expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 1, 2018

Resipi Tenggiri Masak Asam Mudah, Cepat dan Sedap!

Salam. Selamat tengahari semua! Mesti tengah lunch tu kan? Or still terfikir-fikir nak makan apa? Ahha yang mana tengah cuti atau pun memang suri rumah but no idea nak makan apa, cer la try masak ikan asam ni. Sangat mudah, cepat dan sedap! Hehe.. Actually saya dapat resipi pun from facebook. Kebetulan bahan-bahan semua ada, tryla masak. Alhamdulillah sangat mudah menjadi dan yang penting husband suka!

Bahan-bahan



Basically bahan-bahannya seperti di atas. 

Ikan tenggiri (Ikan lain saya tak pasti but uols boleh try kot)

Bawang putih, bawang merah (besar), halia, cili padi (nak lagi pedas boleh letak lagi banyak).

Asam jawa dan air. (Saya guna asam jawa segera from Adabi ni sebab asam jawa original dah kehabisan.


Kaedah Memasak

First of all, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik aromanya.

Secondly, masukkan air asam jawa mengikut kehendak citarasa masing-masing. Rasa nak banyak kuah, letaklah lebih sikit air asam jawa ni.

 Then masukkan ikan dan cili padi.

Jangan lupa letak garam secukup rasa. Agak-agak ikan dah masak bolehlah padamkan api dapur.


Siap! Ikan tenggiri masak asam.

Boleh makan dengan nasi panas-panas. Rasanya? Seperti masak singgang tapi masam-masam gitu. Honestly if dah takde idea nak masak lauk apa, this simple dish boleh jadi alternative. Sesuai untuk orang berdiet juga sebab ala-ala rebus masam-masam gitu. Selamat menjamu selera.


Misya : Maniskan senyuman.



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...