expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 19, 2018

PRU14 kenangan dan sejarah tercipta walaupun sakit...

Salam. Wah dah lama tak hapdet story kat blog. Maafla kengkawan sume. Since dah jadi mommy ni memang saya jarang ada masa nak update entry blog. Even ada masa pun, itulah time saya nak rest jap. huhu. Ok takpelah just nak share momen-momen musim Pilihanraya Umum ke 14 hari tu. Maybe story ni dah basi but for me ianya masih segar dalam ingatan sebab ini kali kedua saya mengundi then saya menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia baru yang telah tercipta. Cewah!


If uols nak tahu, saya almost tak keluar voting sebab suddenly malam PRU14 tu demam selesema melanda. Badan rasa lemah sangat tapi entah kenapa tetap juga semangat nak mengundi, husband suruh keluar juga mengundi, saya pun keluar juga mengundi petang sebelum tempoh pengundian tamat. Nasib baik sempat!

Saya pengundi saluran 5 di SK Putrajaya Presint 9. Masa beratur tu saluran 6 masih panjang. Wow, seronok tengok ramai anak muda keluar mengundi. Compare PRU sebelum ni, biasa-biasa saja keadaannya. But honestly feeling mengundi kali ni semacam je rasa. Masing-masing macam dah pakat nak undi mana tapi senyap je semua. Rileks je memasing.. huhu

Setel pakai inai dan menjalankan tanggungjawab as rakyat Malaysia. I undi siapa? hehe undi adalah rahsia.. (Poddaaahh!) :p

Sementara tunggu husband pick up dari tempat mengundi, jenjalan jap sekitar kawasan. Sempatlah snap selfie kat booth parti-parti yang bertanding.

Saya mengundi untuk Parlimen Putrajaya. Tertarik tengok kereta range rover ni ada gambar Ku Nan- ahli parlimen Putrajaya. Memula ingat kereta JDT sebab ada lambang harimau. Tahniah Ku Nan memenangi kerusi Parlimen Putrajaya lagi sekali. Hope dapat jalankan tugas dengan penuh amanah dan ikhlas.

Selfie banner calon dari Parti PAS.

Banner calon Dr. SAM. My cousin buang undi di sekolah lain siap dapat jumpa face to face & bergambar dengan beliau. Jeles! Ahakss...


Kenangan tercipta. Alhamdulillah dapat buang undi untuk pilih pemimpin. Dah macam pengantin baru plak ada inai di jari. Ahakss..

Apa pun keputusan ketika itu, memang rakyat Malaysia mostly ternanti-nanti. Walaupun tak sihat, tapi semangat mengundi kali ni memang lain macam. Alhamdulillah PRU14 berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi. Tahniah Pakatan Harapan! :)


Misya : Sayang negara.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...