expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 20, 2018

Resepi Salad Nuget Meleleh

Salam. Siapa sini suka makan salad? For those yang memang berdiet atau kaki makan sayur mestilah suka rite? Saya ni takdelah suka sangat tapi sometimes teringin juga nak makan salad. CUMA saya improvised sikit resepi salad saya supaya nampak lebih menyelerakan dan mengenyangkan. Inspired from my mom, saya namakan resepi ni Salad Nugget Meleleh! hehe..

Dah lama tak wat salad nuget ni sebenarnya. Ramadhan baru ni, teringat pula my mom selalu wat salad ni if dah kering idea nak masak lauk sayur apa untuk lunch/dinner. Solusinya terhasillah resepi salad yang simple dan mudah disediakan ni.


Bahan-bahan

Sayur salad segar 
Tomato Ceri / Timun
Nuget/Sosej/ Bebola Ayam/Ketam (Goreng dahulu dalam air fryer untuk lebih sihat)
Sos Cili
Mayonis

Kaedah membuatnya

Memula, goreng dahulu nuget/sosej/bebola ayam/ketam. Nak cepat dan lebih sihat, gunakanlah air fryer. Kali ni saya gunakan nuget jenama Ramlee dan bebola ketam from Ayamas. Terpulanglah brand mana-mana pun as long as sedap dan Halal. Dah siap goreng, potong kecil-kecil untuk mudah dimakan.


Sementara tunggu nuget semua tu siap digoreng, bolehlah prepare saladnya. Kupas daun salad one by one dan di koyak-koyakkan kepada saiz yang lebih kecil. Cuci dengan air bersih (elakkan guna air paip direct) sebab kita nak makan terus salad ni jap lagi. Cuci juga tomato ceri. If takde tomato ceri, boleh je guna tomato biasa dan hiris-hiriskan nipis-nipis. Saya prefer tomato ceri sebab dia crunchy and masam masam manis gitu. Hehe.. If ada timun pun boleh letak juga.



Then susunlah daun salad dan tomato atas pinggan ikut kreativiti memasing. Lepas tu bolehlah taburkan segala nuget/sosej/ bebola ayam yang dah dipotong kecil-kecil atas daun salad tadi. Next, letak pula sos dan mayonis ikut suka nak letak banyak mana. If uol ada sos thousand island tu pun boleh guna. But saya prefer mayonis biasa je. Nak masyuk lagi boleh letak cheese sauce.. Perghhh lagi meleleh!


Tadaaa siap dah pun! hehe... Simple je kan? Kira makanan segera campur dengan salad ni sihat sikit compare makan nuget/sosej gitu je. huhu.. My mom lagi rajin dia siap letak telur rebus lagi dalam salad ni. Perghhh lagilah rasa lemak. Cuma kalau nak wat tu kena pandai bajet lah untuk berapa orang makan. Supaya setiap kali buat terus habis makan. Then kalau nak lagi, buat yang baru supaya salad leleh ni sentiasa dihidang fresh. Bukan apa, if tak habis then dibiarkan lama-lama, ianya akan jadi lembik. Tak syok dah nak makan. So, bolehlah cuba.:)



Misya : Cuba menyihatkan makanan yang kurang sihat.


1 comment :

Sally Samsaiman said... Reply To This Comment

nampak sedap walaupun benda senang...Sally suka guna mayonis Jepun tu skrg...lg best..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...