yang diletakkan adalah foto with husband and her cute baby. Memang most entry beliau ke arah keibuan dan tips-tips menarik yang dikongsikan tentang masakan, penjagaan bayi dan sebagainya. Overall ok but perlu dikemaskan lagi susunatur dan size widget supaya lebih mesra pembaca. But saya suka pengisian entry Aimi. Keep up sis!=)


Misya : Kongsi ilmu bermanfaat.

Review Blog Cik La Shahril

Salam. Ok next... Saya nak review blog bertuah milik Cik La Shahril. Klik header di bawah untuk blogwalking.


Orait first time terjah blog Cik La ni menampakkan beliau seorang yang simple dan sweet. The best part is, she is mom of 4 kids but still maintain cun dan slim okeys! Syoknyer... huhu.. Like me, Cik La pun suka story macam-macam benda dalam blog. But untuk rekabentuk blog, just perlu kemaskan sedikit setiap widget Cik La seperti asingkan menggunakan kotak. Yang lain ok dah. Keep blogging ya sis!=)



Misya : Lepas kahwin dugaan selera makan sukar diatasi.

Review Blog Sayidah Napisah

Salam. Seperti yang dijanjikan, saya akan mereview 3 blog bertuah yang join segmen saya sebelum ini. Blog pertama saya akan review adalah blogger Sayidah Napisah. Jom tengok apa yang ada di blog beliau.:)

Tengok header je dah wat saya tertarik. Plus memang saya suka warna pink! hehe.. Ok apa lagi, overall blog ni ok dah sebab kelihatan profesional dengan penggunaan tabs (pages) ala-ala korporat website. Cuma mungkin everything dalam blog ni nampak sama so saya agak keliru nak klik mana 1. Sebab saya lebih nampak iklan berbanding isi blog. Ngee... If Sayidah boleh kemaskan lagi susunatur blog confirm lebih mesra pembaca. Gaya-gaya website dah ada dah tu. I like it. You are just like me sebab suka story macam-macam benda dalam blog rite? ;) Teruskan berblogging ya!=)



Misya : Pink tanda jiwa yang lembut dan sweet.



Mengapa klinik-klinik di Makkah sepi tanpa pesakit?

Salam. Nak tahu mengapa klinik di Kota Makkah sunyi sepi tiada pesakit yang datang? Jom baca hasil perkongsian seorang doktor dari Indonesia yang membuka klinik di sana. 



Di Makkah, klinik-klinik sangat sunyi sepi jarang pesakit datang, berbeza dengan keadaan klinik di tempat lain, memang berbeza dan tidak sama kerana yang membezakan adalah aqidah dan syariatnya.
Selama 6 bulan doktor tersebut membuka klinik di Tanah Suci (Makkah Mukarramah), tiada seorang pesakit pun yang datang untuk mendapatkan rawatan. Hinggakan beliau merasa sangat hairan, adakah orang-orang di sini tidak pernah sakit?

Akhirnya beliau mendapat jawapannya dari salah seorang Muslim di sana. Jawapannya : Bila kami sakit,

*Ikhtiar pertama*


Kami melakukan Solat Sunat dua rakaat dan memohon kesihatan daripada Allah. InsyaAllah sembuh dengan izin dan kasih sayangNya.


Kalau tidak sembuh,


*Ikhtiar kedua*


Membaca Al Fatihah atau surah-surah lain, tiupkan pada air minuman dan minum. Dengan amalan tambahan:

*Jika badan panas* maka kami perbanyakkan bacaan Selawat (kerana Selawat adalah penyejuk)

*Jika badan  sejuk* maka kami perbanyakkan bacaan Ayat Kursi.

*Jika sakit yang boleh dilihat* maka kami membaca Surat Al fatihah sambil mengusap-usap di bahagian yang sakit.

*Jika sakit yang tidak boleh dilihat* maka kami perbanyakkan bacaan Surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An-Naas (untuk menolak gangguan sihir).


Dan Alhamdulillah kami akan sihat. Inilah Ruqyah untuk diri kami sendiri. Tetapi kalau masih belum sihat juga,


*Ikhtiar ketiga*


Bersedekah dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh penyakit tersebut. InsyaAllah akan sembuh. Kalau masih tidak sembuh juga, 


*Ikhtiar keempat*


Perbanyakkan istighfar untuk bertaubat kerana Nabi Muhammad Solallahu 'alaihi Wasallam memberitahu kami bahawa sakit adalah salah satu sebab untuk pengampunan dosa-dosa. Kalau masih belum sembuh juga,


*Ikhtiar kelima*

Meminum madu dan habbatussauda 


*Ikhtiar keenam*

Mengambil makanan herba seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma dan lain-lain seperti disebut dalam Al-Quran. Jika belum sembuh juga,


*Ikhtiar ketujuh*

Berjumpa doktor yang soleh. InsyaAllah akan diberi kesembuhan dari Allah swt.



Misya : Jangan berhenti berusaha.

Hong Kong Trip #4 || Light Show & Makanan Arab

Salam semua.. Dah baca trip sehari saya di Macau? Boleh ke SINI untuk baca. Sebab trip saya ke Hong Kong ni bersekali dengan trip ke Macau. Almaklum both places dekat-dekat je. Jangan lupa baca dulu HK Trip saya Part 3 dan sebelumnya ya. Orait sambung story saya jenjalan di HK. Sampai je Terminal Ferry di HK lebih kurang jam 8.00 malam, saya dan husband berjalan dengan pantasnya untuk ke Avenue of Stars untuk melihat Light Show. Sebab 1st day sampai tak sempat nak tengok. Hope kali ni dapatlah. Agak jauh juga berjalan tapi sebab cuaca sejuk, tak terasa penat sangat. 

Sesampai je, punyalah ramai manusia! Kami dapat lihat di sebalik kerumunan orang. Okla dapat lihat sedikit. Huhu. Dulu-dulu masa saya datang takdelah ramai sangat camni. 

Light & Laser Show ni berlangsung kira-kira 20 minit camtu if tak silap. Kami dapat tengok di hujung-hujung show. Takpela yang penting sampai juga. :)

Takpelah snap gambar area sini pun banyak replika atau deco yang cantik-cantik.

Jalan punya jalan perut pun dah berkeroncong. Since last meal kami lunch di Macau memang perut minta makanan. Apa lagi, kami pun carilah restoran Halal yang berhampiran. Menariknya HK ni banyak restoran makanan Arab dibuka di sini. Just google je insyaAllah jumpa yang berhampiran.


Finally jumpa restoran Ebeneezer's ni! Yeahhh lapar sangat dah ni.. Jom makan! haha..


Senarai menu yang disajikan. Owh ada delivery juga.

Bila lapar semuanya nampak sedap. Hehe..

Restoran ni takdelah besar mana. But okla untuk singgah jap isi perut yang kosong. 


Husband order coffee, saya order mango lassi. Not bad rasa dia. Fresh! Sedap!


Wajiblah kena ada kebab if masuk kedai makanan Arab. Looks yummy...



Plus kami order sepinggan nasi biryani Ayam..

Untuk yang nak take away, boleh ke kaunter untuk order terus. But janganlah terkejut dengan price makanan di sini. Memang agak mahal. But berbaloilah dengan rasa dan portion setiap makanan. Lagipun di negara bukan Islam gini memang sukar nak cari raw material. So thats why harga makanan di sini agak mahal. Tak kisahlah janji kenyang.:)

Ahha! HK$ 205! In RM lebih kurang RM110++. Giler kan 2 orang punya makan bernilai RM100 lebih. Hehe.. So takleh lah makan selalu kat sini. Takpela kami memang nak merasa makan restoran Arab di sini so memang dah bajet harganya sebegini. Better lagi di Korea lebih murah makanan Arab di sana.

Alhamdulillah kenyang.. Next kami ke mana pula? Kelihatan malam masih awal. Boleh baca sambungan trip ni dalam Part 5 ya. 



Misya : Berjalan selagi boleh.

Monday, February 20, 2017

ISLAM VS MELAYU BAB KEMATIAN

Salam Isnin semua. Tertarik dengan artikel dari whatsapp tentang beza orang Melayu dan orang Islam sebenar dalam menerima dan menguruskan hal berkaitan kematian. Mungkin kita sesama Islam boleh menambahbaik perbuatan kita  selepas ini sekiranya berlaku peristiwa kematian. Yela, sape yang tak sedih bila orang dikenali sudah tiada lagi di dunia ini. But artikel ni boleh dijadikan iktibar dan panduan buat semua. Muhasabah untuk diri saya juga. Moga beri manfaat. :)



📌Mendengar berita kematian
-------------------------------
👉Melayu

Alfatihah

👉Islam : 

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun 

📌 Usung jenazah
----------------------------
👉Melayu:

Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

👉Islam : 

Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu

Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

📌 Tanam jenazah
-----------------------------
👉Melayu:

- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu

👉Islam : 

Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

📌Kubur jenazah
---------------------------
👉Melayu:

- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran 
- Batu nisan 2 keping
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang-kurangnya RM 1000.00... MasyaAllah!

👉Islam :

- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan 
- Batu nisan hanya 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

📌Kenduri Arwah 
----------------------------
👉Melayu:

Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri  bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri ketua keluarga bagi pihak arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

👉 Islam :

Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

📌Talqin 
-------------
👉Melayu:

Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

👉Islam :

Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

BERLAPANG DADA , RENUNGKANKAH...
MELAYU SEKADAR BANGSA 
DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA..

🌺Jadikan pesan nabi saw dalam hadis sebagai panduan:

"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)



Misya : Setiap hari bangun tidur, sehari lagi semakin dekat dengan kematian.

Sunday, February 19, 2017

Penjual pil gugur janin berani komen di entri saya!!!

Salam. MasyaAllah terkejut saya bila dapat komen dari orang tak dikenali kat entry saya berkaitan Pil Gugur Janin Dijual Berleluasa. Mak aih semakin berani dorang ni. Dulu-dulu sorok-sorok dalam group private fb. Now dah berani create fake account untuk wat marketing. Desperate sungguh nampaknya nak cari customer. Hmmm ramai orang nakkan zuriat, dorang ni senang-senang mengandung tapi nak digugurkan. Apa jenis manusia la dorang ni? ;( If termengandung akibat dirogol ke, maybe boleh faham lagi lah. Tapi yang jenis sengaja terlanjur pastu terhamil, memang tak tahu lah nak cakap apa. Tuhan saja yang mengetahui... Jawablah di 'sana' nanti..





Misya : Harga nyawa semakin murah.

3 blog bertuah Segmen Bloglisted Misya untuk direview!!

Salam semua. Seperti yang saya telah janjikan, 3 peserta Segmen Bloglisted Misya 2017 telah dipilih oleh random.org untuk di review oleh saya! Tahniah buat mereka..





InsyaAllah saya akan review mereka dalam masa terdekat. Yang tak terpilih jangan sedih-sedih tau. Nanti saya wat segmen lagi, boleh join lagi. :)


Misya : Susah dapat nombor bertuah.


Macau Trip #6 || Shopping time & visit Grand Lisboa

Salam. Dah baca Part 5 saya melawat bekas gereja terbesar di Asia? Settle melawat Ruin St. Paul's, aktiviti yang paling dinantikan, apa lagi? Shopping lerrr......... Hehehe.. Ok memula kami ingatkan Macau ni barang-barang dia mahal. Almaklum bandar yang menempatkan kasino-kasino dan hotel-hotel mewah, confirm nak shopping barang murah-murah takkan ada. Tapi rupanya saya silap meneka. Hehe jom tengok apa kami buat sebelum pulang ke Hong Kong.

On the way nak keluar dari kawasan Ruin St. Paul's tu ada macam bazaar dan juga kedai-kedai menjual pakaian, beg, souvenirs dan sebagainya. Ok saya dah mula rambang mata. Haha.. Kat Macau ni mata wang HK boleh digunapakai walaupun mata wang Macau dipanggil Pataca (MOP). Tapi nilainya lebih kurang saja dengan $HK. So terpulang nak gunakan HK$ atau Pataca.

Tapi last-last husband saya yang banyak shopping! Ada 1 kedai tu kami masuk, tak sengaja pada mulanya. Tertarik sebab ada jual baju winter. Belek-belek harga, mak aihh murah!! Husband saya borong 2-3 pasang winter coat! Saya rembatlah sepasang. Actually kedai tu bukan kedai branded. Tapi tengok kualiti barang dia ok, harga pun kalau bese dalam RM200-400, tapi kami leh dapat dalam RM50-100 camtu je! Uish tak sangka kami masuk kedai tersebut. But disebabkan leka shopping then kami tak sempat snap gambar kat kedai tu.. Huhu..

Hujan turun renyai-renyai, orang tetap ramai ke sana ke mari. Maybe disebabkan kawasan ni juga menempatkan penduduk Macau. If tengok belakang-belakang bangunan ni ada apartment-apartment penduduk tempatan. So memang always busy tempat ni.

Ok lepas meredah orang ramai, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke terminal feri. Nak elakkan daripada tertinggal ferry, timing mesti on-time. Just nice la kami settle shopping dalam jam 5.00 petang camtu then terus ke tempat bas.


On the way nak ke tempat bas, kami melalui bangunan-bangunan yang menempatkan pelbagai kasino. Sempatlah snap beberapa momen. Antaranya berhadapan Casino Lisboa yang berwarna-warni ni.

Di kawasan sama menempatkan menara Grand Lisboa, antara kasino dan hotel mewah di sini.

Disebabkan Grand Lisboa ni agak tinggi, so susah betul nak dapatkan angel yang betul untuk snap gambar. Huhu redha jela ye suamiku..

Apa yang menarik Grand Lisboa ni diperbuat daripada kaca. Kira antara bangunan tercantiklah di Macau ni. Saya dan husband just snap gambar dari luar saja. Nak masuk tak sempat dah. Takpelah yang penting ada gambar background Grand Lisboa ni.

Di malam hari, Grand Lisboa ni kelihatan seperti keemasan dengan limpahan cahaya dan pantulan dari kaca yang membentuk binaannya.

Gambaran Grand Lisboa di malam hari. Saya tak stay sampai malam so tak dapatlah tengok. 


Ok tak jauh dari Grand Lisboa menempatkan stesen bas. Tapi malangnya bas yang dicari tak jumpa. 

Disebabkan kami takut lewat sampai ke jeti if tunggu bas, so kami jalan ke arah Wynn Hotel tak jauh dari situ. Kami decide nak naik teksi saja. Okla tak mahal pun. Janji tak tertinggal ferry. Hehe


Alhamdulillah sampai semula di terminal jeti. Just nice la kami sampai dalam jam 6.30 petang. Feri bergerak dalam jam 7.15 camtu if tak silap. Hujan turun agak lebat dalam perjalanan kami ke HK. Agak menyeramkan bila dengar bunyi ombak laut tu menghempas-hempas tingkap! Nasib bek saya duk seat belah tengah. Sepanjang perjalanan saya hanya tidur sahaja. Sejam lebih barulah sampai semula HK. Selesai travelog saya di Macau. Sambung trip saya di Hong Kong pula ya! :)


Misya : Mabuk laut.

Tamat || Segmen Bloglisted Misya 2017

Salam semua. Waduh kesibukan sampai lupa nak update tentang segmen saya! haha.. Oklah saya nak maklumkan Segmen Bloglisted by Misya 2017 telah tamat!!!



Terima kasih kepada 23 orang peserta yang sudi luangkan masa untuk join segmen tak seberapa saya ni. Automatik anda semua saya akan masukkan dalam bloglist saya untuk sepanjang tahun 2017. :) Oh ya! Saya tak lupa janji saya nak pilih 3 blog bertuah dari kalangan peserta untuk di review. Yang tu saya akan maklumkan dalam entry yang lain. Saya nak jenjalan dulu ke blog-blog peserta. Lets blogwalking.....!


Misya : Sibuk cari rezeki.

Friday, February 17, 2017

Ada masa dengan ALLAH?


Salam Jumaat semua. Saya kongsikan sedikit pesanan daripada seorang yang tidak asing lagi iaitu Dr Zakir Naik. Moga dapat memberi sedikit manfaat kepada anda yang singgah membaca blog saya. Bagaimana nak pastikan kita sentiasa mengingati Allah tidak kira di mana kita berada? Jom baca tips dari Dr. Zakir Naik ini.:)

Kita selalu luangkan masa yang sedikit untuk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 minit masa kita untuk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

DIA selalu memberikan kita segala yang kita mahukan...

Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi boleh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tengok movie.

Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang untuk baca buku lain.

Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yang kelakar.

Kenapa Masjid semakin kecil? Tapi bar dan kelab malam semakin banyak.

Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak.. Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada handphone tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya.. 

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...

Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...

Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut mencabut nyawa daripada jasad orang yang akan mati, itu adalah satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut daripada jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh kita untuk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah! Moga Allah menyelamatkan kita daripada sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dengan iman di hati dan selamatkan kita daripada Azab. Aamiin..

..Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
..Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW). 
..Tiada ajaran secantik Islam.
..Tiada lagu sesedap Azan.
..Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
..Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
..Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
..Tiada diet sesempurna PUASA.
..Tiada pengembaraan sesempurna HAJI

Ini perkara biasa kita buat, sebahagian daripada kita bercakap masa tengah Azan. Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa-apa semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati... 

..Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI.


..Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda membaca nota.
Takut ALLAH, seperti anda takut MATI.
Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.

Berapa minitkah kita luangkan untuk SOLAT?

"SUBUH" 4/6 Minit.
"ZUHUR" 6/8 Minit.
"ASAR" 6/8 Minit.
"MAGHRIB" 5/7 Minit.
"ISYAK " 7/10 Minit.

Jumlah 28/39 minit sehari dari 24 jam. ..


Misya : Masa tidak pernah menunggu kita.

Tuesday, February 7, 2017

Macau Trip #5 || Ruins of St.Paul's, gereja katolik terbesar di Asia

Salam.. Yezza dalam Part 4 lepas visit dan shopping souvenir di Hard Rock Cafe Macau, kami ke tengah kotaraya Macau pula. Disebabkan kejar masa, dari Hard Rock Cafe kami menaiki teksi. Lebih kurang dalam RM10 camtu la duit Malaysia. Nak tunggu bas macam lama lagi. So ke mana kita?

Tadaa.. Dah sampai ke tempat dituju iaitu melawat Ruins of St.Paul's. Ok apa benda tempat ni? Nama ala-ala macam gereja je kan.. Sampai sini punyalah ramai orang. Kebetulan masa ni Chinese New Year so tanglung-tanglung dipasang dengan banyaknya sepanjang lorong nak ke Ruins St.Paul's.

But yang bagusnya signboard nak ke Ruins St.Paul's banyak dipaparkan. So senanglah nak cari. 


Agak ramai warga tempatan dan pelancong datang ke sini. Hujan turun renyai-renyai tapi kami redah jua. Alang-alang dah sampai kan teruskan saja perjalanan. Bangunan kuning adalah salah satu gereja yang terdapat di sini. Nice juga senibinanya.

Apa yang menarik sepanjang street ni terpapar senibina berkonsepkan Portugis style. Sebab Macau ni pernah dijajah oleh Portugis. So dats why, senibina dan bahasa dorang banyak related dengan culture Portugis. Serius sangat cantik seperti berada di Portugis pula.

Ingatkan dekat, tapi agak jauh juga. Huhu. Takpelah jalan je. lagipun cuaca sejuk tak penat sangat. Kiri dan kanan banyak terjual kedai-kedai souvenir dan makanan (non-halal). 

Finally dah nampak dah Ruins St.Paul's dari jauh.. Yeay!

Ok kenapa kena visit tempat ni? Actually tempat ni adalah bekas gereja katolik terbesar di Asia yang pernah dibina. Dibina pada tahun 1602 hingga 1640 di atas bukit yang indah. Tapi akhirnya termusnah akibat terbakar semasa taufan melanda Macau sekitar tahun 1835. Kira zaman penjajahan Portugis dulu, agama Kristian tersebar luas di sini dan merebak ke seluruh Asia.


Inilah dia saki baki rupa bentuk Ruins St.Paul's yang terselamat dari kebakaran. Now tempat ni diisytiharkan sebagai salah satu tempat bersejarah oleh UNESCO. Thats why kena datang sini. At least boleh tahu tentang culture orang lain.


Nak ke sini kena jalan naik bukit sikit. Saya dah kepenatan so lepak kat bangku tepi St.Paul's ni jap. Hahaha..

Ramai betul tourist datang ke sini. Cuaca sejuk dan nyaman lagilah wat orang suka nak datang.

Wefie jangan dilupakan.



Kami memang kagum dengan hasil senibina yang mengagumkan. Especially senibina tu berunsurkan senibina dari Eropah. Which Europe semamangnya mempunyai daya kreatif yang sangat tinggi sampaikan setiap building yang dibina ada unsur-unsur seni dan ukiran yang amazing. 


Ok done! Selesai lawatan di tempat wajib. Tapi sebelum pulang ke Hong Kong, mestilah beli apa-apa souvenir dulu kan.. Itu saya story dalam Part 6 ya! Tadaa...


Misya : Kuasa Tuhan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...