expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 28, 2017

Penginapan Unggul di Thistle Port Dickson

Salam semua. Mostly semua orang suka bercuti rite? Sama macam saya. Pantang ada cuti weekend panjang sedikit atau lebihan cuti last year, mesti akan decide nak bercuti kemana-mana. Almaklum dah penat berkerja di bandar so nak restkan fikiran wat seketika. Next destination agak-agak anda dah ada idea nak ke mana? If anda nak ke tempat yang tak jauh dari Kuala Lumpur but still boleh menikmati keindahan alam semulajadi, why not anda ke Port Dickson (PD)? Kedengaran macam biasa je kan PD ni? But actually PD bukan tempat biasa-biasa tau! Ada banyak tempat menarik yang ramai pengunjung tak tahu. Selain bersantai menikmati keindahan panorama di Pantai Teluk Kemang, ada banyak jenis aktiviti boleh dibuat di sepanjang pesisir pantai ini. Antaranya anda boleh bermain bola tampar pantai, naik speed boat, banana fun ride dan jugak try naik buggy ride. Ahha jangan lupa kat Port Dickson ni ada juga PD Ostrich Show Farm, PD Waterfront dan macam-macam lagi. Banyak kan? So wajib datang!
Tapi bila bercuti ni, perkara paling penting yang nak difikirkan adalah penginapan. Betul tak? Tak syoklah kalau bercuti tapi tak dapat menginap di tempat yang selesa dan berpatutan harganya. Lagipun bukannya selalu dapat bercuti rite? Yang paling penting berbaloi dengan apa yang dibelanjakan. Actually saya nak story tentang 1 tempat penginapan yang wajib anda stay if datang ke PD. Takkan menyesal punya. Hehe..

So dalam entry ni saya suggest kepada anda sebuah hotel yang sangat menarik untuk anda menginap iaitu Thistle Port Dickson Resort sebab konsep resort di sini sangat sesuai untuk macam-macam aktiviti such as berbisnes, honeymoon, percutian bersama keluarga ataupun bersama best friends anda. Lokasi resort ini actually berhampiran dengan beberapa tempat menarik di PD untuk dikunjungi so secara tak langsung dah jimat masa untuk berjalan-jalan contohnya Blue Lagoon dan Muzium Tentera Darat. 


Nak tahu tak resort ini mempunyai 251 bilik! Wow banyak tu..! Ada pelbagai jenis bilik contohnya Superior Twin/King, Deluxe Sea Facing Twin/King, Premium Seaview Suite, Indigo Suite dan Presidential Suite. Yang paling best setiap jenis bilik ada keistimewaan yang tersendiri! Pilih je mana-mana anda suka.

Untuk pasangan yang tengah honeymoon atau bakal honeymoon, Indigo Suite paling sesuai dipilih sebab biliknya berkonsepkan romantika di amor giteww.. So sweet! hehe.. Confirm taknak keluar bilik kalau punya selesa and awesome deco cenggini. Ahaks..

Basically di setiap bilik disediakan kemudahan peti ais, jakuzi, meja kerja dan banyak lagi hinggakan suasana percahayaan pun dititiberatkan!

Tengok dalam bilik pun dah sangat awesome, kat luar bilik lagilah awesome!  Sebab ada kolam renang, padang golf dan gym. If anda datang dengan anak-anak, jangan risau pasal keselamatan anak-anak sebab di sini terdapat zone kanak-kanak dinamakan Kid Wet Play Zone yang dikawal ketat bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin. For ladies like me, of course lah nak manjakan diri dengan rawatan spa. Tak perlu keluar dari resort untuk cari spa. Don’t worry sebab di resort ini memang terdapat sebuah spa iaitu The Puteri Dew Spa. Syok if dapat urut badan lepas penat berjalan. Memang kewajipan saya tu kalau bercuti mesti nak berurut at least refleksologi. Lega je rasa lepas urat saraf ni diurut.

Suka makan? Tipulah kalau tak suka makan. Orang Malaysia memang kaki makan. Hehe. Kalau suka, anda boleh try masakan cina-senzhuan di Chinoise. Sesekali tukar selera apa salahnya kan? But kalau suka masakan Itali, boleh try makanan original Itali di Glass. Plus untuk pasangan honeymoon memang sesuailah dinner kat sini sebab suasananya romantik sambil menikmati pemandangan indah. Sesekali spending time together di tempat sebegini apa salahnya rite? Menyemarakkan kasih sayang gitu..🏩

Actually ada lagi tempat makan best di resort ni seperti Step dan Fresh. Dengar nama restoran je pun sangat menarik dah membangkitkan selera nak masuk dan try menu yang ada.. So tak bosanlah sebab ada pelbagai jenis makanan yang boleh dipilih.

Asyik story part honeymoon je, untuk businessman terdapat juga kemudahan untuk mengadakan meeting ataupun apa-apa event. Erm bagus ni if wat kursus atau workshop kat tempat camni. Nak kahwin? Pun boleh……. Sebab resort ni ada menyediakan kemudahan bagi yang feeling-feeling nak kahwin di resort. Bolehlah start planning dari sekarang!

Serius memang complete lah resort ni. Confirm balik dari bercuti anda tersenyum lebar. ^_^ Oh jangan lupa, sebelum datang sini better anda booking dulu. Senang je nak booking. Just ke traveloka.com atau klik sahaja logo di bawah untuk dapatkan Thistle Port Dickson promotion deal! Selamat bercuti!!! :)




Misya : Gaya, mutu dan keunggulan.

Monday, March 27, 2017

My first modelling class with Liarafei Talent...

Salam semua. Nak share dengan uols tentang saya join salah 1 modelling class for Muslimah Model. Anjuran Liarafei.co talent, saya pun menghadirkan diri. Walaupun dah lama dalam bidang model Muslimah ni tapi saya tak pernah stop menuntut ilmu. Ternampak iklan di fb terus berminat dan register. Kelas ni tahun lepas tapi baru laa ni nak blast entry! Adoyai... Tengoklah punya busy cik puan Misya ni kan?? huhu..

Seperti biasa mestilah ada sesi catwalk. Tak ramai peserta so saya suka! Sebab pengajar lebih fokus dan saya dapat belajar lebih banyak benda. 

Belajar posing. Ewah macam saya plak yang mengajar. Almaklum saya yang paling tua kat sini so kena demo contoh kat peserta lain. huhu

Haa nilah cikgu kami. Bibi Zulaikha.. Comelkan dia? She still new in modelling but suka share ilmu dan experience yang dia ada. Dia bakal launch hijab jenama keluaran dia.:)


Fokus dengar penerangan.. Rugi tak fokus dengar ilmu yang disampaikan.

Actually big bos Liarafei adalah yang bertudung kelabu tu.. Cik Lia yang cute miut. hehe..

Peserta yang datang ada yang dari jauh such as Kedah, Johor.. Wah bagusnya dorang walaupun jauh tetap korbankan masa, wang dan tenaga untuk datang belajar. :)


Untuk model-model baru di luar sana, rajin-rajinlah join kelas untuk tingkatkan ilmu. Anda nak jadi model tapi catwalk dan posing pun ke laut, how come klien nak hire anda untuk paid job? Mesti-mesti belajar dapatkan ilmu. InsyaAllah uols boleh jadi model berjaya 1 hari nanti.

Disebabkan saya paling senior so saya lah paling banyak kena demo contoh posing yangs esuai sebagai model Muslimah. Huhu..

Yeay dapat sijil! Thank you Liarafei & Bibi! Tak sangka since saya join kelas ni, saya dilamar untuk jadi instructor for next Liarafei Class! Alhamdulillah rezeki.. Tunggu saya update entry saya mengajar pula ya.


Misya : Penambahbaikan diri.


Wujud juga lelaki yang membela wanita suka makeup..

Salam. Sekarang ni tengah hangat kan isu makeup tak makeup ni. Since student SPM cemerlang datang sekolah ambil result sambil memakai makeup lagilah netizen-netizen jadi cacing kepanasan. Dikondemnya sehabis-habisan budak tu. Kesian dia sampai terpaksa deactivate semua account media socialnya. Saya sendiri tak faham apa masalah netizen ni a.k.a rakyat Malaysia sekarang ni punya mentaliti. Tak jadi kudis pun if orang tu bermekap atau pun tidak. At least budak sekarang berpeluang belajar sambil menjaga kecantikan. This is preparation sebelum memasuki dunia pengajian dan pekerjaan anda kenalah kelihatan kemas dan nampak semenggah. 



Zaman saya dahulu takde peluang camni. Dengan muka selebet macam tak mandi, tudung senget-benget, serius! Tapi tu pun dah rasa lawa. Hahaha. Tak kisahlah but saya tertarik dengan kata-kata dari tweeter seorang lelaki bernama @arepkasim yang kelihatan membela nasib gadis dan wanita yang suka bersolek a.k.a bermekap. Sorry kalau perkataan yang dikeluarkannya agak kasar but seriously tajam dan tepat ke batang hidung orang-orang yang menghentam dan mengkritik kaum Hawa bermekap tu. hehe..

Teringat husband saya pernah kata masa kami pi wedding someone. " Perempuan tak cantik camne pun but still nampak cantik dan berseri di hari perkahwinan. Untung boleh bermekap. Lelaki, kalau dah tak handsome, pakailah smart bertanjak letak bedak touch up camne sekalipun tetap nampak tak handsome atau muka pecah rumah" hakhak saya mampu gelak je time tu. Tapi memang betul pun. Hehehe..  So sibuk nak cari natural beauty walhal lelaki, istilah natural beauty pun ramai tak tahu camne! ;) At least Malaysia ni takdelah macam Korean yang mostly rakyatnya wat plastic surgery. Wanita Malaysia bersolek pun mostly adalah wajah asal mereka tak operate sana-sini.

Yes, wanita makeup bukan nak menayang kat orang atau lelaki lain. But mostly lebih kepada meningkatkan keyakinan diri. Pergi kerja takkan nak biar muka pucat lesi? Kenalah bersolek sedikit bagi nampak bersemangat. Klien tengok pun yakin kat kita. Plus dengan makeup la kita dapat menyembunyikan cela-cela / part wajah yang mengaibkan / menggiurkan. Ada setengah wanita tak makeup pun nampak seksi. Dah lumrah wanita suka cantik. Cer kalau wanita jadi macam lelaki, jenis tak jaga muka, kuat berpeluh muka berminyak, & etc yang orang lelaki sendiri tahulah, apa rasa? Finally tetap juga cari wanita yang pandai berhias at least simple makeup (not natural beauty).

Apa-apa pun thank you to @arekasim yang support wanita suka bermakeup. Waujud juga lelaki camni. hehe. InsyaAllah didoakan awak dapat jodoh yang cantik dan baik akhlaknya. :)

Misya : Menjaga kurniaan Tuhan.

Thursday, March 23, 2017

Dapat jemputan dari MEFA untuk blogger review!

Salam. Wow tak sangka beberapa hari lepas blog saya dipilih dan dijemput oleh pihak MEFA Pengantin untuk mereview majlis ulangtahun sebuah butik dan restoran di Shah Alam. Terkejut juga terpilih sebab almaklum blog saya tidaklah sehebat blogger Ben Ashaari mahupun Hanis Zalikha. But ianya 1 penghormatan buat saya bila blog saya dipilih oleh MEFA after hampir 10 tahun saya berblogging.^_^ TQ MEFA!



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Terima kasih kerana berkongsi profile anda kepada facebook Mefa Pengantin tempoh hari. Disini saya ingin menjemput semua blogger terpilih untuk sesi majlis bersama:

Sila download file jemputan dan berharap anda dapat membalas dengan kadar segera.

Thank You.

Azahari Bin Azemi
Sales & Marketing Manager,



   



Rezeki tu orang kata jangan ditolak. Yang bagus blogger-blogger yang hadir akan dibayar based on entry yang di update dalam blog. 1st time penulisan saya di blog mendapat bayaran. Alhamdulillah..:) Hope ada lagi lepas ni. Amin..

Misya : Rezeki tak terpijak.

Wednesday, March 22, 2017

Hong Kong Trip #14 || SkyTerrace buat rasa taknak balik Malaysia!

Salam. Orait selesai melawat Madame Tussauds Hong Kong (Part 13), di bangunan yang sama kami naik ke tingkat paling atas. Yang menempatkan The SkyTerrace 428 which tempat wajib uols kena datang if melancong ke Hong Kong. Nama tempat ni pun The Peak so entry trip saya ke HK saya pun dah sampai ke kemuncaknya. Huh finally... hahaha..

Ahha... Cantikkan view dari SkyTerrace ni? Serius memang cantik!

SkyTerrace ni merupakan platform untuk menikmati pemandangan kota HK tertinggi di HK. Boleh tengok view 360 darjah seluruh kota HK dari sini. Memang awesome sangat!

Dalam hati tak henti-henti mengucapkan SubhanAllah sebab dapat melihat betapa indahnya bandaraya HK ni. 

Husband saya orang yang paling teruja sekali sebab katanya tak sangka cantik giler view kat sini. Ala-ala kota New York versi Asia. Sampai katanya nak datang sini lagi nanti.

Serius feeling sangat tenang masa berada di sini. Dapat lihat keindahan view bandar HK yang dikelilingi lautan. Rasa lapang fikiran tak fikir benda lain dah.

Rasa bertuahlah dapat datang sini dan snap gambar cantik-cantik. Kenapa dipanggil SKyTerrace 428? Sebab ianya berada 428 meter dari aras laut! Rasa macam tak tinggi sangat tapi kalau orang tak biasa pasti gayat. huhu


Posing model tetap ada! Haha

Kagum kan? Bagaimana manusia boleh bina bangunan tinggi-tinggi di tepi laut dan berbukit-bukau. Which yang menariknya kat HK ni takde langsung kejadian tanah runtuh! Selain kuasa Tuhan, kerajaan HK amat menitikberatkan maintenance yang bagus dan ketat untuk mengawal lereng-lereng bukit sepanjang masa. Jauh bezalah dengan Malaysia.

Ramai pelancong datang. Dengan cuaca sejuk yang menyamankan around 10 darjah celcius memang enjoylah duk sini.

Akal manusia kalau digunakan sebaiknya maka terciptalah keindahan begini. Walaupun pembangunan di HK ni sangat pesat but hutan simpan masih terjaga rapi. 

Taknak balik boleh tak?? huhu melting sangat dengan view kat sini..~_~

Oklah nak taknak kena balik juga. Oops jangan lupa singgah Hard Rock HK di bangunan sama. Bagusnya tempat ni semua ada. Huhu..


Apa lagi rembatlah t-shirt Hard Rock sorang sehelai sebagai kenang-kenangan.

Actually nilah rupa bentuk bangunan Sky Terrace tu. Ala-ala potongan buah tembikai. Info lanjut tentang SkyTerrace 428 ni boleh klik SINI.

Ada replika peak tram dipamerkan. 

Orait tiba masa untuk kami meninggalkan The Peak. Nak turun kenalah naik Peak Tram semula. Then balik ke hotel untuk packing dan check-out. Huwaaa sedih nak balik Malaysia dah. 


Antara momen menarik sempat saya snap. Keadaan kotaraya HK yang sibuk dan meriah.

Orait lepas check-out dari hotel, tak jauh dari situ ada bus stop untuk kami menaiki bas ke airport. If nak ke airport better naik bas sebab lebih murah banding naik tren. Plus takdelah susah-susah nak angkat beg kalau kena tukar-tukar tren. Dari sini kami menaiki bas A21 (rujuk entry Part 2), bas sama masa kami sampai di HK untuk ke hotel. 

Sampai dah HK International Airport Terminal 2. Actually ni terminal baru untuk flight seperti Air Asia. 

Orait itu sahaja story saya tentang trip ke HK. Alhamdulillah selesai travelog saya which sebenarnya trip ni saya gi masa musim sejuk tahun 2016. Tahun 2017 baru siap entry nya! Hahah teruk betul saya ni. Nasib baik ingat lagi apa yang saya alami kat sana. But honestly datang HK memang best dan enjoy. Uols kalau ada rezeki lebih datanglah ke HK. Ok papai.. :)

Misya : Honeymoon, semakin hari semakin sayang.






Blog Giveaway by RII

Klik untuk join

Tuesday, March 21, 2017

Anak vs rumah, mana lebih penting?

Salam. Zaman sekarang ni orang lebih suka judge seseorang tu tanpa usul periksa. Ada je tak puas hati. Macam saya sendiri masih belum dikurniakan cahaya mata pun boleh jadi isu but Alhamdulillah saya tak pernah lagi sentap dengan kata-kata orang keliling. Mostly mendoakan. Syukur.. Almaklum saya ni jenis orang yang busy. Sementara belum ada anak ni, saya buat apa yang saya suka. Takkan nak stress-stress sebab perkara yang di luar kawalan kita camni rite? But saya share la perbualan rakan saya dengan seorang hamba Allah ni. Mungkin leh jadi iktibar buat semua bahawa tiada siapa yang sempurna. Jaga diri sendiri dan doakan yang terbaik untuk orang lain. InsyaAllah hidup diberkati.



Xxxxxx: Awak ni cari duit siang malam. Anak pun tak ada lagi, cari duit banyak-banyak pun tak guna dik..!

Rakan : Saya cari duit untuk family saya. Adik-adik saya masih jaga. Bab anak saya malas nak ulas lanjut.

Xxxxxx: Awak tu semakin hari semakin tua, bukan makin muda tahu tak? Nanti tak ada anak esok tua susah tak ada orang jaga.

Rakan : Tak mengapa.. Ada rezeki ada la tu. Kak berapa orang anak?

Xxxxxx: Kak baru nak masuk 4 orang. I start ada anak umur 24. Kahwin awal-awal sebab nak buat anak.. Awak ni kahwin awal-awal buat apa?

Rakan : Saya cari rezeki dulu. Anak tu rezeki Allah kasi lambat sebab tahu saya masih tak layak dan tak mampu.. Inshallah ada nanti. Tapi saya dah sediakan rumah untuk family saya. Alhamdulilah kalau dah ada anak nanti saya tak perlu susah-susah nak kumpul duit beli rumah. Masa tu saya dah boleh fokus kat anak-anak saya.. Inshallah. Allah aturkan jalan hidup kita berbeza-beza.

Xxxxx : Owh awak dah beli rumah la ya. Kak pun baru fikir-fikir nak beli rumah. Anak dah ramai ni sempit pulak rasa nya dok flat tu.. Kak sewa lama dah sejak kawin dulu. Baru ni terfikir nak beli. Nanti tolong cari kan akak rumah landed bawah RM200k kat Shah Alam boleh tak? Kalau boleh yang dekat dengan sekolah anak akak Seksyen 7 tu. Itu je akak rasa kak mampu. Anak lagi nak belajar. Berapa ya bulan-bulan kena bayar?

Rakan : Kalau ikut umur kak dah hampir 40 tahun so monthly dalam 1100-1200 camtu la anggaran. Tapi saya cakap siang-siang tak ada rumah RM200k landed kat Shah Alam lebih-lebih lagi di Seksyen 7.

Xxxxx: Ish mahal tu kak nak bayar. Kami bulan-bulan pun cukup-cukup makan je ngan anak-anak lagi. Husband pulak gaji bukannya banyak pun. Aduhh susah la sekarang. Kerajaan semua nak naik kan harga rumah, tak prihatin langsung kami yang ramai anak ni.


Rakan : Kak jangan asyik fikir salah orang atau salah kerajaan. Kalau ada rumah RM200k kat Shah Alam pun rumah apartment atau flat. Tak ada landed harga macam tu. Kak kene face reality sekarang. Semua benda mahal bukan murah-murah. Sekarang ni kak dan husband yang kena berusaha lebih untuk beli rumah. Anak-anak akak nak membesar takkan nak duduk rumah sewa sepanjang zaman. Rumah tu pun rumah orang. Bila-bila saja owner rumah tu boleh ambil balik.. Sebab tu saya cari rezeki dulu. Kak jangan pertikaikan kenapa saya takde anak 4 macam akak..

Agak-agak sentap tak akak tu? hehe.. Kesian rakan saya gara-gara takde anak lagi dah dikatakan macam-macam. Betulkanlah mentaliti kita especially part nak kahwin sebab nak ada anak. Bila duit tak cukup, malas pula berusaha then salahkan orang lain. Yang banyak saya jumpa if ajak jana side income, alasannya tak boleh sebab ANAK itu, ANAK ini.. MasyaAllah.. Sedih saya dengan orang camni. Ibarat tak redha dengan apa Tuhan bagi. Serius bagi jela anak tu kat saya kalau akhirnya anak tu dianggap sebagai beban yang menyebabkan ketidakcukupan dalam hidup dan tidak mahu berusaha lebih. Senang cerita, sebelum kahwin fikir dulu sedalam-dalamnya. Kalau niat sekadar nak anak, memang leh dapat anak tapi Allah maha adil. :) Baca entri INI sebagai tips sebelum kahwin.


Misya : Kahwin adalah tiket untuk mematangkan diri.

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita

Klik untuk join

Monday, March 20, 2017

Hong Kong Trip #13 || Madame Tussauds yang penuh glamour!

Salam. Fuh dah masuk Part 13 dah! Ok sikit je lagi nak habis. Hehe.. Don't forget baca Part 12 dan sebelum-sebelumnya tau.. Banyak story menarik. Ngee.. Ok after sampai di The Peak dengan menaiki tram lejen condong 45 darjah, kami menuju ke Madame Tussauds Hong Kong. At the same building dengan stesen peak tram, tak susah nak cari Madame Tussauds..

Ok sampai dah depan Madame Tussauds HK..

Kami dah ada tiket pakej so tak perlu beli tiket lagi dah.

Mintak tolong someone ambilkan gambar kami..

Orait masuk-masuk je dah terasa keglamoran ala-ala selebriti.

Ada paparazzi tau! hehehe.. Lampu kamera berklip-klip terasa diri seperti artis jap.

Ok masuk je sini mula-mula dipaparkan potret-potret artis dan tokoh yang terkenal. Apa yang bestnya bukan sebab dapat tengok patung-patung lilin kat sini tapi gelagat husband saya gila-gila wat saya gelak tak berhenti-henti dari awal sampai habis. Adoila suami.. hahaha..

My favourite actress! Jom...

Johnny Depp.. 

Nicole Kidman

Finally dapat jumpa Angelina Jolie & Brad Pitt!

Oh my gaddd.. Hero Twilight pun ada!

Princess Diana...

Ahha bekas Presiden Indonesia yang sangat terkenal, Pak Suharto pun ada tau.

Ahakss... Bukan main husband saya yer.. Nasib baiklah Obama patung je. Kalau betul-betul, berani ke nak wat gitu?

Siapa presiden US sekarang ni? hehe..

Yeahh Queen Elizabeth pun ada.. Tak penat ke dorang 'berdiri'? huhu

Mahatma Ghandi

Lejen lah Mahatma Ghandi ni..


Christopher Columbus.. Nasib bek patung, b

Amboi serius nampak..

If tak silap ni Picasso.. Pelukis terkenal di seluruh dunia.


Ok time ni memang saya tergelak kaw-kaw! haha..



Nampak real kan patung ni? If tak silap ni one of president China.

Albert Einstein!!

Jom kita pi dating uncle.. Nak menuntut ilmu. Hehe..

Haiyaaa... Bertafakur plak husbandku ini. Haha..

Ahha ini pengacara popular games show di HK. Tak ingat apa nama dia.

Live show @ HK TV..

Marilyn Monroe.. Takde angin so skirt dia tak terbang. huhu

Namaste.. Amitabh Bachan..

Jaga-jaga kat depan ada lubang!!!

One Direction ada tambahan ahli baru nampaknya..

James Bond?

Nasib bek patung, kalau tak, nak kena piat telinga tuh!:p

Ipman!!


Watcha!! Bruce Lee..

Ada bran?

Jackie Chan in the house..


Hero drama Winter Sonata dari Korea. Famous juga dia kat HK ni  sampai ada patung lilin beliau.

Oopsss wefie dengan David Beckham

Siaran langsung dari Manchester United! Gitu....

Pergh Muhammad Ali, peninju dunia pun ada!

Haha iye-iye je la hubby saya ni. Sekali Serena Williams tu libas dengan raket tenis dia tu habis... Haha..

Ahaks... Atlet sumo pun ada.

Inilah di Madame Tussauds pengasas galeri patung lilin di seluruh dunia ni. Serius hebatlah dia ni boleh buat patung lilin hampir sama dengan individu sebenar. Sampaikan ketinggian, kedut-kedut di wajah pun tak ketinggalan  diukirnya.

Ouwwww! Michael Jackson yo...

Boleh join sekali Incik Michael?

Lejen.. Kumpulan The Beetles..

Wow Madonna during her performance!

Hahahakhak husband saya ni memang kalau datang giler dia, macam-macam style dia buat. Adoyai sakit perut gelak time ni.

Lady Gaga.. Nasib baik patung so dimaafkan. huhu

Habis semua "girls" dia nak kiss..



Oh abang spiderman, please selamatkan saya.. huhu

Tak keluar pun sarang labah-labah tu bang...:p

Perghh one of my favourite hero, Hugh Jackman as Wolverine!

Nasib baik patung, kalau orang betul mahu leh pengsan!


Lets fly with Iron Man!

Aaarghhhh tolong.... Hulk menyerang..

Help me............!!

Cutenya... Hello Kitty..

Journey to the west.. Siapa nak follow saya?

Agak keliru dengan patung ni sebab tak tahu dia naga ke duyung..

Me as mermaid....


Hakhakhak ok seriously ni memang pecah gelak! Adoyai suami saya ni nak jugak jadi mermaid..


Auww Aaron Kwok pun ada..

Yeahhh lets do the performance!

Ewah-ewah nak dating ke mana tu??

Elvis Presley!

Doraemon

Final part.. Kami dapat gambar special with legend Jackie Chan.

Orait done melawat Madame Tussauds. Penat juga sebab banyak patung-patung lilin artis dan selebriti dari seluruh dunia dipamerkan. Berbaloilah datang sini. Next? Kami pi meninjau keindahan bandaraya HK dari puncak The Peak dalam entry seterusnya.. 


Misya : Ada rasa seram juga.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...