expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 16, 2018

Patah tangan, doakan ibu saya sembuh..

Salam. Nak elak anak daripada jatuh (SINI), ibu tercinta saya pula yang jatuh! Adoyai.. 2 minggu lepas, my mom singgah masjid di Sungai Ramal, Kajang untuk solat sebelum nak datang ke rumah saya nak tengok cucu kesayangan, tak memasal lepas berwudhu, my mom boleh terjatuh. Maybe sebab lantai licin (hari hujan) dan juga kecuaian diri sendiri juga. Nasib baiklah my mom tak pape cuma patah sendi tulang pergelangan tangan kanan. Sebab beliau jatuh terduduk sambil menahan dengan that hand.

Dikejarkan ke klinik Annur Bangi, then doctor refer ke Hospital Putrajaya untuk simen tangan. Lama juga nak menunggu tapi yela sebab kes ibu saya tak kritikal sangat. Cuma kesian kat beliau dah kat tengah malam baru doktor panggil. Maybe patient kritikal lebih ramai.



Hasil x-ray.. Nasib baiklah tak patah tulang utama. Syukur..

Doakan ibu saya cepat sembuh ya kengkawan blogger. And hope my ibu be strong. Kena lebih berhati-hati bila berjalan. Jangan leka lagi. Anggap ini ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita dan memperbaiki kelemahan diri. InsyaAllah..

Smile... Sempatlah wefie kami anak beranak. Sakit-sakit pun kena ceriakan diri rite? Baru cepat sembuh, Tak gitu..? hehe..

My bonda with my ayahanda. Syurga saya dunia akhirat.. Moga kalian diberi kesihatan yang baik sentiasa. Amin.

Hope pihak masjid atau mana-mana tempat sekalipun, pasanglah tiles yang selamat untuk kegunaan warga emas dan OKU. Selalu jumpa masjid pasang tiles jenis licin then bila basah dek hujan atau kesan orang ambil wudhu lagilah bertambah licin. Laluan yang disediakan tu kalau boleh letak pemegang kat dinding supaya orang boleh berpaut macam di hospital tu. Luckily my mom jatuh terduduk. If ada orang jatuh kepala dulu ke apa ke, Nauzubillahiminzalik. Moga kejadian sebegini tak berulang lagi.


Misya : Tak suka toilet basah dek air.

2 comments :

Misy Nelly said... Reply To This Comment

semoga ibu misha cepat sembuh..ya kebanyakkan tempat ambik air sembahyang lantainya licin , pergi mana-mana pun sama..jangan kan orang tua..orang muda boleh jatuh, kalau terlalu licin

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Misy Nelly Tq nelly.. Tula, toilet especially. Orang suka basahkan lantai. Bahaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...