expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 18, 2018

Syawal 2018, Misya sudah bertiga..

Salam semua. Rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua rakan blogger yang disayangi. Maaf sesangat lama tak update sebab ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan - gambar dari picasa yang dah watermark tak boleh upload dalam Google Photos! Mak stress beberapa bulan untuk fikirkan solusi ini. huhu. But now dah jumpa kaedahnya so hopefully boleh berbloggong seperti biasa. Ada yang alami masalah serupa dengan saya ke? Nanti ada masa saya share caranya ya. InsyaAllah..

But still akan ada kekangan tertentu almaklum dah ada baby ni setiap masa fikir about anak jela. Betul lah dah jadi mak-mak ni, takde benda lain yang penting dalam dunia ni selain anak dan juga suami. Alhamdulillah Syawal kali ni saya sudah bertiga. Excited nak beraya sebab dah ada baby. Yela, after almost 5 years kami menanti kehadiran cahaya mata, mana la tak excited kan? Saudara-mara pun ramai nak jumpa tengok baby Erina. Last year raya baby masih dalam perut, mommy takde mood nak raya sebab morning sickness! Berhuhu je la tengok makanan macam-macam sebab takde selera sangat. Tahun ni mommy kasi hantam! hehe.. But still kena berpada-pada, nanti badan naik, sian kat suami. :p



Saya share la sekeping gambar raya kami dulu ya. Punya payah nak snap gambar dengan baby ni rupanya. Asyik meragam je dia. Mommy and daddy dah posing elok-elok, baby pulak merengek-rengek. Tengoklah hasilnya, haha.. Kali ni tema raya kami emerald green. Nanti lah story, banyak lagi ni nak diceritakan. huhu.. Tata... Selamat Hari Raya!!


Misya : Anak yang beraya sakan sebab banyak dapat duit raya.

4 comments :

ADEEYA said... Reply To This Comment

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Congratulation atas kehadiran baby Misha jugak!

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@ADEEYA TQ Adeeya..:)

Nurul Najihah said... Reply To This Comment

jemput singgah ke blog saya
https://nurulnajihah38.blogspot.com

lullabyssz said... Reply To This Comment

Happy eid mubarak! :)

https://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...