expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 7, 2018

Langkawi Trip with Family || Momen Terindah

Salam semua. Belek punya belek entri sebelum-sebelum ni, MasyaAllah baru terperasan ada 1 holiday trip with my family yang saya lupa nak update! Last entry on June 11, 2014! Trip ke pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi with my family.  Aiyoooo... haha tula banyak sangat bercuti sampai caca-marba susun atur holiday trip saya. Yang kelakarnya, trip-trip lain selepas trip ke Langkawi ni, elok je saya update dari awal sampai habis walaupun memakan masa banyak part nak story. But ada hikmahnya, i still can continue my updating about Langkawi trip. At least ada la juga benda nak update. (Ke sebab ada related dengan Pilihanraya Umum ke-14?) Ooppsss! Wakaka..


So, kali ni saya just update ringkasan trip saya ke Langkawi. Nak story one by one memerlukan banyak chapter actually. Penting buat ringkasan ni dulu supaya saya tak lupa nak wat full entry next time. InsyaAllah.. But ringkasan ni pun dah agak padat juga. Jom imbas kembali momen-momen saya bercuti di Langkawi with my family.

Ok apa yang menarik kat Langkawi mostly ramai dah tahu. Even rakyat Malaysia yang tak duk Langkawi pun ramai dah sampai ke sini. But honestly, Langkawi ni kalau pi banyak kali pun tak jemu. Sebabnya untuk orang pompuan of course pulau ni syurga for shopping! Pergi Langkawi, tak shopping, bukan pergi Langkawi ler tu. Ahakss..


Masa ni saya baru kahwin dalam setahun camtu if tak silap. Kurus cekeding lagi masa ni. Sekarang? Dah naik sikitlah but still maintain slim ok! Ahaks... Tengoklah giler menyopping kat Kompleks Haji Ismail Group ni. Nak story panjang-panjang part shopping je dah leh makan 1 bab. hehe



Antara destinasi wajib kalau datang ke Langkawi mestilah melawat Makam Mahsuri. Tak pernah tak teruja bila datang sini. Kisah-kisah lagenda begini rasanya generasi sekarang pun ramai dah yang lupa. Sesekali bawa anak-anak datang sini dan introduce tentang lagenda Mahsuri ni.

Yang pasti  Dataran Lang jangan dilupakan. Mesti singgah sat abadikan kenangan dengan replika burung helang gergasi ni.

Tempat lain yang menarik yang boleh anda visit adalah Underwater World Langkawi. Best dapat tengok hidupan laut depan mata termasuklah penguin! Dalam gambar ni my lil brother. Walaupun ramai yang salah faham ingatkan dia abang saya sebab wajah dia nampak lebih matured. Ahaks.. Nak wat camne kan sebab kakaknya sentiasa awet muda gitew.. :p

Ahha part paling seronok, naik cable car untuk sampai ke puncak Gunung Mat Cincang. Berbaloilah dapat naik walaupun terpaksa berkorban nyawa, masa dan tenaga beratur punyalah panjang. Hasilnya dapat view pemandangan yang sangat cantik. Seluruh Pulau Langkawi dapat dilihat. Jangan lupa sewa teropong khas macam ayah dan adik saya gunakan ni. Puas hatilah. Masa ni my parent masih kuat lagi. Now kalau nak ke tempat gini kena datang time tak ramai orang yakni bukan school/public holiday. Kesian dorang nak kena berdiri lama-lama.

Actually banyak lagi aktiviti kami sepanjang bercuti di Langkawi. Antaranya melawat Rabbit Farm, Underwater World Langkawi, Pantai Cenang, Beras Terbakar, Telaga Tujuh dan macam-macam lagi tempat menarik. Kalau nak visit semua memang memakan masa berhari-hari. 





Yang paling penting hasil shopping mesti kebabommm! Hehehe..

Ini antara trip ke Langkawi paling bestlah saya rasa. Sebab dapat holiday bersama-sama dengan husband dan my family. Penat tapi seronok. Kenangan terindah. Bila lah dapat holiday gini lagi. Oh ya, kalau datang melancong ke Langkawi, if nak mudah booking hotel boleh klik check out list of hotels in Langkawi. Mana tahu ada yang nak shopping Raya sebab Ramadhan dah nak dekat ni. Hehe.. Selamat bercuti naa!



Misya : Manfaat masa bersama-sama family tersayang.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...