expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 4, 2018

Maggi Pedas Giler memang pedas gilerrrrrrr!!!!!

Salam..


Ok kali ni sis surrender dengan Maggi sebab sebelum-sebelum ni setiap kali try maggi yang flavour dikatakan pedas, langsung tak pedas pun! So, bila keluar yang terbaru ni, saya teruja la nak rasa tapi sebab dah ada pengalaman sebelum ni so tak expect la pedasnya maggi Pedas Giler ni memang setara dengan namanya! haha..

Hari tu ternampak kat Aeon Big, Alamanda maggi ni tapi yang tinggal hanya perisa Tomyam and sis tak minat maggi tomyam. So, my husband baik hati gi belikan kat kedai lain. Huhu.. I lap u laling..;)

Kaedah penyediaannya seperti biasa. But this one maggi goreng tau. Bukan maggi yang berkuah tu.

After rendam dalam air, keluarkan air then letaklah segala perencah yang ada. Ada setitis minyak perencah terkena tangan saya so saya pun gunalah mulut nak hilangkan, mak aihhhh setitis minyaknya pon dah rasa pedassssssss!!! Ok ni memang bikin tercabar ni, haha... 


Suapan yang pertama, oh mai gaddddd sebijik macam mee segera Korea tu punya pedas sangat-sangat!!! Haha.. Tapi sebab saya dah lapar sangat so saya berjaya juga habiskan walaupun memang melelehlah air mata air hidung segala! haha.. Ok memang ni maggi yang pedasnya mencapai tahap sepatutnya (my own level). If yang kaki pedas tu lepas makan ni confirm korang akan suka. Memang PEDAS GILER seperti namanya. Saya nak kata suka sangat taklah. Sesekali rasa bolehlah. By the way good job Maggi! Tapi jangan amalkan selalu makan maggi yer.. :p


Misya : Mulut celupar cilikan aje dengan maggi ni.

8 comments :

Hafiza AizZawa said... Reply To This Comment

tak berani nak cuba kalau pedas sangat..

Misy Nelly said... Reply To This Comment

Belum ada kesempatan lagi nak try maggi pedas nie..cari jugak dekat pasaraya tak ada.. officemate beritahu boleh beli dekat 7e..nanti nak try

ejulz said... Reply To This Comment

mak ai.. tgk gambar je dah nampak kepedasannya. hehe..

CahayaHannan said... Reply To This Comment

pedas sangat eh, hari tu kin terai ramen sbb jiran jual yang siap masak tinggal nak makan je. rasa erhhhh sangat bengkak bibir, pedas nak nangis, sakit perut dan ulang tandas je.

lepas ni tak nak makan ramen dah.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Hafiza AizZawa If tak biasa pedas, janganla try. sebab memang pedas giler. hehe

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Misy Nelly tula tak banyak lagi dijual.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@ejulz hehe tryla

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@CahayaHannan alahai siannya.. Saya memang kaki pedas. If sampai air hidung meleleh tu kira maksimum la saya boleh terima pedasnya. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...