expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 30, 2018

Roti Tisu Gergasi @Penang!!!

Salam. Yuhuu dah lama tak story jalan-jalan cari makan kat blog saya ni. Uols selalu lepak mamak? Saya sejak dah ada baby ni memang sangat jaranglah lepak mamak. Ni kebetulan outstation kerja kat Penang. So member-member ajak ngeteh sat di malam hari. Lokasi pilihan adalah di Restoran Kayu Nasi Kandar, Bayan Baru. Disebabkan perut tak berapa lapar, so kami just order hidangan ringan iaitu roti tisu. Ok mula-mula sebelum order rasa tamak nak order sorang 1 sebab fikir ala roti tisu kenyang takat mana ye dak? Tapi nasib baik just order 2 pcs untuk 8 orang makan. Sebabnya, haaa amekkk dia punya size mak aihhh! Roti Tisu Gergasi rupanya! 

Ingatkan pe kebenda si aney ni bawak dari jauh. Rupanya roti tisu kami! haha..

Memang rare ni..

My first time dapat menyaksikan roti tisu sebesar ini. Nasib baik order 2 je. Ngam-ngam kami share berlapan orang makan.

Disebabkan size nya panjang maka 4 unit pinggan diperlukan untuk meletakkan roti tisu ni.

Maybe this kind of roti tisu ada jual kat kedai mamak lain. Cuma saya spesis jakun tu yang excited lebih. Ngehehe..


Rasanya? Sedapp.. Lemak manis. Macam roti canai cuma lebih nipis dan garing. Plus ada marjerin dan gula ditaburkan atas roti tisu ni. Orang kencing manis memang tak digalakkanlah. Boleh request nak cicah ngan kari ka, dhal ka.. Yang teringin nak rasa tu mai la datang restoran ni. Selamat mencuba.



Misya : Tisu untuk lap peluh, roti tisu untuk dimakan.



4 comments :

Kak Wawa said... Reply To This Comment

Ya Allah, panjangnyaa.. Macam mana dia buat tu.. Wawa pernah makan roti tisu dulu masa tahun 2004.. Not bad laa rasa dia kan..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Kak Wawa hihi kan.. terfikir juga camnela dia wat roti ni. huhu

ejulz said... Reply To This Comment

perghhhh.. terbaek.. hehe

Misy Nelly said... Reply To This Comment

kalau makan sorang tu mahu tak habis..kalau share ramai-ramai ok lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...