expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 6, 2018

OKU bukan penghalang Pakcik saya melukis poster Hari Merdeka

Salam Merdeka. Huhu masih mood merdeka lagi ke? Takdelah saja nak throwback peristiwa di hari Merdeka. Story ni macam takde kena-mengena dengan saya tapi tertarik nak share sebab melibatkan family sendiri. Hari Merdeka tahun 2016, tak sangka pakcik saya yang dipanggil Pak Andak ni ada bakat terpendam dalam dunia seni lukis. Beliau ni special sikit sebab dikategorikan sebagai OKU tapi still normal. Hanya tangan kanannya sahaja yang kurang upaya (tangan kecil dan tidak boleh diluruskan). Tapi baik hati Pak Andak saya ni. Soft spoken orangnya and sporting dengan anak-anak buah. Tu yang Mak Andak saya terpikat kot. hehe.. Dan yang paling penting, beliau berbakat dalam seni lukis tau! 

Ahha bakat seni lukis diterjemahkan dalam lukisan poster sempena Hari Merdeka pada tahun 2016. If tak silap hasil seni beliau belah kiri No. 2 (paling besar). Amazing kan? Sebab beliau masih boleh menghasilkan karya poster yang cantik dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. 


Pak Andak (Baju Putih) saya ni attendan hospital. Kahwin je dengan Mak Andak, rezeki beliau terus dapat kerja gomen. Tahniah Pak Andak walaupun tak menang but still mengagumkan kami sefamily. :)

Yang ni poster pemenang. Takde rezeki Pak Andak this time. 

Dapat sijil penyertaan.. Happy dia bila share kat group wasap family kami. Katanya saja join untuk isi masa lapang dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan kat tempat kerjanya.

Apa yang wat saya terfikir nak share adalah pengajaran yang boleh kita dapat. Walaupun ada kekurangan dari segi fizikal, bukan penghalang untuk kita buat apa yang orang lain buat. Tinggal nak dengan taknak je. Ada yang sempurna fizikal tapi pemalas dan taknak usaha, no point hidup kan? So, congrats to Pak Andak! Takpe next time kalau ada lagi, boleh join lagi. Kot ada rezeki menang pula kan? Happy Merdeka Day! :)


Misya : Pak Andak saya ada iras pelakon Azhan Rani.



Tuesday, September 4, 2018

Maggi Pedas Giler memang pedas gilerrrrrrr!!!!!

Salam..


Ok kali ni sis surrender dengan Maggi sebab sebelum-sebelum ni setiap kali try maggi yang flavour dikatakan pedas, langsung tak pedas pun! So, bila keluar yang terbaru ni, saya teruja la nak rasa tapi sebab dah ada pengalaman sebelum ni so tak expect la pedasnya maggi Pedas Giler ni memang setara dengan namanya! haha..

Hari tu ternampak kat Aeon Big, Alamanda maggi ni tapi yang tinggal hanya perisa Tomyam and sis tak minat maggi tomyam. So, my husband baik hati gi belikan kat kedai lain. Huhu.. I lap u laling..;)

Kaedah penyediaannya seperti biasa. But this one maggi goreng tau. Bukan maggi yang berkuah tu.

After rendam dalam air, keluarkan air then letaklah segala perencah yang ada. Ada setitis minyak perencah terkena tangan saya so saya pun gunalah mulut nak hilangkan, mak aihhhh setitis minyaknya pon dah rasa pedassssssss!!! Ok ni memang bikin tercabar ni, haha... 


Suapan yang pertama, oh mai gaddddd sebijik macam mee segera Korea tu punya pedas sangat-sangat!!! Haha.. Tapi sebab saya dah lapar sangat so saya berjaya juga habiskan walaupun memang melelehlah air mata air hidung segala! haha.. Ok memang ni maggi yang pedasnya mencapai tahap sepatutnya (my own level). If yang kaki pedas tu lepas makan ni confirm korang akan suka. Memang PEDAS GILER seperti namanya. Saya nak kata suka sangat taklah. Sesekali rasa bolehlah. By the way good job Maggi! Tapi jangan amalkan selalu makan maggi yer.. :p


Misya : Mulut celupar cilikan aje dengan maggi ni.

Fashion Show by Abbasiah Collection

Salam. Erm dah lama ya sis tak update tentang dunia modelling sis. Almaklum since ada baby memang saya dah tak aktif in modelling. Actually since pregnant lagi dah stop sebab memang fokus kat pregnancy. Yela excited nak dapat baby after almost 5 years waiting. If nak tahu, ini adalah fashion show last before saya dapat tahu yang saya pregnant. Masa ni kandungan dah 4 weeks! huhu.. Gigih ya pakai heels then catwalk dengan penuh gaya walaupun one my friend perasan perut saya macam 'buncit' sikit. Memula tak percaya, tapi bila belek gambar, aah betul lah! huhu. But seriously saya memang tak tahus aya pregnant masa ni. Dan sebenarnya ada 2 job fashion show saya wat at the same day! Oh my... huhu..

Orite this one fashion show anjuran Abbasiah Collection at Shah Alam. Menggayakan koleksi sempena nak sambut lebaran. Sebab dah nak Ramadhan time ni.

Saya menggayakan kurung moden warna mustard beserta shawl from Abbasiah Collection.

Designed by Wawa Halim, memang koleksi sis Wawa ni wajib ada ropol atau kepok-kepok bagi efek diva-diva gitu.. huhu



Ahha see nampak tak perut sis yang comel tu..? huhu tapi time ni memang saya tak perasan pun. Yang penting confident ok! haha

Ahha mak buyong catwalk hokay! haha


Muka tetap maintain serius giteww



Nilah designer baju saya, Sis Wawa.. Baju-baju dia semua lawa-lawa ok. Mesti ada kepuk-kepuk. Tq kak Wawa sudi bagi peluang gayakan your collection.


Acara finale..

Saya makeup sendiri tau untuk event ni. Ok tak? Yang specialnya model-model yang menggayakan busana sis Wawa semua pakai net kat muka gini. Memang exclusivela koleksi beliau..




With Kak Hanna.. Uish ini top model Muslimah ni. My idola. huhu.

With other models yang gojes

Kami berempat menggayakan koleksi sis Wawa..


Owner Abbasiah Collection sedang ditemuramah oleh media yang hadir.

Orite Alhamdulillah ini rezeki saya hasil job fashion show ni. TQ Abbasiah Collection sudi bagi peluang. Maaf sangat if ada kekurangan. Hope tak serik invite saya kalau ada job lagi akan datang. huhu

If sape-sape nak dapatkan koleksi Abbasiah bolehlah ke Seksyen 7, Shah Alam. Butiknya mesra kanak-kanak tau- means ada playground untuk anak-anak sementara uols shopping baju kat sini. :)


Misya : After 9 months slim semula.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...