expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 1, 2018

Elakkan judge orang dan bersangka baiklah sesama kita...

Salam. Tertarik saya dengan posting yang dikongsi oleh sahabat melalui whatsapp. Sangat bagus untuk dijadikan teladan kerana dunia sekarang semakin mencabar naluri dan jatidiri setiap insan. Menjadikan kita manusia yang suka judge orang lain berdasarkan apa yang dilihat. Kita mungkin rasa diri kita hebat, lebih baik, lebih berilmu, lebih beragama dan sebagainya. Jom bermuhasabah diri..

Ada orang bangga dengan suaminya, akhirnya suaminya itu CURANG padanya.
Ada orang bangga dengan anaknya, akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia.
Ada orang bangga dengan hartanya, akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
Ada orang bangga dengan jawatannya, akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.
Ada orang bangga dengan kecantikkannya, akhirnya kena STROK. Habis herot hilang kecantikannya.
Ada orang bangga dengan ketampanannya, akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.
Ada orang bangga dengan pimpinannya, akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar orang bawahan BERPECAH-BELAH.
Ada orang bangga dengan ilmunya, akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa. 

Manusia hari ini suka sangka-sangka. Ada sangka baik.. Ada sangka buruk..

Orang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah?
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa?
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat?
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah?
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya?
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya?
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya?

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka sangka-sangka. Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa. Kerap sangka-sangka mengundang celaka. Jangan terlalu bersangka-sangka. Jauhi sikap bersangka-sangka. Husnuzon..

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."

"Wahai orang2 yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.." (AlHujurat:12)

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...