expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 30, 2018

Tips Menghadapi Prospek/Pelanggan Lari

Salam. Siapa kat sini yang sedang berniaga? Atau baru nak berjinak-jinak dengan business? Benda paling asas dalam bisnes of courselah mencari pelanggan atau prospek. Tipulah buat bisnes yang tak deal dengan pelanggan a.k.a manusia a.k.a orang rite? Sedangkan jual beruang pun kena deal dengan orang. Takkan beruang nak beli beruang juga? Hehe.. Oklah, based on my experience before this yang pernah aktif berbisnes, saya share camne nak hadapi kerenah pelanggan atau prospek yang 'lari' atau taknak layan kita. Maybe kita boleh perbaiki kaedah approach yang kita selalu gunapakai supaya kita tak 'down' bila tak berjaya mendapatkan customer berkualiti.


Sharing from Sifu Bukhari Ramli
=========================
Sedih prospek senyap? "Susah buat follow up. Apabila buat follow up, prospek senyap. Sedih sangat!" Begitulah luahan ramai peniaga macam anda. Jangan la macam tu ye... Saya petik jawapan daripada Panduan Penting Follow Up:

1. Memang lumrah manusia

Saya emel tips setiap hari kepada anda, berapa kerat yang menjawab? Kita masuk ke kedai, apabila sales assistant tanya, 'Cari apa?', kita jawab, 'Tengok-tengok je.' Kita Whatsapp peniaga online, apabila mereka reply harga, kita pun senyap. Perangai ini memang perangai pelanggan. Masa kita jadi pelanggan, kita boleh buat. Kenapa pelanggan tak boleh buat pada kita pula? Kenapa nak sedih frust tertonggeng pula apabila pelanggan buat pada kita?

2. Terima hakikat pelanggan memang ramai akan senyap

Jangan pelik sebab kita pun buat begitu. Hidup ini umpama roda. Masa kita jadi pelanggan, kita buat pada peniaga. Masa kita jadi peniaga, pelanggan buat semula pada kita. Yang nak sedih sangat kenapa? Itu sebahagian daripada lumrah berniaga.

3. Tiada ayat atau teknik meletup yang boleh selesaikan masalah ini

Teknik atau ayat magik hanya penyelesaian sementara. Tiada guna teknik atau ayat magik kalau kita tidak...

4. Fahamkan falsafah dan prinsip follow up yang betul

Kalau kita buat sama macam peniaga lain, memang pelanggan akan layan kita sama macam peniaga layan: tak layan langsung! Segalanya bermula daripada niat. Tiada guna teknik atau ayat magik jika niat kita salah. Setiap niat kita akan mempengaruhi tindakan kita. Fahamkan dan tanamkan niat yang betul dalam proses menjual dan follow up. Kalau kena niat yang betul dan cara yang betul, PELANGGAN AKAN SUKA DIHUBUNGI. 

Bagaimana caranya?

Kita cuma perlu menjadi manusia dan faham apa rasanya menjadi manusia.



Misya : Kita juga adalah seorang pelanggan.

4 comments :

Misy Nelly said... Reply To This Comment

kalau masuk mana-mana kedai memang banyak MN akan cakap "tengok-tengok je " hehehe sebab MN sendiri tak tahu nak beli apa tak ada dalam list membeli,tapi kalau MN berkenan MN akan tanya dan beli.

Shafyqah Azahar said... Reply To This Comment

insyaAllah 1 hilang 10 datang :)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Misy Nelly Samala kita. hehe..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Shafyqah Azahar Betul tu. Rezeki masing-masing insyaAllah tak ke mana. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...