expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 8, 2018

Floral by Coach || Birthday present from hubby

Salam. Happy belated birthday to me! Dah masuk October baru nak hapdet yer. Yeszz my bufday on 10 September hari tu.. Yang ke berapa? Baru 23 tahun. Eh?? Silap! 32 tahun uols.. hehe.. Jangan kata entry blog je lambat hapdet, dapat hadiah bufday from hubby pun lambat. haha. Tak kisahlah janji dia tak lupa nak wish pada tarikhnya. Hadiah je lambat sokay la kan. Sebab mommy tak tahu nak hadiah apa. Last-last perfume juga dicari. Sebab kebetulan perfume sedia ada dah kehabisan. Rezeki lah ngam-ngam birthday sampai, perfume pun habis..

Inilah dia perfume pilihan. Floral by Coach. Puaslah pusing 1 Alamanda, Putrajaya tu cari perfume yang berkenan di hati. Finally ini jadi pilihan. Why?

1st sebab haruman dia berasaskan flora (bunga) - memang favourite sejak dulu. Then ada rasa sweet-sweet gitu bau dia. Saya tak suka bauan yang agak strong/keras. Atau pun bauan sitrus. Sebab bauan gitu sometimes akan jadi masam and when mix dengan bau badan, boleh nak termuntah jadinya!

Next botol dia pun kelihatan user friendly. Saya pilih yang 50ml agak besar juga (EDP perfume harga agak mahal which selalunya saiz botol kecik). Plus boleh muat masuk dalam handbag saya.:p Dan tiada penutup diperlukan! Bcos saya agak rimas setiap kali nak pakai perfume mesti nak buka penutup which sometime bila nak cepat, penutup terjatuh la, hilang la, rosak la. If tak tutup takut tumpah pula. So this one bawak sebotol ni je, nak pakai terus sembur. Very easy.


Then ada cute flower and Coach label ni. Bukan jenama jadi ukuran tapi kemasan dia wat kita rasa berbaloi lah invest lebih sikit sekali-sekala. Yang penting, bukan saya yang bayar. Ahaks..:p

Sweet je pink color. Cute like me maybe ;)


Mula-mula nak beli kat Parkson, Alamanda tu tapi salesgirl di situ tak berapa mesra customer, terpaksa batalkan niat. Pastu gi Body Shop tak banyak choice pula. Last-last singgah kat Selectiv by Sasa. Banyak choice & salesgirl dia pun friendly. Maka jatuh hati dengan Floral by Coach ni. Thank you so much to hubby for this birthday present. Moga melimpah ruah lagi rezeki suamiku. Hope our love sentiasa mewangi just like this perfume. Cia cia cia... :P


Misya : Anti bau ketiak.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...