expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 16, 2018

Demi keselamatan, babyE kena pakai wing!

Salam semua. Seronokkan bila anak membesar depan mata? Walaupun bekerja but still masa untuk anak takkan dilupakan. Diam tak diam babyE dah masuk 9 bulan. Semakin bijak plus semakin lasak! huhu.. Sudah pandai memanjat sana sini dengan aktifnya. So demi keselamatan, mommy terpaksa pakaikan 'wing' comel kat belakang babyE sebagai head protector. Nasib baiklah dah beli awal-awal wing comel ni kat Shopee masa dalam pantang hari tu.

Her latest hobby, panjat rocking chair. Taknak duduk sangat dah dalam rocking chair tu.

So risau disebabkan babyE belum pandai duduk atau berdiri lagi, bila dia panjat kadang badan tak balance, tahu-tahu dah terlentang. Berdentum jugalah kepala dia. Seriau mommy! Tu yang sampai bentang karpet 2 lapis!

Panjat punya panjat sambil tengok TV la, pegang mainan la, boleh terleka then tangan terlepas dari berpaut kat rocking chair tu. Dengan wing comel tu at least kuranglah efek gegaran kat kepala dia in case dia terjatuh.

So buat ibu-ibu macam saya, sesuailah beli wing comel ni. But bukan bermakna boleh biarkan terus anak bermain sorang-sorang. Still kena monitor anak. At least if dia nak terjatuh, better kita yang sambut.  

Dah penat gitulah. Bagus juga wing ni at least leh jadi support pillow untuk dia bila baring.

Ahha nilah babyE bila dah kepenatan bermain, mana-mana jela dia landing and tido! Macam-macam perangai lah nak oii... hahaha...


Misya : Bidadari kecilku.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...