expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 16, 2018

Resepi Spagetti Aglio Olio Ala Misya

Salam. Lama tak share hasil air tangan saya kat blog ni. Oklah nak share resipi spagetti Aglio Olio yang saya masak beberapa hari lepas. Kebetulan bahan semua ada kat rumah, tu yang try wat spagetti ni. Nasib baik menjadi sampai husband kata "Sedap, macam kat hotel!" (Ok kembang sat! hehe) Jom sape-sape nak try resepi mudah dan cepat spagetti Aglio Olio ni bolehlah refer entri saya ni ya. Dah saya yang masak thats why namanya jadi Spagetti Aglio Olio Ala Misya. Hehe..



Bahan-bahan :

Spagetti (Rebus dulu)
Udang/Sotong/Kupang (Semua pun boleh)
Cili Flakes / Cili Kering
Oregano
Daun Parsli/Mixed Herbs
Serbuk Lada Hitam
2-3 sudu Marjerin
1 sudu Olive Oil
Bawang Putih
1 Kiub Pati Ayam 
Sedikit Air
Sedikit Garam


Kaedah membuatnya :

Panaskan marjerin (butter/mentega) dan olive oil. Agak-agak mentega dah cair, tumis bawang putih. Dah kekuningan, masukkan pula cili flakes/cili kering. If nak pedas lagi, letak lebih lagi. Up to you. Masa ni akan terbit bau pedas cili bercampur mentega yang sangat enak. Hehe. 

Kemudian masukkan udang/sotong/kupang. Dalam kes ni saya gunakan udang sebab ini je yang ada dalam peti ais. Hehe. Kacau sampai udang/sotong agak-agak nak masak, masukkan pula kiub pati ayam dan sedikit air. 

Stage akhir, masukkan spagetti yang dah direbus, taburkan oregano, mixed herbs/daun parsli dan serbuk lada hitam. Nak masin, boleh letak sedikit garam. Ada setengah orang letak cendawan butang (dihiris) dan tomato ceri untuk bagi lagi meriah masakan ni. Then kacau semua bahan sehingga betul-betul masak.  Tutup api dapur, siap dihidangkan!

Kelihatan kosong je sebab saya kehabisan tomato ceri dan cendawan. So kalau anda kreatif, boleh je nak tambah pape yang sesuai bagi nampak lebih berseri spagetti oglio alio ni. 

Boleh juga taburkan cheese powder di atasnya sebelum makan. Confirm lebih rasa lemak berkrim disukai ramai. Selamat mencuba!


Misya : Syukur air tangan sentiasa menjadi.




4 comments :

Misy Nelly said... Reply To This Comment

tak pernah cuba lagi masak spagetti Aglio Olio nie , nanti nak cuba lah...tq bagi resepi

Del Asyraf said... Reply To This Comment

kalau ada cendawan butang mesti best

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Misy Nelly hehe cuba jangan tak cuba

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Del Asyraf kan... tula next wat lagi nak letak cendawan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...